Bab 54

16.9K 797 31
                                    

Hisyam menatap lama wajah Danial yang terlantar di atas katil dalam bilik rawatan markas mereka. Tenang sahaja wajah remaja itu ketika tidur seakan tiada masalah sahaja.

"Ryan kau rasa budak ni umur berapa?" Tanya Hisyam pada sahabatnya.

Aryan yang sibuk bermain game di telefon nya menoleh sekilas wajah Hisyam.

"17 kut.."

Hisyam menatap lama wajah Aryan pula.

"Mana kau tahu?" Tanya dia lagi.

"Rasa.." Jawap Aryan mudah.

Hisyam menepuk dahinya.

Tanpa mereka sedari di dalam bilik rawatan itu, Danial perlahan lahan membuka kelopak matanya. Lalu dia menoleh ke arah Hisyam dan Aryan yang sedang duduk bermain game. ML.

"Korang siapa?" Tanya Danial dalam nada perlahan.

Aryan dan Hisyam serentak menoleh ke arah Danial yang perlahan ingin duduk namun tidak terdaya. Lantas Aryan dan Hisyam membantu Danial.

"Aku Hisyam.."

"Haii, aku Aryan. Nama kau apa?" Tanya Aryan yang tiba tiba sahaja ceria itu.

Hisyam menjeling sahabatnya itu.

"Danial." Jawap Danial perlahan

"Kau dekat markas akak aku sekarang ni. Oh ya, kau nak jumpa kakak kau ?" