BAB 62

19.2K 834 52
                                    

Wajah pucat Sya yang terbaring lemah di atas katil hospital itu di pandang sayu oleh Naufal. Faris menepuk bahu sahabat dia itu memberi semangat agar terus berdoa.

Ayumi mengengam tangan Sya. Menyalurkan semangat untuk sahabat dia supaya bangun dari lena yang panjang.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Ayumi memecahkan keheningan yang melanda di dalam wad VIP itu.

"Sya di culik." Jawap Naufal pendek. Tidak mampu untuk meneruskan menjawab dengan jawapan yang benar.

Ayumi terdiam.

"Awak saya nak balik." Pinta Ayumi pula pada suaminya. Faris menganguk faham. Ayumi berjalan ke arah suami dia itu. Dia tersenyum kelat apabila berselisih dengan Naufal yang tidak terurus itu.

"Tabah  pasti ada hikmahnya di sebalik semua ni" Pesan Ayumi.

Naufal tersenyum menerima pesanan itu.

Tiba tiba Laura muncul bersama fail di tangan. Dia tersenyum kepada pasangan suami isteri tersebut.

"Mana Abang Naufal?" Tanya Laura sopan.

"Dekat bini dia" Jawap Ayumi sebelum berlalu pergi bersama Suami dia.

Laura tertawa kecil. Bos dia itu sentiasa dingin orangnya.

"Assalamualaikum. Abang Naufal kan? Saya Laura." Kata Laura membuka bicara.

"Wa alaikum salam. Oh. Laura. Kenapa ye?" Tanya Naufal bersahaja. Tiada semangat untuk berbual.

"Tahniah." Kata Laura pula bersama senyuman manis yang melebar.

Naufal mengerutkan dahi. Tidak faham maksud tersirat yang cuba di sampaikan oleh Laura itu.

"Kenapa pula?"

"Isteri Abang mengandung. Baru 1 minggu." Kata Laura ceria.

Membulat mata Naufal, akibat terkejut. Dia menatap lama isterinya yang sedang tidur itu.

"Betul ke?" Tanya Naufal,meminta kepastian yang lebih mendalam.

Laura menganguk.

"Kalau macam tu saya pergi dulu. Assalamualaikum" Pamit Laura. Sebelum beredar sempat dia melihat keadaan Sya bagaimana.

Salam dia sahut di dalam hati. Tangan isterinya di genggam erat manakala sebelah lagi menggosok lembut perut Sya yang masih tiada bentuk itu.

"Betul ke Sayang ketua Mafia? Kenapa rahsia semua benda ni? Sayang kita dah ada anak. Pewaris abang. Cepat bangun abang nak Jawapan dari mulut sayang saja"

****

Lutfi menatap lama Alisya yang sedang bekerja di dalam kafe tempat dia bekerja. Maklumat yang berada di genggam tangan dia di teliti semula.

'Alahan?'

'Menarik.'

Lutfi tersenyum sinis. Lalu kereta yang di pandunya perlahan lahan menyusuli jalan. Senyuman sinis elok terlekar di bibir.

****

Ayumi menghela nafas perlahan. Sahabat dia telah pun masuk hospital. Rasa risau mula bertandan di hati apabila melihat wajah pucat Sya itu.

Jari jemari dia di genggam erat. Telefon yang berada di atas meja kecil di sebelah katil di gapai.

Pesanan ringkas untuk anak buah dia laju sahaja di hantar.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now