Khairul menatap gadis yang telah di selamatkannya suatu ketika dulu. Riak wajah Iffah dan Hadi jelas gembira. Laura yang bermain bersama sama Hadi bersama Iqbal yang datang ke rumahnya manakala Iffah pula datang menghidangkan air untuk mereka semua dah macam happy family.
"Bila kau nak kawin Khai?" Tanya Iqbal sekadar beramah mesra.
Khairul tersengih sebagai jawapan.
"Ada jodoh aku kawin lah." Jawap Khairul selamba.
"Bukan jodoh kau dah ada depan mata ke?" Tanya Iqbal dalam nada bergurau.
"Siapa?"
Jari telunjuk Iqbal terhalang kepada Iffah yang sedang membantu Laura membawa beberapa manisan.
"Tengok lah nanti. Kau tu bila pula?" Tanya Khairul pula.
"Aku tunggu restu dari abang dia je" Jawap Iqbal sambil tertawa kecil.
Khairul menggelengkan kepalanya.
****
Ayumi menatap tajam wajah Joey. Begitu juga dengan anak buahnya itu. Memandang mereka sekarang sedang berada di kafe berhadapan syarikat Ayumi tempat di mana Alisya bekerja jadi tiada sesiapa yang akan mengesyaki sekiranya mereka ingin berbincang mengenai kumpulan kerana kawasan kafe itu lengan pada pagi itu.
Sekeping gambar gadis berambut hitam serta bermata hazel dan tersenyum di serahkan kepada Joey.
Joey mengerutkan dahinya.
"Siapa pula ni?" Tanya Joey. Wajah dingin dia jelas kelihatan tapi tidak terkesan pada Ayumi kerana dia telah terbiasa akan hal itu.
"Satu satunya anak perempuan Dato Wafi uncle aku." Jawap Ayumi dingin.
"Kau nak aku buat apa?"
"Jaga keselamatan dia dekat kediaman kau yang jauh dari bandar tu. Uncle dah bagi keizinan. Kalau nak kepastian lebih tanya dia."
Wajah Joey jelas kurang suka dengan misi yang di beri oleh Ayumi itu.
"Tapi kenapa?"
"Kau kenal Lutfi? Dia akan berkahwin dengan sepupu aku secara paksaan. Sekiranya sepupu aku jatuh dekat tangan Lutfi secara automatik Irfan akan jual dia untuk dapat keuntungan. Aku tak nak pisang berbuah dua kali."
Joey mencerna segala data penting yang di sampaikan oleh boss dia itu. Nafas di hembus perlahan.
" Aku terima. Tapi guna 'cara' aku sendiri. Boleh? "Kata Joey yakin. Gambar sepupu Ayumi di simpan dalam poket seluar.
Ayumi mengganguk sahaja sebagai balasan.
" Aku pergi dulu. Assalamualaikum. "
Salam Joey di balas dalam hati. Kopi yang di pesan tadi di hirup perlahan. Matanya tidak lari dari telefon yang berada di dalam genggaman tangan nya.
Perbuatan Ayumi terhenti apabila ada dua orang gadis datang dengan berpakaian tertutup tetapi tidak bertudung bersama dengan senyuman hambar.
"Awak Tengku Afiqa Ayumi kan?" Tegur salah seorang penuh sopan.
Ayumi sekadar mengangguk sebagai balasan kerana kurang selesa akan kehadiran kedua gadis di hadapannya.
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]
Mystery / Thriller(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubilla...