Ayumi P.O.V
Aku menolak pintu masuk yang di perbuat daripada kaca. Kaunter pertanyaan aku tuju.
Gadis yang menjaga kaunter itu boleh tahan sexy. Agak agak dia di tersesat kut. Ialah tempat kerja , boleh pula dia pakai macam tu. Ingat tempat ni kelab malam .
Aku memaniskan muka untuk bertanyakan di mana terletaknya pejabat Faris.
"Cik tumpang tanya mana pejabat bos ye.." Soalan aku di biar sepi. Gadis tu boleh pula dia make up. Eh, kalau ikutkan hati nak aje aku tembak kepala dia tu biar berlubang. Mati terus bagus lagi.
" You ada buat appointment dengan boss I ke.??" Tanya dia gedik.
Hati aku memanas. Boleh pula dia cakap 'Bos I..' Eh laki aku tuu.
"Tak de pula ..lagi pun saya ni isteri dia..saya rasa tak perlu buat appointment kut"
Betina sundal tu boleh gelak. Sinis aje aku dengar. Menyampah nya.
"You..what..isteri BOSS I ..jangan Buat lawak lah..You dah lah miskin tak padan langsung.."Kutuk dia. Ialah aku ni pakai pakaian simple aje. Malas nak bergaya.
Okey. Korang faham kan situasi aku sekarang. Dia kutuk aku.
Aku nak minta pendapat ni. Perlu ke aku bunuh dia malam nanti. Hah jawap readers sekalian.
Aku mengetap gigi. Pandangan sinis dari pekerja yang lalu lalang membuatkan aku nak tembak aje betina ni. Tetapi mata ku terpandang seseorang yang amat aku kenali . Aku pun apalagi berlari anak lah menghampiri dia.
"Hafiz! Boleh tolong saya tak tunjukkan mana pejabat Faris..Betina tu tak nak bagitahu lah."Adu aku. Perkataan Betina sengaja aku tekan biar sedar diri sikit perempuan yang tah apa nama dia tu.
"Kenapa tak tanya aja dekat pekerja lain.."Kening kiri Hafiz terangkat sedikit. Pelik mungkin.
"Malas lah..cuba tengok tu dorang pandang aku lain macam aje.." Rungut aku pulak.
Kini anak mata Hafiz tajam menatap Betina tadi. Tetapi tiba tiba saja ada yang datang menyampuk.
"Hoi, betina kau kutuk boss aku...kau kenal tak dia ni sape..??"Tanya suatu suara keras. Aku dan Hafiz menatap sumber suara itu. Melebar senyuman aku melihat kedatangan tiga orang yang amat aku kenali itu.
"Tak .You kenal ke perempuan miskin ni.."Jawap betina itu tadi.
"Dia tu CEO Mega HOLDING kau tau tak..Eh sedar diri sikit kau tu yang miskin tengok baju orang dah tahu lah.."Marah aja suara Haikal berkata kata. Aku menjadi terharu. Ya. Yang datang itu tadi adalah Haikal , Raikal dan Khairul.
Betina tadi itu kelihatan pucat ketika berlaga mata dengan aku. Aku jeling dia sekali kepala dia dah menunduk. Pekerja lain pula kelihatan takut melihat aku. Oh. Tadi bukan main sinis tengok aku. Macam aku ni miskin sangat. Hina sangat ke jadi orang miskin ni. Bisik hati ku geram.
"Dah lah korang tak payah layan betina tu. Aku nak cari laki aku ni. Mana dia pejabat Faris ha Hafiz."Tanya aku kasar. Terbang mood nak jadi lemah lembut sikit.
"Ikut aku "Arah Hafiz aku akur. Kami menuju ke arah lif yang berlainan warna nya. Senang cerita cenderung warna emas ha.
Butang lif di tekan. Apabila pintu lif terbuka baru lah aku teringatkan sesuatu.
"Korang pehal pulak datang syarikat laki aku.."Tanya ku kepada tiga orang anak buah aku tu.
"Kitaorang nak bincang projek baru dengan Faris..sebab kita gabung projek baru ni dengan syarikat dia."Terang Khairul. Aku hanya mengangguk.
"Ai sejak bila pula kita dapat projek baru ni??"Tanya Aku lagi.
