ENDING SPECIAL BAB [PERTEMUAN]

25.8K 830 166
                                        

Ayumi menatap lama matahari yang jelas hampir tidak kelihatan lagi. Deruan angin menampar lembut pipinya.

Faris tersenyum sendirian melihat isterinya itu. Ketenangan yang terpancar pada riak wajah Ayumi membuatkan dirinya juga turut hanyut dalam ketenangan tersebut.

"Hiks.. Hiks.. Tok mummy, Tok daddy.. Mane semua orang Hiks Hiks.." Tangisan seorang kanak kanak perempuan menarik perhatian Faris. Dia menoleh ke arah belakang.

Dahi Faris berkerut apabila melihat Arsyad sedang elok sahaja memujuk kanak kanak perempuan itu.

" Heyyy. Comel macam awak nih, kalau nangis hodoh lah" Pujuk Arshad sambil menyekat air mata kanak kanak perempuan itu.

Kanak kanak perempuan itu menarik lututnya untuk di peluk. Gerun pula dirinya melihat kanak kanak lelaki yang mengesat air matanya.

"Jangan la takut. Kite orang baik lah" Pujuk Arsyad sambil tersenyum manis lalu rambut kanak kanak perempuan yang berwarna merah menutup matanya itu di selak perlahan. Menampakkan kristal sebiru laut.

Arsyad terpaku apabila matanya menangkap anak mata kanak kanak perempuan itu.

Zamrud bertemu Kristal.

"Ashikin sayang mana kamu? Tok Daddy risau ni!" Jeritan seorang jejaka bermata sebiru laut. Kelihatan berusia dalam lingkungan 50 an.

"Tok daddy" Jerit kanak perempuan itu.

Faris meliarkan pandangannya. Mencari asal suara jejaka yang memanggil nama Ashikin itu tadi .

"Erk pak cik ni siapa?" Tanya Ayumi apabila matanya menangkap sosok seorang lelaki dalam lingkungan usia 50 an.

Tengku Firdaus Arshad mencari cari kelibat satu satunya cucu perempuan itu. Perasaan risau mulai menjala di dalam hati.

"Kamu ada nampak tak kanak kanak perempuan berambut merah dekat dekat sini?" Tanya Tengku Firdaus Arshad tanpa menjawab soalan Ayumi.

Ayumi terdiam.

"Maksud pak cik kanak kanak perempuan tu ke?" Tanya Faris sambil menunjuk ke arah anaknya yang elok memujuk seorang kanak kanak perempuan .

Tengku Firdaus Arshad menoleh ke arah itu lalu dia mengukir senyuman lebar. Lega hatinya cucunya itu tidak tercedera kerana pasti ada musuhnya yang sedang memerhati mereka kini.

"Ashikin." Panggilnya.

Kanak kanak perempuan yang berbual bual mesra bersama dengan Arsyad itu menoleh.

"Tok daddy!" Jerit Ashikin riang.

Tengku Firdaus Arshad tersenyum. Tangannya di depakan apabila kelihatannya cucu dia itu ingin mendakap tubuh nya.

Faris dan Ayumi hanya menatap sahaja begitu juga dengan anak mereka. Arsyad.

"Kamu ni anak Zainal kan?" Tanya Tengku Firdaus Arshad sambil menatap Ayumi yang elok berdiri bersebelahan dengan suaminya.

Ayumi tersentak begitu juga dengan Faris.

"Erk..Boleh dikatakan ya" Ujar Ayumi ragu.

Tengku Firdaus Arshad tersenyum lega kerana tekaannya betul.

"Jadi betul lah. Mana abang kamu? Kembar kamu pula?" Tanya dia lagi.

Ayumi terkelu di tempatnya. Hatinya tertanya, bagaimanakah lelaki tua di hadapannya itu mengenali papanya.

"Ada je. Pak cik ni siapa?" Tanya Ayumi. Jarak dia dengan suaminya di rapatkan sedikit untuk mengambil langkah berjaga jaga.

"Papa kamu tak ada cerita nampaknya. Nama pak cik Tengku Firdaus Arshad. Salah satu sahabat terdekat Zainal. Papa kamu." Jawab  Tengku Firdaus Arshad.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang