Sebaik sahaja ibubapa dan adik Hakimi melawat dirinya,Aisyah pula masuk ke dalam wad yang menempatkan Hakimi. Rasa bersalah menguasai dirinya. Rasyid yang mengikutnya dari belakang hanya melihat Aisyah yang ragu-ragu.
"Aisyah pergi je dia tak akan marah."kata Rasyid.
Aisyah yang berada di hadapan pintu bilik itu terdiam. "Macam mana kalau dia salahkan aku?"tanya Aisyah.
Hakimi yang sudah tersedar dari tadi hanya menunggu di dalam selepas ibunya memberitahu yang Aisyah ingin melawatnya.
"Dia tak akan marah kau,percayalah." Rasyid memberi semangat. "Jom."
Aisyah mengikut Rasyid yang sudah berada di hadapannya. Pintu dibuka oleh Rasyid.
"Assalamualaikum." Rasyid memberi salam.
"Waalaikumussalam."orang didalam menjawab salam.
Rasyid sudah di tepi katil Hakimi. Aisyah di belakan Rasyid. Takut bertentangan dengan Hakimi.
"Yang kau duduk kat belakan aku buat apa? Ke depan."tangan Aisyah yang ditutupi dengan baju lengan panjangnya di tarik. Aisyah hanya menurut. Kepalanya ditundukkan.
"Kau kenapa, takut dengan aku ke?"tanya Hakimi.
Aisyah terkejut kerana Hakimi menegurnya. "Kau...kau marah aku ke?"tanya Aisyah gagap.
Hakimi pelik. "Marah? Untuk apa?"
"Pasal tadi?" Aisyah melihat ke arah Hakimi yang dari tadi melihat ke arahnya. Mata mereka bertembung. Pantas Aisyah mengalihkan pandangannya.
"Buat apa aku marah. Bukan salah kau."jawab Hakimi.
"Kan aku dah cakap. Hakimi tak akan marah punya..." Rasyid menyampuk. Aisyah dan Hakimi terkejut.
"Kau kenapa!? Terkejut aku."marah Aisyah. Ringan sahaja tangannya memukul tangan Rasyid yang berlapik itu.
"Tak de lah. Aku tengok serious je. Aku saja lah buat korang terkejut kan. Hehehe..."
"Tak guna." Kata Hakimi. Kemudian mereka tergelak kecil. Takut gelak kuat sangat ganggu orang lain pulak.
"Bila ingat balik,kelakar pulak rasa."kata Aisyah.
"Dah lah tak payah yang marah sangat. Aku cepuk kang."kata Rasyid. Tangannya diangkat tanda ingin memukul orang.
"Buat lah kalau nak kau pulak masuk hospital."cabar Aisyah.
"Ha...berani ke?" Hakimi tumpang sekaki.
"Weh..ini bahaya. Ini bahaya...ada dua orang nak pukul aku ni. Aku pergi dulu lah." Rasyid lari meninggalkan mereka.
"Woi...Rasyid! Kau lari eh?"jerit Aisyah.
"Shhuu....."
Segenap bilik itu suruh Aisyah diam. Aisyah berasa malu.
"Tulah kau bising lagi. Kan dah kene marah." Hakimi memarahi Aisyah.
"Ish..kau ni. Bukan salah aku. Salah Rasyid." Aisyah mempertahankan dirinya.
"Elok lah salah kan orang. Suara tu macam tertelan speaker."
"Yelah aku salah. Jangan lah marah aku."
***
Aisyah melihat smartphone nya. Wajah Hakimi yang sedang makan dipandang sekilas,kemudian melihat smartphone nya semula. Tangannya pantas menekan ikon phone untuk menelefon ibunya. Selepas mendail nombor ibunya telefon itu di letakkan di telinganya menunggu panggilan ibunya.
Tut!!tut!!tut!!
"Aduh mana mama ni!?"kata Aisyah perlahan.
"Helo..."
Panggilan di sebelah sana dijawab.
Aisyah tersemnyum senang. "Hello mama. Ni angah."
