Bab 26

18.7K 795 49
                                    

Seminggu selepas kejadian penculikan Affina kawalan keselamatan keluarga Ayumi dia perketatkan lagi. Begitu juga kawalan keluarga besar mafia nya.

Seminggu itu jugalah persiapan perkahwinan Afiq dan Affina telah siap.

Dan telah berlangsung sekarang ini..

"Aku terima nikahnya Affina Humairah binti Rafael dengan mas kahwin senaskhah al quran dan wang tunai sebanyak RM 3000 ringgit tunai.." Hanya sekali lafaz sahaja Affina telah sah menjadi isteri seorang Mafia yang turut di takuti kebanyakan nya.

Air mata kegembiraan gugur bergitu sahaja. Ummi Khadijah dan Tengku Maisara yang berada di kiri dan kanan memeluk Affina erat.

"Sekarang ni Fina dah jadi menantu mama kena jaga makan minum suami jangan ingkar arah dia jaga hati dia.."Pesan Tengku Maisara sambil mengesat air mata kegembiraan Affina itu.

Affina hanya mengangguk sahaja.

"Masak tu nanti biar betul senang pikat suami dari perut dia.."Pesan Ummi Khadijah pula.

Affina akur.

Afiq yang berjalan berserta cincin membuatkan pesan kedua orang yang tersayang Affina terhenti.

Affina menghulurkan jarinya. Dengan senang hati Afiq menyarungkan cincin emas yang memiliki ukiran yang unik yang dibelinya tempoh hari ke jari manis tangan kanan Affina. Manakala Affina juga turut berbuat begitu.

Beberapa kelip cahaya dari kamera mengambil kenangan manis usahawan berjaya dengan isteri nya. Begitu juga Ayumi.

Dahi licin Affina di kucup lembut oleh Afiq. Debaran di dada Affina tak usah kata sebelum bibir merah semula jadi Afiq belum singgah lagi jantung dia dah berdegup kencang.

" You're mine now.." Bisik Afiq halus di telinga Affina.

Affina telan air liur kelat.

Mata hazel milik dia bertaut dengan mata berwarna hijau itu lama.

"Ehem...Tak nak makan ke pengantin.."Celah Ayumi dari kejauhan.

Pecah tawa tetamu yang hadir ketika mendengar usikan Ayumi terhadap pengantin baru itu.

Afiq menggosok tengkuk nya. Malu pula dah.

                              ****

Di E.R Hospital pula, kelihatan Khairul berjalan santai dengan tangan kanan nya di masukkan ke dalam kocek seluar manakala tangan kirinya membawa bakul yang berisi buah buahan.

Pintu wad bernombor 305 di tujunya, terdapat seorang kanak kanak lelaki yang termenung jauh memandang cermin tingkap yang di buka luas di dalam wad tersebut. Di lengan kirinya pula terdapat balutan yang kemas menandakan lengan kirinya itu telah mengalami kecederaan.

"Jauh je abang tengok Hadi termenung tu.."Tegur Khairul ramah. Ya, Hadi adalah kanak kanak lelaki yang telah di selamatkan oleh Khairul bersama seorang gadis yang masih tidak sedarkan diri selama seminggu ini.

"Aaa..abang Khai bila sampai..?"Tanya Hadi.

"Baru je tadi..Hadi nak jalan jalan tak"

Pantas Hadi menggeleng kepala. Dia trauma. Trauma di dera.

"La..kenapa Tak nak..abang baru je nak bawa Hadi jalan jalan.."

"Hadi takut.."Bergetar nada suara kanak kanak lelaki itu seakan mahu menangis.

Khairul tersentak mendengar nada suara Kanak kanak lelaki di hadapan nya itu lantas di dakap dia lembut tubuh badan Hadi lembut takut menyakiti anggota badan Hadi yang masih lebam itu.

"Bila akak nak bangun bang Khai...Hadi rindu dia.."Tangisan Hadi pecah di dalam dakapan Khairul. Rindu dengan gadis yang sedang terlantar di wad I.C.U kerana keadaan gadis itu amat teruk.

"Hey..lelaki mana boleh nangis ..nanti Akak Hadi tu sedar lah..apa kata kita lawat dia nak.."Tanya Khairul. Kepala Hadi di gosok lembut . Teringin pula nak ada adik lelaki. Tapi yang dapat adik perempuan. Kasar lagi tu. Desis hati Khairul.

Pantas Hadi mengangguk didalam dakapan Khairul.

"Jap..abang pegi ambil kerusi roda  .."

Hadi pantas mengangguk setuju.

Dakapan di leraikan. Pintu wad di tuju.

"Ha..Laura ambilkan abang kerusi roda boleh.."Pinta Khairul ketika terserempak dengan adiknya di pintu wad.

"Hish..terkejut Luara..jap Laura ambilkan.." Kata Laura lalu beredar dari situ. Khairul simpan senyum terkadang susah nak suruh budak tu.

                                ****

"Eh..Laura cari apa tu..?"Tanya Jururawat yang perasan akan kehadiran Laura yang berada di bilik yang dikhaskan untuk meletakan kerusi roda dan alatan yang penting.

"Kerusi roda ada tak?"Tanya Laura ramah.

"Oh..jap aku tolong carikan.." Jawap jururawat itu lalu beredar dari situ untuk mencari barangan yang diperlukan oleh doktor di hadapan dia itu.

"Laura kau tahu tak hospital kita ni nanti akan ada doktor baru.."

Sesi membawang tiba tiba sahaja bermula. Sambil mata ligat mencari kerusi roda.

"Oh ye ke..lelaki ke perempuan..?"Tanya Laura pula. Entah mengapa dia seakan mengenali doktor baharu itu. Walaupun belum bersua muka.

"Lelaki.."

"Nama dia pula.." Tanya Laura seakan berminat.

"Syed Iqbal Faiz.."

Laura terdiam.

Bila dia balik Malaysia.

                                ****

Majlis perkahwinan Afiq dan Affina begitu meriah tanpa sesiapa sedari ada yang memerhati dari jauh rumah agam milik keluarga Ayumi itu.

Faris kau sepatutnya milik aku..bukan perempuan tak guna itu..Bisik hati perempuan yang memerhati tajam Ayumi dari kejauhan.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now