Bab 30

78 6 2
                                    

Keesokan pagi

Hari sabtu

Rasyid melihat ke arah pemandangan di jendela bilik. Rasyid boleh dikatogerikan sebagai orang yang agak berada. Ayahnya mempunyai syarikat sendiri,manakal ibunya mempunyai butik pakaian di Damansara. Tetapi tidak pernah disalah guna sebagai alasan untuk didekati. Malah pekerjaan ibubapanya juga tidak diberitahu.

Kring!!! Kring!!!

Bunyi smartphone nya mematikan lamuan Rasyid. Rasyid mengambil telefon yang berada di atas katil yang mewah itu.

"Yasmin?"monolog Rasyid.

Rasyid mengangkat panggilan itu.

"Hello. Assalamualaikum." Rasyid memulakan perbualannya.

"Waalaikumussalam."jawab orang diseberang.

"Ada apa call aku ni?"tanya Rasyid. Straight to the point.

"Aku nak ajak kau gi outing...kau nak tak? Nanti ada aku,Farah, Aliah, Aisyah, Intan and Athirah. Kalau kau nak ajak orang lain pun boleh,lagi ramai lagi best."terang Yasmin panjang lebar.

"Mmm...aku sorang ke lelaki?"tanya Rasyid. Kalau dia sorang,nanti orang cakap apa pulak kan.

"Tak...kalau kau nak ajak orang lain pun boleh. Kenderaan semua aku dah sediakan,tinggal nak bawak je. Lagipun tak jauh. Kat KL je."

"Memang lah tak jauh,masalahnya aku sorang ke lelaki nanti?" Rasyid tanya soalan yang sama.

"Ya Allah...Rasyid!! Aku kan dah cakap,kau boleh ajak kawan kau. Tak kan aku nak kene ajar kau cara ajak orang, bongok." Ambil kau kene sekali.

"Oh eh...mmm...kalau aku ajak Syafie boleh?" Duga Rasyid. Dia tahu geng Aisyah sangat anti dengan Syafie.

"Kalau kau nak mati cepat,ajak lah. Aku bunuh kau." Yasmin memberi amaran.

"Uu...takutnya aku."Rasyid acah takut.

"Dah lah...aku letak dulu. Cakap dengan kau ni sakit hati aku."

"Nak aku rawatkan ke?"tanya Rasyid sambil ketawa kecil.

"Tak payah. Makin sakit lagi ada." Yasmin menjeling. Macam orang tu dapat tengok pulak.

"What ever lah. Bye aku letak dulu assalamualaikum." Rasyid mematikan penggilan itu.

Rasyid memandang kosong telefon itu.

"Nak ajak siapa eh?"tanya Rasyid kepada diri sendiri.

***

Pada petang itu, Aisyah keluar ke taman yang berhampiran rumahnya. Aisyah duduk di bangku yang disediakan sambil melihat ke arah kanak-kanak yang berlari riang di taman itu.

"Assalamualaikum."

Aisyah menoleh ke belakang melihat gerangan yang memberi salam  di tepi telinganya tadi. Keadaan mereka sangat dekat.

"Oh...Hakimi. Waalaikumussalam." Aisyah menjawab salam. Mukanya di jauhkan sedikit.

"Kau buat apa kat sini?"tanya Hakimi. Badannya yang bengkok di tegakkan,rasa bersalah pulak dekat sangat tadi.

"Saja jalan-jalan. Bosan duduk kat rumah. Ingat nak jogging tapi rasa malas pulak."jawab Aisyah.

"Nak aku teman?"tanya Hakimi lagi. Tangannya di letakkan di tempat penyandar bangku itu,sebelah Aisyah.

Ćıŋŧą ɛmקąŧ Şɛɠı [Ć]Where stories live. Discover now