BAB 30 Gadis Misteri

19.1K 769 28
                                    

Jari jemari seorang gadis yang bertudung itu pantas sahaja menari di atas papan kekunci komputer riba nya. Setiap maklumat di baca penuh teliti. Maklumat musuh tidak akan dia sia siakan begitu sahaja kerana amat berharga.

Jari jemari yang pantas tadi berhenti menaip. Bibirnya mengoyakkan senyuman sinis. Bilik tidur yang sedikit malap menutup wajah si gadis.

Gambar seorang lelaki berbadan gempal di tatap penuh kebencian.

Your turn..

Bisik hati si gadis.

                               ****

"Betul ke apa yang kita buat ni " Ujar Raikal separuh berbisik kepada kembar nya.

"Kau takut dan nak patah balik?" Tanya Haikal sambil menatap wajah adik kembarnya.

Pantas kepala Raikal menggeleng menidakkan.

Haikal tersenyum sinis. Mencabar keberanian si Adik.

Di hadapan mereka kini adalah kelab malam yang agak 'meriah'. Bunyi dentuman muzik jelas membingitkan telinga mereka berdua.

"Mengikut maklumat bos 'kesayangan' kita tu nak cari lahanat tu dekat sini je mudah. Tapi batang hidung pun aku tak nampak sekarang ni. Hish.."Rungut Haikal. Mata nya sibuk mencari sosok yang berada di dalam gambar tadi. Satu keluhan lega terlepas dibibir jejaka itu. Ketika matanya menangkap sosok yang di cari.

"Dah jumpa. Jom buat kecoh.."Kata Haikal sambil tersengih lebar.

Raikal mengerutkan dahi nya. Jumpa?

"Mana ?"Tanya Raikal blur.

Jari telunjuk diarahkan pada suatu tempat yang terpencil.

Senyuman sinis Raikal melebar.

                             ****

Mata Ayumi menatap tajam skrin komputer riba milik Aqif itu. Semua maklumat yang dia inginkan jelas terpapar pada skrin tersebut.

"Mangsa seterusnya tak jauh sangat dengan kedudukan kita sekarang ni. So bila nak bertolak?" Kata Aqif sambil tersenyum sinis.

"Siapkan segala kelengkapan. Kita bertolak sekarang. Batalkan segala mesyuarat yang ada."Arahan ringkas Ayumi.

Telefon yang berada di dalam kocek seluar di keluarkan. Nombor beberapa anak buah Rose di dail.

                            ****

Rumah banglo dua tingkat di pandang kosong si gadis tersebut. Pisau belati yang cantik berkilat itu siap menjilat darah musuh.

Kedua pisau belati yang berada di kedua tangannya di genggam erat. Langkah di bawa masuk ke dalam banglo tersebut dengan penuh berjaga jaga.

                            ****

Beberapa anak buah Rose memandang lama banglo dua tingkat di hadapan mereka dengan perasaan penuh dendam.

"Sudah lah tenung tu jom masuk.."Sampuk Rose tanpa perasaan. Dok tenung banglo tu sampai tembus buat apa dho.

Mereka masuk dengan langkah berjaga jaga. Setiap sudut yang mereka lalui hanya di penuhi dengan percikan darah merah yang seakan baru sahaja.

Rose mengerutkan dahi nya.

Siapa datang lebih awal dari aku.?

Tanya Rose dalam hati.

"Korang pergi tengok keadaan dekat tempat lain aku nak masuk bilik boss dia."

Anak buah Rose yang lain mengangguk patuh.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now