Bab 41

78 8 2
                                    

Selesai mereka minum malam dan Aisyah makan malam mereka berkumpul di dewan terbuka semula.

"Kak Aisyah,kakak dah ok ke? Pening lagi?"tanya seorang budak junior,merupakan ahli kumpulannya.

"Akak dah ok. Sebab tu akak datang sini nak teruskan kem. Awak tak perlu risau lah. Akak baik sahaja."kata Aisyah kepada budak itu.

"Saja tanya,nanti kesian hero akak kene jaga akak je."kata budak perempuan itu.

"Hero? Siapa hero akak?"tanya Aisyah.

"Akak tak tahu ke? Abang Rasyid tu kan,hero akak. Dia yang bawak akak ke bilik kesihatan."jawab budak itu.

"Oh...tak pelah. Terima kasih sebab risaukan akak. Akak pergi dulu. Assalamualaikum."kata Aisyah. Dia pergi ke arah kawannya.

"Aisyah...macam mana? Ok tak? Pening lagi?"tanya rakannya.

"Ok..."jawab Aisyah sepatah.

"Semua,dengar sini. Kita akan buat night walk malam ni. Demi keselamatan semua,kita akan gunakan sistem kawan dan kamu semua akan berpasangan. Lelaki dan perempuan."kata Encik Aizat.

Mereka terkejut.

"Apa!?"

"Biar betul?!"

"Tak mungkin?!"

Jelas sekali mereka semua terkejut.

"Disebabkan ada kawan kamu hadapi masalah tadi,jadi kita akan gunakan sistem kawan ini. Saya nak lelaki cabut undi untuk tentukan pasangan kamu. Untuk pelajar perempuan, nama yang disebut sila ke depan untuk ambil undi. Adila Farzana, Amalia Syafikah dan Darisya Danisyah,kamu semua akan berpasangan dengan perempuan."kata Encik Aizat.

"Bestnya..." Pelajar perempuan merungut. Bestlah pasangan dengan perempuan.

"Yang dah cabut undi, berdiri di sebelah perempuan yang tertera namanya di kertas kamu. Jangan  risau,kamu bukan kene kahwin pun."gurau Encik Aizat.

Mereka mengedahkan gurauan itu. Mereka lebih berminat untuk tahu siapa pasangan mereka.

Aisyah hanya berdiri sambil menunggu pasangannya.

Bahu Aisyah di tepuk beberapa kali. Aisyah memandang ke belakang.

"Hai..."sapa Hakimi sambil melambai tangannya.

"Kau buat apa kat sini?"tanya Aisyah.

"Tengan berdiri sebelah pasangan aku lah."jawab Hakimi.

"Siapa? Aku?"tanya Aisyah lagi.

"Dah tu? Kau rasa aku tengah berdiri depan siapa ni?"tanya Hakimi pula.

Aisyah ketawa kecil. "Aku saja tanya mana tahu kau berpasangan dengan tiang ke?"kata Aisyah dengan sisa tawanya.

"Ngok kau."

"Semua dah jumpa pasangan kamu?"tanya Encik Aizat.

"Dah..."

"Saya nak awak beratur lelaki dan perempuan tapi berpasangan."kata Encik Aizat lagi.

Mereka hanya menurut selesai mereka beratur,mereka dilepaskan pasangan demi pasangan di dalam hutan.

Tiba giliran Aisyah dan Hakimi. Mereka berjalan seiringan. Menurut Encik Aizat akan ada beberapa mentor yang berada di hutan itu. Sekiranya mereka berjumpa semua mentor itu,bermakna mereka berada di jalan yang betul.

Mereka berjalan seiringan sehingga bertemu mentor yang pertama.

"Jalan terus sahaja,dan kamu akan jumpa mentor yang kedua."kata mentor itu.

Ćıŋŧą ɛmקąŧ Şɛɠı [Ć]Where stories live. Discover now