Bab 35

17.8K 770 34
                                    

Tangan kekar Faris melingkar di pinggang ramping Ayumi. Angin sepoi sepoi bahasa meniup rambut dia perlahan. Jelas badan isterinya itu terhinjut sedikit akibat terkejut.

Ayumi tersentak namun membiarkan sahaja. Balkoni bilik mereka yang menghadap tasik buatan di pandang sepi.

Angin malam yang cukup menenangkan .

"Esok hari last kita dekat sini"Kata Faris .

"Esok boleh saya melawat syarikat saya dekat sini?"Tanya Ayumi, meminta izin suami nya itu.

"Kau ada syarikat kat sini gak ke?"

"Ada. Boleh?"Tanya Ayumi manja. Badan dipusingkan menghadap Faris. Anak mata yang berwarna kelabu milik Faris di tenung dalam.

CUP

Tak semena bibir Ayumi di kucup Faris lama. Membulat mata Ayumi akibat terkejut.

"Jangan tenung aku macam tu"Bisik  Faris tepat di telinga Ayumi.

Selepas sahaja kejadian siang tadi semua anak buah Faris telah berkawal di setiap penjuru vila nya dan rahsia Ayumi masih tersimpan kemas.

Tiba tiba badan Ayumi di dakap erat. Ayumi terpana.

"A..awak?"

"Shh..Aku nak peluk kau kejap"

Ayumi terdiam.

                               ****

"Boss maklumat Rose.."Kata Harry tenang. Pendrive yang berwarna hitam diserahkan kepada Irfan. Riak wajah yang selamba itu membuatkan Irfan tidak mengesyaki apa apa.

"Bagus kerja kau Harry.."Kata Irfan sambil tersenyum sinis. Pendrive di teliti nya penuh dendam.

" Irwan dan Rose tak lama lagi kedudukan korang berdua akan jadi milik aku.. "Gumam Irfan perlahan.

Carl yang duduk berdekatan dengan Irfan tersengih sinis.

Dah cukup berani ke nak lawan Rose.

Desis hati Carl.

                                 ****

Lama Naufal memerhatikan Sya yang sedang sebuk berbual dengan pekerja batik tempat mereka menempah baju pengantin. Telefon pintar nya di keluarkan dalam diam dia mengambil gambar Sya yang sedang tersenyum lebar tanpa di ketahui sesiapa.

"Awak kita pakai tema silver." Kata Sya sambil menuju ke arah tempat Naufal duduk.

Naufal hanya mengangguk setuju. Tangan nya naik mengusap lembut kepala Sya yang ditutupi shawl biru laut.

"Janji dengan aku satu je" Kata Naufal sambil menunjukkan jari kelingking kanan.

"Apa?" Tanya Sya sambil melentokkan kepalanya ke kanan.

"Sentiasa berada di sisi aku. Walau apapun pekerjaan aku.." Kata Naufal lembut. Dia menatap mata hazel Sya dengan pandangan redupnya.

Sya tersentak. Seakan dapat menangkap sesuatu dari perkataan yang di ungkapkan oleh Naufal itu.

"Janji?" Tanya Naufal meminta kepastian sambil menggerakkan jari kelingking nya.

Sya tersenyum lebar. Kemudian menyilangkan jari nya dengan Naufal.

"Janji!"

"Good girl. I Love You." Bisik nakal Naufal tepat di telinga Sya.

Sya tertunduk malu. Pekerja butik yang melihat kejadian itu hanya tersengih.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now