"Masa kau nak kena lampu hijau hari tu.."Jawap Haikal. Budak sorang ni sama aje dengan doktor yang ada anak satu tu. Aku jeling dia tajam. Dia balas dengan muka sombong dia. Aku hembus nafas, sakit hati pula duduk lama lama dengan kembar bala ni.
Hafiz dia berbual dengan Khairul aje sebab tu tak de dengar suara dia meyampuk perbual aku ni ha.
"Korang dua orang siapa pula ek.."Tanya Hafiz lupa kut nama kembali seiras ni.
"Wah, bro dah lupakan kitaorang ke..sampai hati.."Mula dah air mata palsu dorang . Menyampah nya.
"Dorang dua ni Haikal dan tu Raikal.." Jawap ku. Hafiz mengangguk saja. Kemudian sambung berbual dengan Khairul.
Sesampai di tingkat paling atas dan luas sekali aku mula tersenyum lebar. Hafiz menunjuk kepada kami pejabat Faris aku dah mula lebar senyum ni. Tanpa ketuk aku menerjah masuk ke dalam bilik pejabat Faris. Kelihatan dia tekun sekali meneliti pelan projek baru mungkin. Tanpa menyedari langsung kehadiran aku di hadapan dia.
"Assalamualaikum imam ku.." Bisik aku halus di telinga nya.
Terkejut dia melihat aku yang tersenyum sehingga menampakkan dua lesung pipit di kedua belah pipi ku.
"Waalaikumsalam..awal datang kata masa lunch nanti nak datang.." Tanya dia .
Aku tersengih.
"Hehehe..saja buat surprise ." Jawap ku.
"Yo . Faris pasal projek baru tu kau dah jumpa tapak yang sesuai.."Tanya Raikal . Spoil mood betul lah dia ni.
Yang lain telah masuk termasuk Naufal yang entah datang dari mana membuatkan aku sedikit terkejut.
"Sudah..berhampiran dengan Hotel Sun I. " Jawap Faris dengan senyuman sinis dia.
Kami semua memandang dia dengan riak wajah terkejut. Hotel Sun I tak silap aku tu milik Irfan. Mesti ada tujuan lain kenapa dia nak bina projek baru dia tu dekat sana.
Khairul pandang aku, begitu juga Haikal dan Raikal. Aku hanya mengangguk seakan memahami sesuatu.
"Kenapa pilih tapak kat sana.??"Tanya Ku ingin meminta penjelasan lebih lagi.
"Tempat tu strategik mudah kaut untung.."Jawapan dari Faris membuatkan aku teringatkan sesuatu. Kawasan tu dulu milik papa. Mungkin abang nanti bagi tapak tu dekat Faris. Mungkin.
****
Selesai sahaja Sofia habis mengajar murid murid di sekolah lama nya iaitu Sains High School . Dia pun berjalan menuju ke arah kenderaan nya yang calar sedikit di bahagian belakang . Apa lah nasib malang yang dia dapat lagi ketika terpandang tayar kereta nya yang dah pancit itu. Kempis dah tak da ingin dah.
"What the hell..siapa punya kerja sangat lah ni. Shit" Habis sumpah seranah dia hamburkan . Baru hari pertama dia mengajar di sekolah lama nya dah kena sebijik oleh anak ana murid dekat sana. Kesian
Kalau aku tahu benda ni akan jadi . Memang tak lah aku nak ambil jurusan jadi guru ni.Bisik hati nya sebal.
"Tak baik mencarut. Cikgu pula tu.."Tegur satu suara yang amat familiar di pendengaran dia.
"Awak diam. Aku panas ni.."Marah Sofia lagi.
"Awak buat apa kat sini..??"Tanya Sofia lagi. Pelik akan kehadiran lelaki di hadapan dia itu.
"Nak ambil kau lah..kereta dah pancit tu jom naik kereta aku.."Pelawa Hafiz dengan senyuman.
Sofia terkaku seketika. Ketika itu juga lah mata nya menangkap seorang remaja lelaki yang berumur 17 tahun memandang sinis ke arah nya.
Mata Sofia tajam menatap remaja lelaki itu. Kemudian mata nya beralih memandang Hafiz di hadapan. Dia tersenyum manis dan mengangguk setuju.
#######
FIUH...siap pun..
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]
Mystery / Thriller(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubilla...