Ayumi melangkah laju masuk ke dalam syarikat tanpa memandang riak wajah terkejut pekerja syarikat Mega Holdings.
Azim yang berada di belakang nya hanya mengikut ke mana sahaja Ayumi melangkah untuk memastikan keselamatan isteri bosnya itu walaupun hakikatnya tak perlu pun.
Ayumi berhenti di hadapan meja PA nya.
"Linda keadaan syarikat macam mana..?" Tanya Ayumi bernada serius.
"Puan selamat pagi. Syarikat dalam keadaan baik baik saja. Tapi Evil Rose dekat sini masalah sikit. Ada pembelot." Jawap Linda dengan riak wajah seriusnya.
Ayumi mengetap gigi geraham nya. Azim yang berada tidak jauh dari Ayumi di jeling sekilas.
"Azim bawak aku ke markas" Arah Ayumi dingin.
Azim telan air liur kelat.
Linda tersentak. Lalu memandang ke arah Azim yang berdiri tegap tidak jauh dari kedudukan mereka sekarang ini.
"Tapi puan.."
"Dia kenal siapa aku.."
"Puan Ayumi bukan nak biadap tapi saya tak tahu jalan markas puan" Ujar Azim sambil menunduk 90°.
"Kau tahu jalan pergi markas Faris dekat sini?" Tanya Ayumi.
Azim mengangguk sebagai jawapan.
"Dekat sana lah markas aku. Tapi jauh sikit."
Azim mengangguk sekali lagi. Kemudian berjalan menuju ke arah di mana kereta yang di bawanya terparking. Walaupun masih terkejut.
Linda memandang tajam pemergian Azim.
"Puan tak takut dia belot puan ke?"
"Dia tak akan belot. Anak buah Faris semuanya patuh kecuali seorang."
Linda mengangguk perlahan kepalanya walaupun masih was was dengan keputusan ketua kumpulan dia itu.
"Aku pergi dulu" Pamit Ayumi sebelum beredar dari syarikatnya.
****
Ayumi memandang tajam lelaki di hadapan dia sekarang ini. Anak mata nya juga berubah merah.
Azim yang menjadi pemerhati sudah tidak senang duduk. Aura yang di bawa Ayumi tiada beza dengan Tuan dia. Air liur ditelan kelat.
Anak buah Ayumi yang berwajah serius di tenung sekilas.
Dorang dah biasa ke?
Desis hati Azim.
Lelaki di hadapan Rose kini telah pun berwajah pucat. Dia kenal sangat dengan siapa dia berhadapan sekarang ini. Namun akibat jalan yang dia ambil iaitu membelot dia terpaksa bertarung nyawa di tangan Rose sekarang ini.
Pisau yang berbagai saiz jelas masih berkilat seperti baru di sisi kiri Rose. Jari jemari sengaja menyentuh satu persatu pisau yang ada. Kemudian terhenti pada pisau yang paling kecil saiznya.
"Kau tahu apa padahnya bukan?" Tanya Rose lembut namun kekal dingin.
Lelaki di hadapan dia kini mengangguk dengan laju sekali. Muka nya bertambah pucat lagi ketika melihat tangan Rose mengambil pisau pisau bersaiz kecil tersebut.
Bilah pisau di usap lembut oleh Rose. Dengan langkah perlahan di menuju ke arah lelaki yang telah membelot dia tanpa dia sedari ketika berada di Malaysia.
Perlahan lahan pisau yang bersaiz kecil itu di letakkan di bahagian pipi kiri lelaki pembelot tersebut. Kemudian di tekan kuat sehingga membentuk satu garisan panjang dari pipi kiri terus ke pipi kanan. Garis melintang yang melimpasi hidung lelaki pembelot itu membuatkan dia meraung kesakitan. Darah laju sahaja merembes keluar. Tanpa di pinta.
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]
Mystery / Thriller(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubilla...