BAB 50

17.5K 770 21
                                    

Sinaran matahari yang menembusi langsir bilik yang didiami oleh Anatasha membuatkan dia terjaga dari lena yang panjang. Perlahan lahan mata di celikkan. Wajah putih milik Alif yang sedang tertidur menjadi tatapan pertamanya.

Matanya menatap kedua mata Alif yang tertidur itu lalu turut ke hidung yang mancung sejak azali lagi dan akhir sekali bibir merah semula jadi milik Alif. Anatasha menelan air liur.

"Dah puas tenung aku?" Tanya Alif tanpa membuka matanya manakala bibirnya pula menarik senyuman sinis.

Anatasha jadi kelang kabut jadinya. Dia menunduk menatap dada bidang Alif.

Senyuman sinis Alif makin melebar melihat kelakuan gadis di hadapannya itu. Tanpa sedar dia menarik lembut dagu Anatasha. Mata mereka berdua berlaga. Anak mata bundar hazel Anatasha menarik minat Alif untuk menatap lebih lama lagi.

"Aw.. Awak t.. tak.. pergi ke..kerja ke.?" Tanya Anatasha gugup.

Alif tersenyum nipis tanpa Anatasha sedari.

"Jangan cuba cuba lari dari rumah ni kalau tak nak.." Mata Alif tajam menatap badan Anatasha tanda amaran yang dia beri akan dia laksana.

Anatasha menunduk takut. Tangan dia di silang kan menutup badannya.

"Ingat.." Pesan Alif dingin lalu dia beredar dari bilik gadis yang di jaganya.

Tanpa sedar air mata Anatasha mengalir. Entah kenapa layanan Alif menyakitkan hatinya.

"Kenapa awak layan saya macam tu.." Bisik Anatasha dalam hati, air matanya di sekat. Tuala yang berada berhampiran di ambilnya. Lalu dia melangkah ke dalam bilik mandi.

****

Di dalam bilik Alif pula, jelas sekali riak wajahnya sedang menahan diri dari berbuat di luar kawalan. Wajahnya di raut kasar.

" Aku tak boleh sayang dia. Tak boleh jatuh cinta dekat dia. Satu hari nanti dia akan pergi juga dari sini"

Monolog Alif. Lalu dia masuk ke dalam bilik mandi.

****

Ayumi mengukir senyuman sinisnya ketika menatap wajah ketakutan gadis yang telah di kurungnya pada bulan lepas. Gadis yang telah memalukan dirinya semasa dia pergi ke syarikat Faris dahulu.

"You siapa.? Kenapa kurung I?" Tanya bekas pekerja syarikat Faris yang telah memalukan Ayumi dahulu.

"Kau perempuan yang malukan aku hari tu. Masa aku tanya pejabat suami aku dekat mana. Tapi kau bukan main berlagak lagi kan. Tambahan pula hari ni mood aku tak berapa baik" Ayumi menghulurkan tangannya kepada Sofia yang duduk berhampiran dengan meja yang di penuhi oleh senjata tajam.

Sofia mengangguk patuh. Sebilah pisau yang sederhana besar menjadi pilihan hati.

"Disebabkan hari ni mood aku tak baik. Kau saja lah jadi galah gantinya." Kata Ayumi dalam nada yang mendayu dayu.

Alisya yang duduk tenang di penjuru bilik hanya diam membisu menanti perbuatan seterusnya Ayumi itu. King yang duduk tanpa memakai topeng di sebelahnya hanya tersengih sahaja. Ayumi yang memakai mask hitam yang menutupi separuh wajah masih lagi menjadi tanda tanya bagi Alisya.

Tertanya juga lah siapa sebenarnya Rose itu.

Bilah pisau yang sederhana besar itu cantik meniti pada peha kanan bekas pekerja Faris yang bernama Nisa.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now