Bab 47

98 7 4
                                    

"Assalamualaikum, Aisyah."itulah rutin Hakimi. Setiap pagi pergi ke hospital dan balik lewat petang. Pada hari itu ialah hari kelima Aisyah dan Rasyid tidak sedarkan diri.

"Macam mana hari ni? Sihat tak?"tanya Hakimi kepada Aisyah yang koma itu. Dia duduk di kerusi yang berada berdekatan katil itu.

"Kenapa semua tak sedarkan diri? Hari ni dah hari kelima awak dengan Rasyid tak sedarkan diri. Awak tak sayang saya ke?"

Hakimi mengeluh. "Awak mesti penatkan? Tak pe. Awak rehat dulu,saya pergi cafe untuk beli sarapan."Hakimi seakan berbual bersama Aisyah. Sekali pandang ,macam orang gila. (Hakimi waras lagi. Jangan korang kata dia gila eh..A/S cepuk karang)

***

Katrina masuk ke dalam satu bilik di balai polis itu. Dia ingin berjumpa abangnya. Bukan sekali,tetapi banyak kali sejak abangnya di masukkan ke dalam penjara itu.

Kini dia berada di hadapan abangnya. Yang memisahkan hanyalah sebuah tembok yang jernih dan berlubang.

"Abang..."Katrina memanggil abangnya sayu.

Katrina mengeluh apabila abangnya tidak menghiraukannya.

"Sudahlah tu abang. Dia selamat. Dia cuma koma je."itulah yang dikata setiap kali berjumpa abangnya. Setiap hari menangis sebab rasa bersalah terhadap Aisyah,Rasyid dan Hakimi.

Hukuman sudah dijatuhkan. Syafie dipenjara 7 tahun dan sebatan sebanyak sekali. Dan dia menyesal.

"Abang takut...abang takut dia tak maafkan abang. Abang seksa perasaan dia. Abang seksa orang yang dia sayang. BODOH."Syafie menangis untuk yang keberapa kali.

Katrina mengeluh lagi. Dia bertuah kerana cepat sedar akan kesilapannya. "Abang nak Katrina pergi jumpa dia? Katrina tolong abang mintak maaf nak tak?"Katrina memujuk.

Syafie mengangkat mukanya,kemudian jatuhkannya semula. "Nak ke dia maafkan,abang?"

"Kita kene usahan abang. Kalau dia dah sedar nanti,Katrina jumpa dia eh?"Katrina memujuk lagi.

"Tak payah lah. Dia mesti tak maafkan abang."Syafie berputus asa.

"Abang..." Katrina mengeluh. "Tak pe lah abang. Katrina balik dulu. Esok Katrina datang lagi."kata Katrina. Dia terpaksa balik memandangkan polis yang bertugas sudah menyatakan masa untuk melawat sudah tamat.

"Mmm..."

"Katrina balik dulu. Assalamualaikum."Katrina berdiri. Dia melangkah ke pintu bilik itu dan keluar dari pusat tahanan itu.

***

"Assalamualaikum."

Hakimi yang sedang membaca buku di kerusi tepi Aisyah yang sedang tidur itu memandang ke arah pintu bilik persendirian itu.

"Waalaikummussalam. Aliah..masuklah."

Aliah masuk ke dalam bilik itu.

"Kau ni tak penat ke,hari-hari datang sini?"tanya Aliah. Beg yang dibawa diletakkan di meja.

Hakimi menggeleng. "Tak."

"Mmm....Hakimi aku ada berita baik."kata Aliah teruja.

"Apa?"

"Rasyid...dia dah bangun."

"Betul ke? Alhamdulillah." Hakimi menandang Aisyah. "Aisyah...awak dengar tak? Rasyid dah bangun. Mesti dia nak jumpa awak."

Aliah melihat kelakuan Hakimi itu. Dia mengeluh. "Hakimi."Aliah memanggil.

Hakimi memandang Aliah. "Ya?"

Aliah memandang bawah. Kemudian dia memandang Hakimi semula. Hakimi yang melihat menjadi pelik.

"Kenapa?"

"Rasyid... Dia tenat. Dia nak jumpa kau dengan Aisyah,tapi..."Aliah memandang Aisyah.

Hakimi mengeluh. "Aisyah tak sedar lagi..."Hakimi menyambung.

Mereka terdiam. Melayan perasaan.

"Kita nak buat apa?"tanya Aliah.

"Aku akan cakap dengan dia."kata Hakimi. Kemudian dia bangun dan pergi ke pintu bilik.

"Tolong jaga Aisyah untuk aku. Kalau dia bangun call aku."kata Hakimi sebelum dia keluar dari bilik itu.

***

Ćıŋŧą ɛmקąŧ Şɛɠı [Ć]Where stories live. Discover now