Bab 44

16.9K 810 34
                                    

Azrin menatap lama Edy yang sedang lena tidur di katil saiz King miliknya. Nafas berat dihela perlahan.

"Edy nak ibu tak? Perlu ke Ayah tolong carikan Edy ibu? Ayah tak ready lagi lah"Kata Azrin separuh berbisik. Dahi bayi yang baru berusia 2 bulan itu di kucup sayang.

Lalu dia beredar menuju meja kerja yang berjarak hanya 20 langkah sahaja.

Kertas yang bertimbun yang tertulis masalah pesakit di hospital E.R di tatap sayu.

"Kenapa masa aku nak cuti juga ramai pesakit datang.."

Bisik hatinya sayu.

Lalu dia pun meneruskan kerja yang tergendala tadi dengan hati yang hibah.

****

Sya memandang teruja rumah agam milik Faris. Menambah lagi keterujaan dia apabila melihat Ayumi yang melambai ke arahnya dengan senyuman  yang lebar.

"Ayumiiiiiiiii" Jerit Sya lalu berlari anak menuju ke arah Ayumi yang berada di hadapan pintu rumah agam itu.

"Syaaaaaaaa" Jerit Ayumi juga turut teruja. Dia juga mendepakan tangannya.

Faris menggelengkan kepalanya melihat telatah isterinya itu.

"Rindu nya aku dekat kau ni. Masa kahwin hari tu tak sempat nak borak borak.." Kata Ayumi sambil tersenyum manis. Bahu sahabatnya di rangkul erat lalu berjalan masuk.

Naufal memandang kepergian isteri itu lama.

"Mampu ke aku jaga dia nanti?" Tanya Naufal sayu.

Faris tersenyum kelat.

"Selagi kau bergelar suami dia kau mampu. Percayalah." Nasihat Faris lalu menepuk bahu sahabatnya itu dan berlalu pergi masuk ke dalam rumah agam itu.

Naufal menghela nafas berat.

Aku cuba.

Monolog Naufal dalam hati.

****

Aryan menatap tajam sosok seorang lelaki yang melangkah masuk ke dalam kawasan rumah agam Faris. Sniper telah pun tersedia di dalam genggaman hanya siap untuk membidik sahaja lagi.

Hisyam yang berada di tingkat bawah hanya menghela nafas berat. Abangnya yang berada di dalam rumah hanya tersenyum sahaja melihat telatah adiknya itu.

Tanpa sesiapa sedari seseorang telah pun lama memerhati sosok lelaki yang memasuki kawasan rumah agam Faris. Dia ialah Ayumi. Matanya tajam memerhati seperti helang yang ingin menerkam mangsanya.

Hisyam memberi isyarat tangan kepada Aryan untuk menyasarkan pada sosok lelaki itu tanpa sesiapa ketahui.

Dari sudut yang tersorok Aryan membidik sniper miliknya.

Tanpa sebarang bunyi peluru miliknya selamat terbenam di dalam kepala mangsa.

"Musuh Faris dah berani masuk dalam rumah dia. Ketatkan lagi kawalan"

Suara Ayumi dari corong  earphone jelas kedengaran.

"Baik." Jawap Aryan tegas.

Mayat mangsa yang mati di bawa oleh anak buah Ayumi tanpa pengetahuan sesiapa. Langit malam yang di sinari bintang di pandang lama oleh Aryan.

Seterusnya kau Stevan.

****

Sofia berjalan bersama sama dengan abangnya ke dalam sebuah kedai pakaian dengan senyuman tanpa di sedari dia diperhatikan.

"Sofia keluar dengan siapa?" Tanya seorang lelaki yang segak bergaya dengan baju t-shirts polo berwarna hitam.

Tanpa dia sedari tangannya telah pun menggenggam penumbuk erat. Lalu dia beredar dari situ. Hatinya tiba tiba terasa panas.

Tak sangka kau sama dengan perempuan lain Sofia.

****

Ayumi dan Sya tersenyum melihat kedatangan sebuah kereta Honda City.

Namun dahi Sya secara automatik berkerut seribu apabila menatap wajah seorang lelaki yang tidak di kenalinya.

"Siapa tu?" Tanya Sya

"Sofian. Abang sulung Sofia" Jawap  Ayumi sambil tersenyum mesra.

"Assalamualaikum. Lama tak jumpa kau Ayumi. Afiq apa khabar sekarang ni?" Tanya Sofian ramah pada adik sahabat nya itu.

"Wa alaikum salam. Along dah kawin hari tu. Abang Fian bila lagi?"

Sofian tersengih malu. Bahu adiknya di rangkul kemas.

"Fia ada kan tolong carikan kakak ipar dia nanti" Jawap Sofian selamba.

Sofia menepis tangan abangnya itu dengan kasar sekali apabila menangkap kelibat Hafiz yang baru menuruni anak tangga. Wajah tegang Hafiz dia pandang dengan dahi yang berkerut. Hafiz seakan tidak suka akan kehadiran dirinya di rumah itu.

"Buat apa datang sini niat nak bagi surat jemputan je?" Kata Hafiz sinis.

Sofian tersenyum sinis mendengar kata kata sinis Hafiz.

"Jadi ni ke lelaki tu. Lelaki yang Fia gilakan sangat tu. Salam tak ada adab ke laut. Tak ada ciri pemimpin keluarga langsung" Balas Sofian sinis.

Sofia mencebik bibirnya.

"Apa abang ni! Cakap baik sikit dengan Hafiz tak boleh ke?" Marah Sofia sambil bercekak pinggang.

Hafiz tersenyum sinis.

"Nak tunjuk sweet depan aku baik kau balik je. Datang tak di jemput ada hati nak singgah rumah aku"

Sofia mengerutkan dahinya tidak faham akan topik yang di bincangkan oleh Hafiz itu.

"Kau tengok Fia ada dia hormat aku. Ada hati nak ambil Sofia. Macam tak ada awek lain dalam dunia ni" Sinis Sofian menjawab.

Ayumi dan Sya yang berada di tengah tengah terkebil kebil mendengar pergaduhan mulut itu.

"Sudah lah tu. Cukup! Hafiz boleh kau hormat sikit dengan Sofian tu dia abang Sofia kau tahu tak. Sofian kau ni pun cakap elok elok tak boleh ke.? Dah besar panjang pun still nak jadi budak budak ke ?" Bidas Ayumi.

Hafiz dan Sofian terdiam tidak terkutik.

" Kau"

Kata Sofian dan Hafiz serentak. Jari telunjuk ditunding antara satu sama lain.

Jadi dia lah. Anak buah Faris hacker Black Phoenix selain Shawn.

Desis Sofian dalam hati.

"Maaf.. Maaf.. Maaf.." Kata Hafiz berulang kali dengan penuh kelang kabut. Badan nya banyak kali menunduk 90° meminta maaf.

"Tak apa.. Jangan macam tu.." Kata Sofian segan.

Hacker bakal suami adik aku..

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now