Bab 49

17.3K 774 26
                                    

Joey menatap lama Dato Wafi kerana ingin kepastian akan keputusan dia untuk menyuruhnya menjaga satu satunya anak gadisnya.

"Betul ke uncle.?" Tanya Joey serius.

Dato Wafi hanya mengangguk sahaja. Satu satunya peluang yang ada hanya pada bawahan anak perempuan arwah abangnya itu.

Joey menghela nafas perlahan. Nampaknya bapa saudara boss dia itu sudah tekad.

"Uncle tak nak Anatasha terluka macam ibu dia disebabkan dendam." Kata Dato Wafi sambil memandang anak Joey dengan senyuman tuanya.

"Kalau itu pilihan Uncle saya terima jelah." Mata Joey tunak menatap Anatasha yang sedang duduk di suatu sudut ruang tamu bersama novel di tangan.

Jelas sahaja Anatasha adalah seorang gadis yang lemah lembut melalui riak wajahnya. Namun yang menjadi penghalang bagi Joey adalah. Mampu ke dia melindungi gadis selembut Anatasha tu?

"Okey lah kalau macam tu saya pergi dulu uncle.. Assalamualaikum" Kata Joey sebelum beredar pergi dari kediaman Dato Wafi sempat dia bersalaman dengan lelaki separuh abad itu.

Mungkin anak muda ni bukan sekadar penjaga anak aku nanti tapi bakal menantu aku..

****

Ayumi memeluk erat lengan kanan suaminya ketika menyusuri tempat letak kereta bawah tanah. Riak wajah Syasya dari kejauhan jelas tidak suka. Namun dia perlu merancang rancangan baru dengan teliti supaya dapat memiliki Faris.

Sampai sahaja Ayumi dan Faris di sebelah kiri kereta Lambogini, Ayumi tersenyum manis. Namun lain pula di pandangan mata Faris. Tanpa sebarang amaran dia mengucup pipi isterinya. Geram punya pasal.

"Awak!" Jerit Ayumi terkejut akan perlakuan suaminya itu.

"Siapa suruh comel sangat" Balas Faris lalu menolak lembut badan isteri masuk ke dalam kereta. Lalu dia berlari anak menuju ke tempat pemandu untuk memandu.

"Kita pergi mana ni?" Tanya Ayumi apabila enjin kereta telah berbunyi.

"Pergi jumpa Aryan dengan Hisyam" Jawap Faris lalu memandu kereta penuh cermat.

Ayumi hanya diam sebagai jawapan.

****

Seorang gadis melangkah laju menyusuri jalan untuk pergi ke kedai yang di bukan 24 jam itu. Namun akibat jarak terlalu jauh dari tempat dia meletakkan kereta di terpaksa gagahkan diri meredah suasana yang gelap. Jantung berdegup kencang akibat takut

Tetapi malang tidak berbau, gadis itu telah pun di pukul di bahagian tengkuk menyebabkan dia jatuh pengsan. Sebelum pengsan sepenuhnya sempat dia memandang ke arah si pelaku. Jelas di dalam retina matanya sosok seorang lelaki memakai topeng yang menutup separuh wajahnya.

Si gadis sempat mengalir air mata lalu pengsan. Badannya jelas mengigil ketakutan sebelum pengsan sepenuhnya.

"Maafkan aku. Aku buat demi keselamatan kau juga"

Bisik hati kecil sosok tersebut. Lalu dia mencempung badan mungil gadis tersebut dan di masukkan ke dalam sebuah kereta.

****

Badan seorang gadis yang di ikat kedua tangan nya pada katil jelas perlahan lahan bergerak. Mata di celikkan.

"Aku dekat mana?" Tanya si gadis dalam keadaan mamai. Tilam yang empuk menyadarkan dia sesuatu yang penting. Bandannya yang di selimut membuatkan dia ketakutan. Pelbagai fikir negatif berlayar di fikirannya.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now