Ayumi mantap lama Alisya yang sedang duduk di hadapan dia. Mask yang berada cantik menutupi separuh wajahnya membantu mengekalkan identiti sebenar dia.
"Aku ada tugas untuk kau.." Kata Ayumi dingin.
Alisya mengerutkan dahi.
"Tugas apa?"
"Menyamar dan masuk dalam kumpulan Irfan. Dalam kumpulan tu akan ada dua orang yang akan jadi back up kau. Cuba porak perandakan kumpulan dia dan aku nak kau rapat dengan orang kanan Irfan Lutfi.." Terang Ayumi.
Alisya menelan air liur kelat.
"Apa ganjaran yang aku dapat?" Tanya Alisya serius walaupun suasana kafe tempat dia bekerja riuh sahaja.
"Balas dendam kematian kakak kau. Satu lagi bukan Irfan yang bunuh kakak kau tapi Lutfi orang kanan Irfan. Dia guna kebolehan dia untuk menggodam maklumat untuk ubah maklumat diri dia tanpa Irfan sedari" Ujar Ayumi lagi.
Alisya melopong. Terkejut mendengar setiap kata kata yang di ungkapkan oleh Ayumi itu. Jadi selama ini setiap mangsa yang di bunuh nya adalah salah.
"Tak bukan semua yang kau bunuh tu sentuh kakak kau ada yang dah mati dekat tangan kau sendiri." Kata Ayumi seakan mengetahui isi hati gadis di hadapan dia.
Alisya mengangguk sahaja.
"Aku setuju dengan tugasan yang kau bagi.." Kata Alisya penuh semangat.
"Bagus kalau macam tu aku pergi dulu." Kata Ayumi lalu beredar dengan hanya meninggalkan duit sebanyak RM 20 ringgit di atas meja.
Alisya memandang pemergian Ayumi dengan seribu satu rancangan baru untuk melaksanakan tugas yang di beri Ayumi itu.
Tunggu haru kematian kau Lutfi..
****
Azrin mengendong Edy menggunakan beg bayi yang di belinya. Langkah di atur ke bilik kerja dia di hospital E. R itu. Edy yang berada di dalam beg bayi(?) hanya dia bermain bersama dengan jari jemari dia sahaja. Terkadang dia menghamburkan tawanya. Azrin hanya tersenyum melihat telatah anaknya itu.
Sampai sahaja dia di bilik kerjanya, jelas wajah Iqbal menjadi santapan matanya.
"Kenapa kau datang sini?" Tanya Azrin sambil tangan nya meletakkan Edy pada kerusi roda nya.
"Tunggu kau lah. Fail pesakit kau semua aku dah siapkan tunggu kau bagi diaorang rawatan yang sepatutnya sahaja." Jawap Iqbal. Beberapa an fail yang di bawa di letakkan di atas meja kerja Azrin. Memandangkan ini kali pertama dia bersua muka dengan Azrin tertanya juga bayi siapa yang di bawa dia itu.
" Sejak bila kau kawin bro? "Tanya Iqbal lalu mengatur langkah ke arah Edy bayi yang baru berusia genap empat bulan itu. Jarinya mencubit pipi tembam Edy. Geram punya pasal.
" Aku tak kawin lagi lah" Jawap Azrin yang mengatur langkah menuju ke arah meja kerjanya. Iqbal membulatkan bijik mata.
"Anak siapa pula yang kau culik ni wei?" Tanya Iqbal yang jelas tergamam itu.
"Aku jumpa dekat depan rumah aku. Jadi aku bela lah."
"Nama dia apa?" Tanya Iqbal lagi sambil bermain dengan jari kecil Edy.
"Nazrin Edy.."
"Cantik nama. Panggil apa?" Tanya Iqbal seakan meminta Edy yang menjawabnya.
"Dy.. Dy.. Dy" Jawap Edy bersama air liur yang terhambur keluar. Iqbal tertawa melihat aksi itu.
"Kalau kau nak main dengan dia bawa lah aku banyak kerja ni. Tapi jam 10 nanti bawak dia masuk balik ke sini." Kata Azrin tanpa menatap Iqbal yang sedang asyik dengan anak dia itu.