"Angah pergi mana dah malam ni!?"
"Sorry mama. Angah kat hospital ka.."tidak sempat Aisyah meneruskan percakapannya ibunya lebih cepat menjawab. "Kat hospital!? Angah kemalangan ke? Hospital mana? Mama pergi sekarang."
Aisyah sudah menepuk dahi. Hakimi yang melihat kelakuan Aisyah itu memandang pelik.
"Asal?"tanya Hakimi. Aisyah menunjukkan tapak tangannya tanda 'sekejap'. Hakimi hanya mengangkat bahunya.
"Tak...bukan angah. Kawan angah...dia pengsan kat taman tadi,angah tolong hantar dia kat hospital."jawab Aisyah.
"....."
"Angah call mama ni nak mintak izin untuk jaga kawan angah ni."
"....."
Aisyah mengeluh. "Angah boleh jaga diri. Mama jangan risau."
"....."
"Ye mama...thanks ma."
"....."
"Bye. Love you." Aisyah menamatkan panggilan itu. Matanya di pejam seketika.
Hakimi pelik. "Kenapa?"
Aisyah membuka matanya laju. "Ha...apa kau tanya tadi?"tanya Aisyah matanya memandang Hakimi.
"Aku tanya kenapa?"jawab Hakimi semula.
"Ouh...tak de apa lah." Aisyah cuba berselindung. "Lagi satu,aku jaga kau tau hari ni. Tanda mintak maaf."kata Aisyah lagi. Tangannya diletakkan di tepi katil.
"Tak payah susah-susah lah. Aku ok je." Hakimi menghalang.
"Tak pe. Aku kene marah dengan mak aku kot sebab nak jaga kau." Aisyah silangkan tangannya.
"Ouh...sebab tu lah kau frust semacam je,kene marah rupanya." Hakimi gelakkan Aisyah.
Aisyah mencebik. "Gelak...gelak lagi...bukan nak bagi nasihat ke apa,kau gelak kan aku. Eee....geramnya." Aisyah mencubit kaki Hakimi.
"Aduh! Sakit lah! Aku gelak je. Kene marah pun frust. Bukan fikir masalah negara pun." Hakimi masih gelakkan Aisyah.
"Kalau aku tahu jadi macam ni,baik aku balik. Tak kene marah,tak kene gelak. Buat sakit hati aku je." Aisyah menjeling Hakimi. Tangan disilangkan di dadanya tanda tidak puas hati.
"Aku yang tengah frust ni,dia boleh gelakkan aku?"monolog Aisyah.
"Jelinglah...aku jolok mata tu karang baru kau tahu." Hakimi memberi amaran.
"Sebelum kau jolok mata aku,aku koyakkan mulut kau dulu." Aisyah juga memberi amaran.
Hakimi memandang Aisyah tajam. Begitu juga Aisyah. Akhirnya Hakimi memandang tempat lain. Aisyah tersenyum kemenagan. Yeahh....Aisyah menang.
"Aku nak pergi cafe jap. Kau nak kirim apa-apa?" Aisyah menanya. Janggal pula bila diam begini.
"Tak pe lah. Aku dah makan tadi."jawab Hakimi. Belakang tengkuknya diusap menggunakan tapak tangannya sendiri. "Mmm....kita tak gaduh kan tadi?"tanya Hakimi.
"Tak lah...aku main-main je tadi."jawab Aisyah. "Aku pergi dulu tau. Sekejap ke ok?" Aisyah kenyitkan matanya. Kemudian kakinya melangkah meninggal kan Wad yang diduduki oleh Hakimi.
YOU ARE READING
Ćıŋŧą ɛmקąŧ Şɛɠı [Ć]
RomanceCinta empat segi?pelik bukan? selalunya cinta tiga segi,ini cinta empat segi. Mengisahkan cinta tiga remaja yang menyukai seorang perempuan.Tetapi perempuan itu Menyukai seorang daripada mereka.Tetapi siapakah mereka.Walaupun Aisyah suka seorang dar...