Seminggu kemudian...
Faris tersenyum sinis. Kawasan perkampungan orang asli yang jelas aman damai itu boleh sahaja menjadi tempat pembiakan jenayah. Terutamanya kumpulan mafia yang bermusuhan dengan kumpulan dia.
"Ambil apa yang patut jadi milik kita lepastu balik. Senang bukan" Arah Faris.
Anak buah dia yang lain menganguk termasuk Naufal dan juga Hafiz. Hanya sepupu dia Faris sahaja tidak kelihatan di dalam kelompok tersebut kerana terpaksa berangkat menjadi sukarelawan di sebuah hospital di Korea Selatan.
Tanpa berlengah lagi mereka pun berpecah untuk mencari lokasi sebuah pemacu milik kumpulan mereka yang telah curi.
Faris menyusuli jalan hutan itu secara berhati hati tanpa dia sedari ada yang memerhati dirinya dari kejauhan bersama senyuman sinis. Sniper yang berada di atas tanah disasarkan pada belakang badan Faris.
"Fuyooo. Kau nak tembak siapa tu?" Tanya Naufal sinis. Pistol glock 17 disasarkan betul betul di kepala si penembak sniper tersebut .
Si penembak terkaku.
BANG..
Naufal tersenyum lebar. Kaki dia melangkah ke suatu arah yang lain pula.
Mayat si penembak sniper tadi dibiarkan begitu sahaja bersama darah yang mengalir melalui celah lubang di kepala dia.
****
Ayumi berjalan keluar dari biliknya. Sofia dan Sya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu tingkat tiga itu di tatap bersama senyuman yang melebar.
"Assalamualaikum.." Kata Ayumi di belakang sofa tempat Sofia dan Sya duduk.
Sya dan Sofia tersentak.
"Eh. Wa alaikum salam. Dah sihat ke ni?" Tanya Sya risau.
"Dah. Korang tengok cerita ape ni?" Tanya Ayumi dia mengambil tempat di tengah tengah antara Sya dan Sofia duduk. Gelas kosong yang tersedia di hadapkan meja kecil dia di gapai lalu jag yang berisi air di sisi kanan meja juga turut di gapai pula. Air di dalam jag dituangkan perlahan lahan. Air jus oren di dalam gelas yang telah dituang tadi diminum.
Sofia menatap lama boss dia itu.
"Cerita Mafia ni ha. Pasal isteri dia sembunyikan identiti sama macam laki dia. Walhal dua dua mafia." Terang Sya sambil mata dia menatap skrin televisyen itu penuh minat.
Pusffffftt...
Tersembur air jus oren yang di minum Ayumi secara mengejut. Terkejut di buatnya kedua gadis yang menemani di sisi kanan dan kiri Ayumi.
" Kau dah kenapa wei.. Eyy.. Habis basah tau tak.." Bebel Sya lalu laju sahaja kaki dia melangkah ke arah lif berdekatan untuk turun ke dapur mengambil kain buruk untuk mengelap kesan air tersebut.
"Kau okey?" Tanya Sofia apabila melihat Ayumi batuk teruk. Tersedak agaknya.
"Okey.." Jawap Ayumi.
Namun entah silap dimana tangan Ayumi tertolak jag kaca yang berada berdekatan bucu meja lalu jag kaca tersebut jatuh menyembah lantai sehingga pecah bederai.
Ayumi terpana. Lama matanya menatap jag kaca yang tidak ada rupa jag lagi.
"Wei kenapa dengan kau ni. Okey tak?" Tanya Sofia yang dirundum risau.
"Aku okey.." Jawap Ayumi di antara dengar tak dengar.
****
Sedang Faris leka memerhati tanpa dua sedari. Ada seseorang datang menghampiri diri nya bersama sebilah pisau.
"Faris!!" Jerit Hafiz dari kejauhan.
Lambat lambat Faris menoleh kerana memastikan keselamatan anak buah dia yang lain.
Situasi menjadi sunyi seketika. Daun daun kering berterbangan.
Faris tersentak apabila perutnya di tikam. Tangan si pelaku dia genggam erat lalu kepalanya di hantuk kuat pada kepala si pelaku. Darah yang keluar dari celah luka tidak di hiraukan oleh dia.
Namun tidak sempat dia bergerak untuk menghampiri si pelaku yang menikam dia, Faris menerima sebutir peluru pula pada lengan dan bahunya.
Hafiz terpaku. Kawan hutan tempat mereka berada betul betul luas memudahkan siapa sahaja datang untuk mengambil nyawa mereka yang berada di sebuah rumah banglo lama tersebut.
" Faris kau okey tak ni?" Tanya Hafiz risau. Badan Faris yang berlumuran darah jatuh namun sempat di sambut oleh Hafiz.
Faris terbatuk darah. Tak mampu menjawab soalan tersebut.
Hafiz berubah panik. Dia memanggil salah satu anak buah Faris.
"Bagi tahu Naufal tentang ni. Aku nak balik rumah rawat luka Faris." Kata Hafiz dingin.
Anak buah Faris menganguk faham.
****
"Lambatnya kau Sya. Nak ambil kain je kut" Tegur Ayumi yang baru menuruni anak tangga.
"Saja aku lapar tadi tu yang makan dulu." Jawap Sya selamba.
Ayumi mencebik. Tahulah dah berbadan dua.
"Jap kenapa tangan kau luka tu." Tanya Sya apa bila menyedari jari Ayumi menitiskan darah.
"Luka ken-" Kata kata Ayumi terhenti apabila pintu rumah mereka di ketuk kuat bagai nak roboh.
"Jap.. Jap siapa tu?" Tanya Ayumi sambil berlalu ke arah pintu rumah agam.
Klik..
Membulat besar mata Ayumi apabila melihat keadaan Faris yang seakan nyawa nyawa ikan itu.
"Kenapa dengan Faris.." Tanya Ayumi cemas.
Badan lemah Faris yang dipapah oleh Hafiz di bawa ke arah Sofa ruang tamu.
Tangan Ayumi pantas menyeluk poket baju tidur untuk mengambil telefon nya.
Nombor seseorang di dail.
"Azrin! Datang cepat bawak kelengkapan doktor kau." Kata Ayumi cemas. Perutnya sempat di usap sayang. Bagi melegakan hati yang sedang di kerumun perasaan risau.
"Aaa.. Okey.."
"Awak macam mana boleh jadi macam ni. Hafiz kenapa Faris macam ni." Tanya Ayumi cemas. Luka pada bahagian kesan tikaman perut Faris di tekup.
Wajahnya Ayumi hampir menangis apabila melihat suami dia itu sesak nafas.
"Jangan risau la. Aku okey." Kata Faris. Pipi kanan Ayumi di usap sayang walaupun darahnya telah mengotori pipi putih Ayumi dengan warna merah pekat.
"TAK.. Awak tak okey.." Kata Ayumi tegas. Air matanya mengalir laju. Teresak dia di buatnya melihat keadaan lelaki yang amat dia sayangi itu.
Mana Azrin ni. Kenapa lambat...!!!
Detik hati Ayumi risau.
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]
Mystery / Thriller(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubilla...