Bab 33

17.9K 823 26
                                    

Ayumi tolong aku...

Aku sakit...

Sakit sangat ni..

Tolong...Ayumi Tolong...

Jeritan berhampiran Ayumi membuatkan dia tersentak. Kawasan yang berkabus tebal menghadkan penglihatan dia untuk mencari siapa empunya suara tersebut.

Ayumi..

Sakit..

Tolong aku..

Hiks..hiks..hiks..

Ayumi..!

Bunyi tangisan dan jeritan membuatkan badan Ayumi menggeletar ketakutan.

"Siapa kau.."

"Kenapa suara kau macam.." Ayumi terhenti seketika. Suara yang memanggil nama nya itu. Dia kenal. Tersangatlah kenal.

"Macam Rania. Rania kau ke tu. Mana kau sekarang.." Jerit Ayumi. Kaki nya melangkah tanpa hala tuju. Kawasan sejuk dan berkabus tebal serta tiada langsung sumber cahaya membuatkan Ayumi berhenti seketika. Ketika suara yang memanggil nya hilang.

"Rania. Rania. Rania!"Jerit Ayumi bersama linangan air mata.

Tolong aku bunuh dia..

Aku tak tenang Ayumi..

Tolong aku!

Suara itu muncul lagi. Tetapi kini bahu Ayumi di sentuh oleh seseorang. Badan Ayumi kaku seketika. Perlahan lahan dia menoleh kebelakang. Tiada apa apa.

Tiba tiba wajahnya pula yang di penggan. Tangan yang memegang wajah Ayumi secara lembut itu tersangat lah dingin. Sama dingin dengan batu ais.

Tolong aku..

Kemudian perlahan lahan kawasan yang didiami Ayumi tadi bercahaya terang. Tersangat lah terang sehingga memedihkan mata.

                             ****

"Hey Ayumi bangun. Bangun sayang.."Kata Faris lembut. Badan isterinya digoyang lembut. Namun tiada tidak balas.

Faris mula tidak senang duduk. Badan isterinya yang penuh dengan peluh dingin itu membuatkan jantung dia berdegup pantas.

"Baby girl please wake up.Baby girl.."

"Rania!!!" Jerit Ayumi pantas bangun dari pembaringan.

Dada Ayumi turut naik dengan pantas. Nafasnya  tercungap cungap menghirup rakus oksigen yang ada. Badan nya pula menggeletar hebat.

Melihat keadaan isteri seakan dalam keadaan ketakutan. Pantas sahaja Faris memeluk erat Ayumi. Tangisan Ayumi kini pecah pada dada bidang Faris. Kerana sedia maklum Ayumi ni pendek orang nya.

"Shh..Aku ada jangan nangis lagi boleh.." Pujuk Faris lembut. Belakang badan Ayumi di gosok lembut. Ubun ubun Ayumi pula dia kucup sayang.

"Dia datang. Hiks..Hiks.." Kata Ayumi tersedu sedan.

"Siapa?"Tanya Faris seakan berbisik.

"...."Ayumj tidak  membalas. Hanya diam.

"Kalau tak nak bagitahu aku tak paksa. Sekarang ni kita kena isi perut dulu. Kalau dalam perut ni ada 'isi' susah kalau ibu dia tak makan.."Usik Faris sambil tersengih nakal. Ayumi meronta merah. Peha Faris dicubit sertamerta.

"Auchh..Sakit lah. Betul apa yang aku cakap tu. Aku ni nak lah juga ada keturunan."Kata Faris bersahaja.

"Awak apa ni. Hish. Tak nak kawan " Balas Ayumi lalu berlari ke arah bilik mandi untuk mencuci muka dan menutup malu.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now