Aisyah mundar-mandir di hadapan bilik kecemasan. Telefon sentiasa berada di tangannya menunggu panggilan daripada rakannya.
"Aisyah!!"
Aisyah melihat ke arah empunya suara. Kelihatan Rasyid berlari anak ke arahnya.
"Rasyid..." Air mata Aisyah turun lagi. Perasaan takut menyelubungi dirinya.
"Hakimi ok tak? Doktor kata apa?"tanya Rasyid sebaik sahaja berada di hadapan Aisyah.
"Aku tak tahu. Doktor tak keluar lagi dari bilik kecemasan tu. Rasyid salah aku ke,dia jadi macam ni?" Aisyah diserang rasa bersalah. Air mata setia di pipinya.
"Kau duduk dulu."kata Rasyid. Bahu Aisyah di tolak untuk duduk di kerusi yang disediakan di hadapan wad kecemasan itu. Rasyid turut duduk di kerusi sebelah Aisyah.
"Salah aku ke Rasyid?"tanya Aisyah lagi. Matanya melihat ke arah Rasyid.
"Rasyid!!"
Rasyid berdiri apabila melihat ke arah gerangan yang memanggil dirinya tadi."Aunty..."
Aisyah turut melihat ke arah perempuan berumur itu. Turut bersamanya seorang lelaki mingkin sebayanya dan seorang budak lelaki yang lebih kurang berumur 15-16 tahun.
"Macam mana dengan Hakimi? Doktor kata apa?"tanya perempuan itu.
"Aunty bawa bersabar ya? Hakimi masih berada kat bilik kecemasan. Doktor tak keluar lagi."jawab Rasyid.
"Ya Allah..."perempuan itu mengucap.
"Rasyid siapa ni?"tanya Aisyah yang sedari tadi berdiam diri.
"Ni ummi Hakimi. Aunty ni Aisyah kawan Hakimi yang bawak dia ke sini." Rasyid memperkenalkan Aisyah kepada Puan Zarifah, ibu Hakimi.
"Assalamualaikum aunty." Aisyah menyalam perempuan tua itu sebagan tanda hormat.
Wanita itu menyambut salam itu. "Waalaikummussalam, Aisyah. Terima kasih ye sebab hantar Hakimi ke hospital."
"Sebenar..."
Tidak sempat Aisyah memberi tahu hal sebenar seseorang menyampuk. "Boleh saya tahu waris Muhammad Hakimi Zakmal?"
"Saya."pantas Puan Zarifah menjawab.
"Sila ke bilik saya."kata doktor itu.
Puan Zarifah dan Encik Fazli mengikut doktor itu sementara,Faris tunggu di luar bersama Aisyah dan Rasyid.
Di dalam bilik Doktor.
"Doktor macam mana dengan anak saya? Dia baik-baik sahaja kan?"tanya Puan Zarifah sebaik sahaja dia duduk di kerusi hadapan doktor.
"Sabar ya puan. Sebenarnya itu hanya tanda awal sahaja disebabkan oleh kanser hati dia."jawab doktor itu.
"Ya Allah bang...macam mana ni?"Puan Zarifah menangus di dalam pelukan suaminya.
Belakan isterinya dia usap memberi semangat. "Sabar Zar..."
"Hanya ada satu cara sahaja untuk anak puan dan tuan sembuh ialah membuat pembedahan. Dan saya dapat tahu dia seorang yang ahli sukan dia sekolah,saya sarankan dia berhenti membuat aktiviti yang lasak dan tak mampu untuk dia buat ketika dia sakit ini." Kata doktor itu lagi.
"Baiklah doktor. Saya akan cuba pujuk dia untuk membuat pembedahan itu."kata Encik Fazli.
Sementara di luar bilik
"Wei Rasyid salah aku ke?"tanya Aisyah lagi.
Rasyid memandang ke arah Aisyah yang sedang memandangnya. "Aisyah...sebenarnya apa yang jadi? Macam mana kau ada kat tempat tu?"tanya Rasyid pula.
Aisyah mengeluh. "Masa tu aku kat taman,ingat nak jogging tapi aku malas. Lepastu Hakimi datang tegur aku,tanya aku buat apa. Aku cakaplah aku nak jogging tapi malas. Lagipun aku tak de kawan masa tu. And then,dia kata nak teman aku jogging. Masa jogging tu adalah gaduh sikit,aku pun lari lah sebab dah gaduh kan."jawab Aisyah jujur.
"And then?" Merasakan cerita itu macam tersangkut,Rasyid menanya soalan yang nampak macam tak sabar.(😂😂😂)
"Lepas tu dia kejar. Lepas ada kat sebelah aku dia suruh aku duduk tapi aku ego,aku marah dia. Lepas tu dia macam sakit dada. Aku takutlah. Aku nak pergi bilik air tapi dia macam dah pengsan kat kerusi itu. Aku mintak tolong dan sampailah Hakimi di sini."jawab Aisyah lagi.
"Ooo..."
"Sebab tu ke abang pengsan?"tanya Faris yang sedari tadi mendengar perbualan antara Aisyah dan Rasyid.
"Kamu ni siapa?"tanya Aisyah kepada Faris.
Faris berdiri dan berjalan ke hadapan Aisyah dan Rasyid. "Saya adik bongsu dia,Faris. Saya tanya akak ni,abang pengsan sebab tu ke?"Aisyah berdiri apabila Faris berdiri di hadapanya."Akak tak tahu Faris. I don't know how,ok? Dia kata dia ok tapi dia tak."jawab Aisyah,emo.
"Akak tahu tak yang abang Hakimi ada...."
Kreek.....
Tidak sempat Faris ingin meneruskan percakapannya,ibu dan ayahnya sudah keluar dari bilik doktor.
"Ibu ayah..macam mana dengan abang Hakimi?"tanya Faris sebaik sahaja mereka duduk di kerusi.
"Abang kamu baik-baik sahaja. Doktor kata kita boleh melawat."jawab Encik Fazli.
"Aunty,uncle... Saya mintak maaf. Sebenarnya saya yang buat dia macam tu."kata Aisyah tiba-tiba.
"Apa maksud kamu?"tanya Puan Zarifah.
"Sebenarnya...kami gaduh kat taman tadi. Lepastu dia sakit dada."jawab Aisyah.
Puan Zarifah memandang Aisyah sayu. "Dia tak tahu perkara sebenar."monolognya.
"Tak pe lah Aisyah. Kamu tak salah. Jangan risau aunty dah maafkan kamu. Sekarang ni aunty nak pergi tengok Hakimi,kamu nak ikut?"
"Lepas aunty pergi,saya akan pergi. Sekali lagi saya mintak maaf aunty,uncle." Aisyah menundukkan badan tanda mintak maaf.
------------------------------------------------------
YOU ARE READING
Ćıŋŧą ɛmקąŧ Şɛɠı [Ć]
RomanceCinta empat segi?pelik bukan? selalunya cinta tiga segi,ini cinta empat segi. Mengisahkan cinta tiga remaja yang menyukai seorang perempuan.Tetapi perempuan itu Menyukai seorang daripada mereka.Tetapi siapakah mereka.Walaupun Aisyah suka seorang dar...