"Betul ke?" Tanya Iqbal tidak percaya.
"Betul lah. Dah pergi sana bawa Edy aku banyak kerja lagi ni.." Halau Azrin.
Iqbal terkekek ketawa. Badan kecil dan tembam Edy di angkat penuh berhati hati.
"Nama awak Edy ye.. Nama Uncle Iqbal panggil papa . Jom kita pergi keluar ayah awak nak buat kerja tu.." Ujar Iqbal teruja lalu badan kecil Edy di bawa keluar untuk mencari Mama dia pula.
Mata Iqbal melilau mencari Laura. Setiap pelusuk bilik pejabat khas untuk doktor di tujunya namun hampa tiada.
" Bayi siapa ni? "Tanya suatu suara halus dari belakang. Iqbal terkejut lantas menoleh kebelakangan.
" Eh Laura. Ni anak Azrin. Kau ada kerja tak lepas ni? "Tanya Iqbal.
" Kerja saya dah habis. Anak Azrin? Bila dia kawin.? "Tanya Laura berturut turut.
" Ni anak angkat dia lah. Jom ikut aku pergi taman hospital ni bawa budak ni hirup udara segar sikit.. "Ajak Iqbal sambil tersenyum manis hingga mampu mencairkan mana mana gadis tapi bukan itu tujuan dia. Dia hanya mahu seorang sahaja yang cair melihat senyuman dia gadis itu adalah Laura.
Laura terpaku melihat senyuman Iqbal itu tanpa sedar wajahnya merona merah.
"Saya nak dukung dia boleh?" Pinta Laura bersama tangan yang siap untuk mendukung bayi.
"Nah ambil lah.." Kata Iqbal lalu dia mengatur langkah menuju ke arah taman hospital.
"Hai awak, nama apa? Nama aunty Laura panggil mama je okey?" Ujar Laura bersama pelat kanak kanaknya.
Dalam diam Iqbal simpan senyum. Bilalah dia nak dapat anak pula? Teringin pula yang comel macam Edy ni.
Laura mendudukkan Edy di pangkuan dia apabila sampai ke taman hospital tempat dia bekerja. Dia melabuhkan duduk pada bangku panjang yang di perbuat daripada batu yang di ukir cantik.
"Nama saya Edy.." Jawap Iqbal mengikut pelat kanak kanak yang dia cipta. Jari jemarinya bermain main dengan jari jemari kecil milik Edy. Edy terkekek ketawa.
Laura menatap lama Iqbal yang duduk mencangkung di hadapan dia itu. Lama dia menatap wajah Iqbal tanpa dia sedari ada yang menatap dua dari kejauhan bersama senyuman manis.
Laura dah jumpa orang yang dah bahagikan Laura ya. Semoga kekal ke jinjang pelamin.
Desis lelaki itu atau lebih tepat lagi abangnya Khairul.
****
Afiq menatap lama Afina yang sedang leka membaca novel itu. Posisi duduk isterinya itu betul betul menguji iman nya. Mana tidaknya di dalam bilik tidur mereka Afina hanya memakai kain sarung paras lutut serta t-shirts putih yang menampak warna bra yang di pakai nya.
Afiq menghela nafas berat. Dia menghampiri isterinya. Buku novel yang di baca Afina di tarik lembut lalu di simpan di atas meja kecil yang berdekatan dengan katil mereka.
"Kau tahu tak yang sekarang ni kau betul betul menguji iman aku.." Bisik Afiq pada telinga isterinya. Afinia terkaku. Dia menjarakkan sedikit badannya yang meniarap itu jauh dari suami.
Namun gagal apabila tangan kekar Afiq memegang pinggang Afina. Badan Afina di pusing menghadap dia. Dengan berserta senyuman nakal Afiq menindih tubuh Afina.
"Izinkan abang~~" Bisik Afiq tepat di telinga Afina.
Afina tergamam apabila bibirnya di kucup Afiq. Tanpa sempat dia mengelak.
Lama kelamaan dia membalas jua kucupan Afiq. Lalu pada hari itu Afina sah menjadi milik Afiq selamanya. Kecuali ajal dan maut sahaja yang datang menjemput.
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]
Mystery / Thriller(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubilla...