BAB 45 GADIS MISTERI iii

17.6K 796 34
                                    

Ayumi tersenyum sinis melihat plan yang di lakar di hadapannya. Penumbuk digenggam kuat.

Kau akan kenal dengan siapa kau berhadapan..

Desis hati Ayumi.

****

Seorang gadis melangkah perlahan keluar dari sebuah rumah banglo dua tingkat itu. Senyuman dia melebar ketika pemilik banglo tersebut menerima dia untuk menjadi 'pasangan tidur'.

Lepas orang tua ni mampus harta dia aku bolot semua. Faris tunggu sayang datang ya...

Kata gadis itu dalam hati bersama tertawa sinis.

****


Alisya melangkah lebih dalam lagi masuk ke dalam gudang terbiar itu. Data yang di baru sahaja peroleh menunjukkan bahawa orang terakhir yang bersubahat dengan Irfan ada di lokasi tersebut namun figura orang langsung tidak kelihatan sejak tadi.

Tiba tiba deria dia menangkap sesuatu yang tak kena dengan kawasan nya itu.

Tanpa di sangka berdas das tembakan di lepaskan yang menyasarkan dia sebagai mangsa utama. Asal peluru tersebut cuba di carinya namun gagal. Peluru tersebut datang pelbagai arah membuat dia keliru.

Alisya bertungkus lumus mengelak semua peluru tersebut setiap langkah yang di ambil setiap itu juga peluru hampir mengenai badannya. Nafas berat jelas kedengaran. Tetapi tanpa di sangka ada seseorang yang datang dari arah belakangnya bersama dengan pisau rambo yang tajam serta berkilat.

Alisya menahan serangan itu dengan menggunakan tangan kanan. Penumbuk di beri kepada penyerang tersebut namun sempat di tangkap. Telapak tangan yang kasar mengengam penumbuknya membuat Alisya dapat meneka bahawa penyerang adalah seorang lelaki.

Tangan yang mengengam penumbuk Alisya di lipat kebelakang badannya oleh si penyerang membuatkani pergerakan Alisya terbatas.

Alisya mencuba mengerakan badannya kasar namun gagal lelaki misteri yang mengunci pergerakan dia adalah seorang yang mahir.

Kau bergerak aku rogol kau dekat sini juga..

Ugut lelaki misteri  yang memakai mask dan berhoodie biru tua.

Suara yang  berbisik itu membuatkan Alisya menelan air liur. Badannya dipaksa duduk di atas kerusi yang telah tersedia di gudang lama itu dengan kasar sekali.

Beberapa minit kemudian datang seorang perempuan bermata merah semerah darah bersama mask yang menutupi separuh wajah gadis itu.

Membulat mata Alisya ketika menangkap perempuan bermata merah itu. Namun tidak lama kemudian dia menatap tajam wajah Rose. Dia tidak suka akan kehadiran perempuan di hadapannya.

"Aku tak sangka kau nak juga ikut data yang palsu tu" Kata Rose sinis.

Alisya diam membisu tidak mahu membalas.

Rose mendengus geram.

"Buka mask perempuan tu.." Arah Ayumi pada anak buah nya yang berasa di sampingnya.

Anak buah Rose patuh lalu berjalan ke arah Alisya. Mask yang menutupi separuh wajah Alisya di tanggalkan. King yang berada di samping Alisya membulatkan mata akibat terkejut. Gadis yang di lawan dia tadi adalah Alisya A. K. A Nur.

"Aku ingatkan kau ni siapa lah? Pengacau jalan kumpulan aku. Rupanya kau Nur!" Kata Rose cukup sinis.

Alisya mengetap gigi.

"Panggil aku Alisya bukan Nur." Kata Alisya dingin.

King terkaku mendengar cara percakapan Alisya hadis yang disayangi nya itu.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now