Bab 33

67 8 3
                                    

Hakimi sedang diperiksa oleh doktor yang bertugas. Aisyah menunggu di luar sambil bermain fonnya.

Klreeek....

Pintu wad itu dibuka. Aisyah melihat ke arah gerengan yang membuka pintu itu dari dalam. Kelihatan doktor itu bergerak ke destinasinya. Aisyah kemudian masuk ke dalam wad itu. Hakimi sedang termenung.

"Termenung apa tu??"kata Aisyah sambil tersenyum.

Hakimi sedikit tersentak. "Aku termenung sebab tengah fikir bila lah aku boleh kaluar. Asal pengsan je masuk hospital,pelik betul."jawab Hakimi.

Aisyah berjalan lalu duduk di kerusi sebelah katil bilik itu. "Tulah,siapa suruh kau pengsan. Orang akan fikir satu je bila orang pengsan ni iaitu HOSPITAL."perkataan 'hospital' itu ditekankan sedikit.

"Yelah tu..."kata Hakimi bosan. "Bila boleh keluar?"tanya Hakimi lagi. Muka dikerutkan.

Aisyah menjongkitkan bahunya. "Mana lah aku tahu. Kau tak tanya doktor ke tadi?"

"Dah. Dia kata kene check dulu. Kalau ok baru boleh keluar."jawab Hakimi.

"Kalau macam tu,tunggu jelah."

***

Hakimi dibenarkan pulang pada petang itu. Seronok bukan kepalang lagi apabila doktor berkata kepadanya boleh balik pada petang itu.

"Aisyah kamu balik dengan siapa?"tanya Puan Zarifah. Mereka berada di dalam wad Hakimi. Hakimi hanya menjadi pendengar.

"Tulah aunty...saya tak tahu nak suruh siapa. Nak naik teksi saya tak reti. Kalau aunty yang hantar saya boleh tak?"jawab Aisyah jujur.

"Ouh...kenapa tak cakap awal-awal. Aunty boleh je hantar. Lagipun kamu kan yang jaga Hakimi semalam. Tanda terima kasih lah. Ye tak?"kata puan Zarifah riang.

"Tak de apalah aunty. Saya rasa bersalah pasal semalam. Kalau saya tak gaduh dengan Hakimi ni tak de lah jadi macam ni." Aisyah merendah diri.

"Bukan salah kau lah. Kau jangan rasa bersalah." Hakimi menyampuk.

"Betul tu Aisyah. Bukan salah kamu. Benda dah jadi. Kamu pun dah mintak maaf. Jadi tak perlulah rasa bersalah lagi." Puan Zarifah menyokong.

"Terima kasih aunty,Hakimi sebab maafkan saya."kata Aisyah sambil tersenyum.

"Dah lah,jom kita pergi. Ayah kamu dah tunggu kat bawah tu."kata Puan Zarifah.

"Jom lah."Hakimi menyuruh Aisyah jalan dahulu menggunakan isyarat tangan. Aisyah menurut.

"Terima kasih."kata Aisyah sambil tersenyum.

Mereka bertiga, bersama-sama turun ke bawah dan balik. Di dalam kereta Audi itu hanya kedengaran bunyi radio sahaja. Aisyah membuang pandangannya ke luar tingkap.

Sampai sahaja di hadapan apartment rumahnya,Aisyah berterima kasih kepada pasangan itu.

"Terima kasih aunty,uncle sebab hantar saya balik."

"Tiada apa lah Aisyah." Puan Zarifah memandang ke belakang ingin melihat Aisyah yang duduk di belakan sambil tersenyum ke arah nya.

"Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum." Aisyah menyalam wanita tua itu dan keluar dari kereta. Hakimi menghantar pemergian itu dengan mata nya.

Ćıŋŧą ɛmקąŧ Şɛɠı [Ć]Where stories live. Discover now