Bab 36

67 7 2
                                    

Sepanjang perjalanan ke Bukit Jugra itu, Aisyah hanya berseorangan. Yelah,kawan setingkatan tiada. Yang ada pun budak form 4,tapi tak kenal. Nak tegur lelaki? Nanti kene cop sebagai perempuan gedik,baik tak payah. Jadi Aisyah mengambil keputusan untuk dengar lagu sahaja dari smartphone nya. Earphone dipakai sebelah sahaja.

Aisyah yang baru mahu menutup mata,tiba-tiba dia rasa ada orang duduk di sebelahnya. Aisyah melihat ke sebelah kerusinya.

"Rasyid!! Kenapa duduk sini!? Pergilah sana. Nanti orang fikir apa pulak!" Aisyah memarahi Rasyid. Earphone dibuka. Susah pulak bukak bila pakai tudung ni. Selalunya masa kat rumah je,kat luar tak pakai sangat.

"Alah..biarlah aku duduk sini. Kau bosan kan sebab tiada orang nak yang borak dengan kau. So kau borak dengan aku." Rasyid menunjuk dirinya sendiri.

Aisyah merdegus geram. "Tak nak borak dengan kau. Buat sakit hati aku je. Dah lah...kau pergi sana!!" Aisyah rasa ingin tolak saja tubuh badan Rasyid ni biar jatuh.

"Tak nak."

"Rasyid!! Pergilah sana... Aku nak duduk sorang lah."

"Tak nak."

"Ish.... Cikgu te--" mulut Aisyah ditutup oleh Rasyid. Aisyah meronta supaya mulutnya dilepaskan.

"Kau panggil cikgu,siap kau."ugut Rasyid.

Mulut yang ditutup tadi dilepaskan.

"Kalau kau tak nak aku panggil cikgu,kau pergi sekarang." Aisyah pula yang ugut Rasyid.

"Kalau aku tak nak?"

"Aku panggil cikgu."jawab Aisyah pantas.

Muka Rasyid masam. "Yelah...yelah...aku kacau sikit ugut,kacau sikit ugut." Rasyid mencebik. Kemudian dia pergi semula ke tempatnya.

Aisyah menghantar pemergian itu. "Lain kali jangan kacau orang. Padan muka." Kata Aisyah kepada Rasyid. Dia tergelak kecil.

Aisyah bersandar semula di kerusinya. "Ah...bosannya."tulah tadi orang ajak borak tak nak. Ni bila dah tiada bosan pulak.

Aisyah melelapkan matanya semula. Earphone yang dibuka tadi,dipakaikan semula di telinganya.

Aisyah rasa lagi,apabila ada orang duduk di sebelahnya dan mengambil earphone nya lagi sebelah.

"Rasyid!! Berapa kali aku nak cakap!? Jangan kacau akulah!.." Aisyah memandang ke arah Rasyid.

TAPI...

Orang tu bukan Rasyid, tapi Hakimi.

"Aku bukan Rasyid."kata Hakimi.

"Oh...aku ingat Rasyid tadi. Yang kau duduk sini kenapa? Ambil earphone aku pulak tu." Aisyah menegur Hakimi. Earphone diambil semula di telinga Hakimi.

"Kenapa ambil balik? Aku nak dengar lagu itu." Hakimi seakan kanak-kanak mintak lollipop. Lagu yang di dengari tadi macam best. Lagu Tanpa cintamu aku resah. Lagu lama wehy...

"Tak payah nak mengada-ngada. Kau datang sini kenapa?"

"Saja...."

Lelaki memang suka jawab sepatah je eh?

"Ah...kau. Pergi duduk sana balik. Jangan duduk sini." Aisyah menghalau Hakimi. Memang best sebab crush duduk sebelah,tapi bukan kat dalam bas ni. Nanti orang fikir apa pulak.

"Tak nak."jawab Hakimi sepatah.

"Kau dengan Rasyid sama je kan? Pergilah duduk tempat kau balik...nanti orang fikir apa pulak,Hakimi...." Aisyah merengek.

"Tak nak..."

"Ish....Hakimi!! Pergilah sana. Aku panggil Cikgu baru tahu." Aisyah mula mengugut.

