Bab 32

18.2K 814 94
                                    

Faris yang diam menyepi membuatkan Ayumi tertawa dalam hati. Aduhai suami .. suami.

"Belum masanya lagi."Kata Faris kemudian memeluk Ayumi dari hadapan. Dahi isterinya di kucup sayang.

Anak buah Faris yang menjadi pendengar itu tersengih.

Dah berubah dah boss aku ni...

Ayumi kaku dalam dakapan Faris. Namun perlahan lahan dia terlelap. Membuang perasaan ingin muntahnya.

"Pastikan kau cari punca macam mana musuh kita tu boleh mati awal nanti.."Kata Faris dingin kepada anak buahnya.

"Baik Boss.."

****

"Nama aku Harry.." Kata si Abang sambil berjabat tangan dengan Irfan.

Irfan mengangguk kemudian menyambut tangan Harry.

"Aku Carl .." Irfan mengangguk. Namun si Adik tidak pula mahu berjabat tangan dengan nya.

"Korang nak tak join masuk kumpulan aku.."Tanya Irfan hanya untuk berbasa basa.

"Kumpulan? Apa yang kitaorang akan dapat kalau join kumpulan kau?"Tanya si Adik sinis. Tangan di silangkan ke dada. Si Abang di jeling pantas.

"Semua. Aku boleh bagi apa yang aku nak. Perempuan , duit , harta. Cakap apa yang korang nak.."Kata Irfan bersahaja. Senyuman sinis terlakar di bibirnya apa bila melihat kedua kembar seiras itu seakan mengangguk setuju.

"Kitaorang setuju. Jadi apa tugas pertama kitaorang.."Tanya Harry seakan tidak sabar.

Irfan tersengih.

Masa nya untuk aku cari maklumat Rose..

Desis hati Irfan.

"Korang akan..."

****

Zul memandang lama Arissa yang sedang enak melahap di hadapan dia. Terbit senyuman tanpa dia sedari.

Ibu jarinya naik menggosok lembut bahagian bawah bibir Arissa. Comot sangat makan mana tidak nya.

Arissa berhenti makan. Mata nya membulat terkejut.

"Minggu depan kita kahwin.."Kata Zul selamba setelah selesai mengelap kesan di bibir Arissa tadi.

Arissa terdesak air liur sendiri. Terkejut gamak nya.

"Uhuk...uhuk... Awak cakap apa tadi" Tanya Arissa .

Zul tertawa halus. Air oren yang disisi di hulurkan untuk Arissa.

"Kita kahwin.."

Membulat mata Arissa mendengar perkataan keramat itu. Mukanya lantas memerah.

Mungkin dengan cara ini aku dapat jaga keselamatan dia..

****

"Akak..!" Jerit Hadi riang. Setelah mengetahui bahawa kakak kesayangannya telah sedar dari lena yang panjang dari Khairul. Dia pantas sahaja berlari menuju wad kakak nya itu.

"Hadi.."Kata Iffah seakan tidak percaya.

Lalu badan kecil Hadi di dukung oleh Khairul agar membantu kanak kanak lelaki itu duduk di pangkuan Iffah yang masih berada di atas katil.

"Akak ! Hadi rindu akak. Lama tau akak bangun nasib baik ada abang Khai tak lah Hadi bosan." Kata Hadi ceria. Tiada pelat walaupun umurnya baru sahaja menginjak 5 tahun itu.

Iffah tertawa halus. Kanak kanak di hadapan dia kini bukan lah adik kandung sebenarnya tapi adik tiri nya. Ayahnya khawin lain dengan janda anak satu. Namun kebahagiaan itu tidak tahan lama ketika ayah dan ibu tiri nya di bunuh kerana hutang yang banyak oleh anak anak buah Faizal.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now