Bab 43

84 8 3
                                    

Aisyah sudah berada di taman seperti yang disuruh oleh Rasyid. Sambil menunggu,Aisyah melihat manusia yang berada di taman itu.

"Assalamualaikum. Sorry lambat."kata Rasyid. Dia berdiri di hadapan Aisyah.

Aisyah terpaksa mendongak. "Waalaikummussalam. Duduk lah." Aisyah memberi ruang kepada Rasyid untuk duduk di sebelahnya.

Setelah Rasyid duduk di sebelahnya,Aisyah memulakan perbicaraannya. "Kenapa kau ajak aku datang sini?"tanya Aisyah. Matanya memandang ke arah kanak-kanak yang bermain di gelongsor.

"Aku nak bagitahu kau sesuatu."

"Apa dia?" Aisyah memandang Rasyid.

"Aku...aku..."tersekat-sekat apa yang nak dikata oleh Rasyid. Aisyah memandang pelik.

"Kenapa?"

"Aku suka kau!"kata Rasyid pantas. Aisyah terkejut.

"Aku cintakan kau. Sejak pertama kali aku jumpa kau."kata Rasyid lagi. Tangan Aisyah digenggam.

"Aku terlalu cinta kan kau. Kau boleh terima aku kan?"tanya Rasyid.

"Rasyid..." Air mata Aisyah sudah jatuh. Bukan sedih kerana gembira tapi sedih kerana takut melukakan hati Rasyid.

Aisyah memandang bawah. Tangannya yang berada di dalam genggaman Rasyid ditarik.

"Kau tak boleh terima aku?"tanya Rasyid.

Aisyah memandang Rasyid. "Aku mintak maaf,tapi hati aku telah dimiliki oleh seseorang."selepas berkata,Aisyah ingin meninggalkan Rasyid. Tetapi,tanganya digenggam oleh Rasyid.

"Orang tu...Hakimi kan?"tanya Rasyid.

"Aku harap kau tak berdendam."kata Aisyah.

"Dia tak pandang kau Aisyah."

"Maybe. Tapi hati aku untuk dia. Aku tak nak bila bersama kau,kau sakit. Sakit hati dengan aku."kata Aisyah.

"Aku mintak maaf. Aku anggap kau kawan aku,kawan rapat aku yang kau pernah cakap dekat mak aku."Aisyah menarik tangannya dan berlalu dari situ dengan sisa air matanya.

Rasyid kaku di tempatnya. "Argh!!!!"Rasyid menjerit di taman itu. Orang yang memandangnya dihiraukan.

Syafie dari jauh tersenyum. "Peluang keemasan."

***

Aisyah buntu. Bodohlah dia kalau dia menerima Rasyid tetapi hatinya untuk orang lain.

"Ya Allah..macam mana ni?"suaranya lirih. Dia berada di dalam biliknya.

Tok!

Tok!

Tok!

"Masuk.."

"Boleh mama masuk?"tanya Puan Hidayu Melissa.

"Mama..masuklah."Aisyah memaniskan mukanya.

Puan Hidayu duduk di sebelahnya di birai katil.

"Angah macam ada masalah je?"kata ibunya.

Aisyah mengeluh. "Tak de apa lah mama. Angah penat sikit,lagi-lagi nak SPM ni."kata Aisyah.

"Oh...lagi berapa hari nak SPM?"

"Seminggu lagi mama. Angah takut sikit nak SPM ni."jawab Aisyah.

Dekat nak SPM ni jugak nak luah kan perasaan.

Ćıŋŧą ɛmקąŧ Şɛɠı [Ć]Where stories live. Discover now