"Panggil lah..." Hakimi tak mahu mengalah. Nak tengok berani ke tak Aisyah ni.

Aisyah berdiri. "Cikgu te--"

Tak sempat Aisyah ingin menyambung,Hakimi sudah menarik tangan yang berlapik untuk duduk semula.

"Lepaslah!"

"Janganlah panggil cikgu. Aku bosan ni,sebab tu aku datang kat sini."kata Hakimi jujur.

"Kenapa kat sini? Kau kan ramai kawan. Pergilah borak dengan diaorang." Aisyah tak mahu mengalah.

"Tak nak. Diaorang tu tahu main ML je."

"Ish....pergilah Hakimi."meleret suara Aisyah seakan merayu.

"Tadi Rasyid boleh datang sini,kenapa aku tak boleh?"tanya Hakimi.

"Aku halau dia ok. Kau pergi sekarang." Aisyah menolak bahu Hakimi. Nasiblah dapat crush tak faham bahasa ni.

Hakimi terpaksa mengikut. Tak gaduh lah katakan. Aisyah sudah boleh tarik nafas dengan tenang. Dah tiada sesiapa yang nak kacau. Semua dah kene halau.

***

"Baiklah, kamu semua akan tidur di dalam drom. Sekarang saya nak kamu semua ambil beg dan beratur di luar." Cikgu Aizat memberi arahan.

Pelajar mengangguk. Mereka berdiri dan keluar dari bas dan mengambil beg mereka. Aisyah juga tidak terkecuali.

Aisyah beratur.

"Aisyah!!"

Aisyah menoleh kebelakang. "Put!!!" Aisyah menjerit. Jangan risau semua bising sekarang ni.

Puteri berada di hadapannya. "Weyh..macam mana? Best duduk dalam bas lelaki?"tanya Puteri.

"Tak...tiada kawan. So aku bosan dalam bas tu."jawab Aisyah mukanya masam.

"Eleh...yelah tu."

"Betullah."

"Baiklah kamu semua akan letak beg di dorm dulu. Lepastu,kamu pergi ke dewan terbuka dan berkumpul ikut tingkatan. Faham semua?!"tanya cikgu Aizat.

"Faham!!!"meleret suara semua.

"Ainin kau tidur dengan aku tau?"kata Aisyah kepada Puteri.

"Ok."jawab Puteri sepatah.

Selesai sahaja meletak beg di dorm, Aisyah dan Puteri pergi ke dewan terbuka seperti yang diberitahu.

***

"Saya ialah mentor kamu sepanjang kamu berada di sini. Nama yang diberi oleh ibu bapa saya ialah Muhammad Aizat bin Azli. Kamu boleh panggil saya Encik Aizat atau cikgu Aizat. Selain saya,ada lagi  mentor antaranya Cik Ain,Encik Hafiz dan Cik Sarah. Kamu semua boleh panggil mereka cikgu juga. Sepanjang di sini,kamu adalah tanggungjawab kami." Encik Aizat mengambil nafas. Panjang sangat taklimatnya.

"Macam yang kamu tahu,jadual kamu agak ketat. Jadi sila tepati masa. Jaga kebersihan, jaga kesihatan dan jaga diri. Kamu semua pengawas dan pemimpin muda di sekolah. Walaupun kamu tanggungjawab kami,tidak bermakna kamu boleh berlagak dan besar kepala. Faham!!"

"Faham!!" Semua meleret.

"Baik,sekarang kita akan makan tengahari dan solat zohor. Saya nak kamu beratur dalam satu barisan. Lelaki dan perempuan."arah Encik Aizat.

Mereka bergerak dan membentuk satu barisan lelaki dan satu barisan perempun. Mereka makan di dewan makan.

"Kamu semua boleh ambil makanan di meja ini."kata Cik Ain. Dia berada di meja yang mempunyai bekas makanan.

Seorang demi seorang mengambil bekas makanan itu. Kemudian mereka duduk di kerusi yang disediakan.

Ćıŋŧą ɛmקąŧ Şɛɠı [Ć]Where stories live. Discover now