Bab 46

17.6K 833 41
                                    

Tingkap kaca yang di basahi air hujan rintik rintik di pandang sepi. Jumlah pelanggan yang datang dalam kuantiti yang kecil membuatkan Alisya berasa bosan.

Memori semalam masih ligat berpusing di dalam mindanya.

Siapa perempuan yang gelarkan diri dia Mafia tu?

Kenapa dia kenal aku tapi aku tak kenal dia?

Dan kepada suara King tu macam pernah dengar je?

Kenapa dia kata..

Alisya berhenti memikirkan soalan apabila teringat akan ungkapan yang keluar dari mulut King. Wajah nya memerah secara tiba tiba.

"Fikirkan aku lah tu" Bisik suatu suara tepat pada telinga Alisya yang berlapik tudung .

Alisya terkejut. Pantas dia menoleh ke arah asal suara itu. Matanya membulatkan terkejut. Jantungnya juga berdetak tidak sekata.

"Bila masa awak sampai sini?" Tanya Alisya yang masih terkejut itu.

"Lama dah sempat juga tengok kau fikir pasal aku.." Jawap suara itu bersama dengan sengih nakal.

Alisya mengembungkan kedua pipinya.

"Kau fikir apa tadi? Bila tarikh kita kawin?" Tanya suara itu pula.

Alisya mencubit lengan sasa lelaki itu.

"Aqif jangan main main boleh tak!" Kata Alisya geram.

Suara yang menegur dia tadi A. K. A Aqif meledakkan tawan yang walaupun dalam kesakitan.

"Betul lah. Bila masa pula aku bergurau?"Balas Aqif dalam nada bergurau.

Alisya menggulingkan bola matanya ke atas menyampah dengan perangai tak semenggah Aqif itu.

" Aip tak baik buat macam tu dekat bakal suami kau ni. "

Alisya menampar kuat bahu Aqif.

" Auwww.. Aku aje kau pukul kan. Nanti bila kawin macam mana pula aku jadinya. Entah entah biru badan aku tak lama." Kata Aqif lalu menangkap pergelangan tangan Alisya.

" Lepas.. "Kata Alisya dalam nada geram.

Pekerja lain yang melihat drama tak terbayar itu hanya tertawa sahaja. Membuatkan Alisya termalu sendiri.

"Kenapa datang sini?" Tanya Alisya serius walaupun wajahnya kian memerah.

"Aku kira nak makan tadi tapi tengok kau tak jadi automatik kenyang." Jawap Aqif turut serius.

Alisya mendengus geram. Lalu dia berdiri membuatkan Aqif mengerutkan dahi.

"Nak pergi mana tu?" Tanya Aqif lembut.

"Buat kerja lah layan awak ni buat saya pening kepala"

"Aik belum kawin dah pening kepala? Bila masa pula aku 'makan' kau ni?"

Alisya mengengam penumbuknya. Ikutkan hati memang melayang penumbuk ni tapi disebabkan Aqif pelanggan kafe tempat dia bekerja dia kurung niat tersebut.

"Awak boleh tak jangan main main boleh. Sakit hati tau tak"

"Meh sini aku ubat kan.." Tawar Aqif tangannya naik menggosok kepala Alisya lembut.

Alisya terpana.

"Tak payah. Saya banyak kerja lagi ni." Tolak Alisya lembut lalu beredar dari meja yang di duduknya sebentar tadi.

Aqif mengangguk perlahan sebagai jawapan.

"Jus oren satu.." Pesan Aqif sebelum Alisya berlalu pergi.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now