Bab 70

20.6K 854 49
                                    

4 Jam kemudian...

Wajah tegang Darwish dan Farisya membuatkan suasana wad yang di diami oleh Sabrina juga berubah tegang.

"Rina kau tahu kan yang kau tu baru je lepas bersalin. Patutnya kau berehat je dekat sini dulu." Tegas Farisya.

"Tak masuk akal lah keputusan kau nak pergi jumpa Ayumi dalam keadaan kau baru bersalin ni" Tambah Darwish menyokong Farisya untuk tidak membenarkan Sabrina pergi bertemu Ayumi kerana keadaannya yang baru sahaja melahirkan anak itu.

"Aku tetap nak jumpa Ayumi. Aku ada hal mustahak nak bincang dengan dia. Tolong lah aku merayu ni." Rayuan Sabrina membuatkan Farisya dan juga Darwish berpandangan sesama sendiri.

Darwish mengeluh lalu dia mengangguk sahaja.

"Panggilkan jururawat datang sini" Arah Darwish tanpa menatap wajah Farisya itu.

Farisya patuh.

Selepas kepergian Farisya, Darwish menatap lama wajah Sabrina yang pucat itu.

"Aku tak tahu apa sebab kau nak sangat jumpa Ayumi tapi aku nak pesan satu perkara. Kau nak ke anak kau tengok kau dalam keadaan macam. Fikir masa depan anak kau la Sabrina." Ujar Darwish serius.

"Sebab aku fikir masa depan anak aku lah aku nak jumpa Ayumi. Aku tahu hidup aku tak lama." Jawap Sabrina sebak. Bayi lelaki yang berada di dalam pelukannya di kucup sayang.

"Mama nak Umi Ayumi bagi kamu nama. Mama nak Walit Faris lindungi anak mama ni. Mama tahu mama tak mampu beri anak mama kebahagiaan ni. Mama harap sangat kamu tak akan bertemu dengan ahli keluarga ayah kamu. Mama takut kamu di siksa. Mama tak mahu kamu sakit macam mana mama alami sekarang ni.

"Darwish, aku nak kau tunaikan hajat aku boleh? "Kata Sabrina bersama linangan air mata.

" Apa yang kau nak? "Tanya Darwish semula.

" Tolong jadi guardian untuk anak aku. "

Darwish terdiam. Namun lama kelamaan dia tersenyum.

" Aku setuju. " Sahut Darwish sambil tersenyum.

****

Pintu rumah agam yang diketuk bagai nak roboh itu membuatkan Ayumi tak senang duduk. Nak aje di tembak nya gerangan itu. Mujur mengandung.

Perutnya yang besar daripada Sya itu di usap sayang lalu dia berjalan perlahan menuju ke arah pintu.

Klak..

Pintu rumah di buka dan terserlah wajah tiga orang manusia yang amat dia kenal. Dua di antaranya pula ialah perempuan.

"Erk Sabrina?" Ujar Ayumi lebih kepada soalan.

"Boleh kita orang masuk?" Tanya Darwish pula serius.

Wajah Sabrina yang pucat itu jelas terpancar kegembiraannya apabila menatap wajah Ayumi yang menunggu hari untuk bersalin.

"Masuk lah duduk, jap aku nak ambilkan air untuk korang." Pelawa Ayumi bersama senyuman manisnya.

"Tak perlu. Kita orang just nak singgah sini kejap je" Tolak Farisya pantas.

Ayumi menganguk faham.

"Siapa yang datang tu Ayang?" Tanya Faris yang baru sahaja menuruni anak tangga. Berbaju santai saja dia di hari minggu itu.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now