Pada hari pergi ke Kem Kepimpinan,Aisyah mencari kelibatan rakan pengawas nya. Dia pergi ke dataran Ilmu. Namun tiada orang. Disebabkan takut dia pergi balik ke pagar sekolah. Dah lah gelap. Seram...
"Aduh....aku lambat ke?"tanya Aisyah dalam hati. Lalu dia melihat jam tanggannya. Pukul 5:39 pagi. Kata kene tunggu kat sekolah Pukul 6:00.
Memandangkan hari ini hari sabtu jadi mana ada orang kan kat sekolah. Yang ada pun pakcik guard je."Mana ni...nasib bawak beg roda kalau tak rasanya dah patah dah bahu aku."Aisyah merungut.
Tiba-tiba dia ternampak kelibatan rakannya yang baru mahu pergi surau. Aisyah cuti sebab tu dia datang awal.
"Aqil!!!"panggil Aisyah.
Aqil memandang ke arah sumber suara. Dia melihat Aisyah sedang melambai-lambai ke arahnya di hadapan pagar sekolah itu. Dia pelik kerana Aisyah membawa beg roda.
Aqil mendekati Aisyah. "Kenapa kau bawak beg ni?"tanya Aqil sambil tangannya menunjuk ke arah beg yang berwarna jingga itu.
"Kan pergi kem. Kau kenapa macam lenggang sangat ni?"Aisyah pelik kerana Aqil memakai jubah lelaki dan bukannya baju sukan pengawas. Pengawas pun ada baju sukan tau. KAU ADO??
"Kan kene berkumpul pukul lapan. Yang kau semangat sangat pergi awal ni kenapa?" Aqil berasa ingin gelak.
"What!! Pukul lapan?! Kenapa kat kertas aku pukul enam?!"tanya Aisyah. Mukanya jangan cakap lah,terkejut ya amat!
"Tambah sikit power kat cermin mata kau tu. Reti baca ke tak? Kat situ tulis pukul lapan lah."jawab Aqil. Pada masa yang sama dia geram. Minah ni..
"Aduh...buat penat je aku bangun Pukul empat." Aisyah merungut lagi...lagi...dan....
LAGI
"Tulah tak reti baca. Padam muka." Aqil terkekeh suka.
"Ish...bukan nak tenangkan aku ke apa. Ni pergi gelak. Tak guna betul." Aisyah silangkan tangannya.
"Kesah apa aku. Dah lah aku nak pergi surau ni. Lambat dah aku."kata Aqil. Kemudian di jalan meninggalkan Aisyah.
"Aqil!!" Aisyah memanggil Aqil."Tak guna ,dia biar kan aku je?" Terhentak-hentak kakinya. Hentaklah...nanti retak padan muka.
Aisyah mengambil keputusan untuk balik sahaja memandangkan masih awal. Tapi begnya dia tinggalkan di pondok guard. Senang nanti datang balik lenggang-lenggok je.
Aisyah melihat jamnya."Dah nak pukul enam. Mmm..tak yah balik lah. Jogging kat taman lagi best. Bukan selalu."monolog Aisyah.
Lalu dia pergi ke taman yang berada di hadapan sekolahnya. Dekat je. Dia berjogging seorang diri. Tenang sungguh hatinya.
Tanpa dia sedar sudah hampir pukul tujuh. Aisyah duduk di kerusi yang berdekatan untuk melepaskan lelah. Penat wei...
"Aisyah!!"
Aisyah rasa ada orang panggil dirinya. Aisyah pusingkan badannya dan melihat rakannya sedang berlari anak ke arahnya.
"Put..." Aisyah berdiri dan pergi ke arah rakannya itu.
"Awal kau datang?"kata Putri Ainin. Dia bukan kerabat diraja,ibu dia yang letak nama yang cantik itu.
"Haah...salah tengok jam. Buat penat aku bangun pukul empat datang sekolah kul lima setengah,last-last pukul lapan. Aduh...buat penat doh..." Aisyah menceritakan hal sebenar.
"Hahahaha....padan muka. Noob ah. Cuba tambah power kat cermin mata tu biar nampak." Ainin batai gelak. Nak kene ni....
"Elok lah tu. Tadi Aqil,sekarang kau suruh aku tambah power." Aisyah feed up. Ainin masih gelakkan dia.
YOU ARE READING
Ćıŋŧą ɛmקąŧ Şɛɠı [Ć]
RomanceCinta empat segi?pelik bukan? selalunya cinta tiga segi,ini cinta empat segi. Mengisahkan cinta tiga remaja yang menyukai seorang perempuan.Tetapi perempuan itu Menyukai seorang daripada mereka.Tetapi siapakah mereka.Walaupun Aisyah suka seorang dar...