Bab 2

34.9K 1.1K 54
                                    

Setelah sampai di rumah agam keluarga Ayumi, mereka pun masuk bilik masing masing untuk merehatkan kan diri.

Ayumi POV..

Di bilik Ayumi..

"Haih...tak sangka aku dah jadi tunang orang.." Kata ku sendiri.

Badan ku di bawa ke atas katil. Sungguh indah nya hidup. Tapi mereka masih hidup.

Beberapa tahun lepas rumah aku ni kena serang. Haih..dah lah masa tu aku dah tak da kat malaysia. Nasib anak buah kesayangan aku tu ada.

Tiba tiba..

TUK..TUK..TUK..

Haih..sape lah yang gatal sangat tangan tu nak ketuk pintu bilik aku ni..keluh ku dalam hati.

Dengan langkah yang longlai aku gagah kan diri untuk membuka pintu bilik ku.

"Hah nak apa..?"Tanya Aku malas. Kepala di dongak kan dan terserlah lah rupa along aku yang makin berseri. Sebab apa, along aku ni pun akan kawin juga lepas aku kawin nanti. Hehehe..Korang rasa sapa suri hati encik mafia kita ni..?? Cu teka..

"Tak makan dulu ke..?mama dah siap kan makanan kat bawah tu"Tanya nya.

"Hemm..Yumi turun lah."Jawap ku

Along aku hanya mengangguk lalu beredar dari bilik ku.  Aku apa lagi ikut dia lah. Tak kan masuk bilik lagi lapor dah ni.

Sesampai ku di meja makan semua dah ada, kami pun makan lah selepas along baca doa.

Bunyi garfu dan sudu berlaga membuat ku hampir mati kebosanan dekat meja makan ni. Naufal di hela dan aku pun mula memecahkan kesunyian.

"Aqif ikut akak petang ni ek..jalan jalan dekat bandar KL ni..dah bertahun tak jejak kat sini kan.."Kata ku. Mata di larikan tepat ke wajah putih adik depan aku je dia makan tak jauh mana. Cerr..putih keturunan mat salleh gitu.

"Buat apa malas ah.."Tolak adik ku mentah mentah. Terajang juga mamat ni kang.

Kaki kanan ku menendang kuat kaki kiri nya kuat. Kedengaran adik ku mengadu kesakitan dan mata nya memandang tajam aku di hadapan nya.

Aku apa lagi balas jelah. Sebenarnya aku ni bukan nak jalan jalan pun nak gi markas je lama tak jejak kaki dekat sana kata kan.

Seakan akan tahu apa maksud pandangan tajam aku dia pasrah.

"Adik ikut lah..bosan gak dekat rumah ni.."Setuju nya. Mungkin takut akan renungan tajam aku tadi tu.

Selesai makan bersama aku mula bersiap santai je pakaian aku. Baju biru laut lengan panjang, seluar trak suit , selendang putih kapas. Tak payah pakai dress bagai tak orang pun nak tengok , almaklumlah HUTAN.

Adik dia pakai serba hitam. Apa mimpi dia pun tak tahu. Aku yang ketua dia pula yang mengatal nak pakai hitam.

Sementara di ruang tamu pula, kaki ku di hayun kan menuju ke arah satu satu nya adik perempuan ku. Muka dia juga berseri kebelakangan ni. Agak agak lah sape pula imam dia ni nanti di..?

"Fina akak ni nak keluar ada pesan apa apa..?"Tanya Ku.

Affina yang elok melihat televisyen terus memandang ku dengan mata berbinar siap ada cahaya lagi tu.

"Akak..Akak..tolong belikan Fina coklat susu, kitkat, kek cheese dan ais krim coklat boleh..?"Tanya nya manja. Terlopong mulut ku saat mendengar pesanan nya itu. Semua coklat tak buruk ke gigi tu nanti. Tanya ku dalam hati.

"Haa..dah nak jadi bini orang dah kamu ni..tapi perangai coklat tu tak hilang lagi ke..?"Tanya ku pelik. Kepala yang berlapiskan tudung di garu.

"Hehehe..coklat kan sedap.."Jawap nya sambil tersengih kambing.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now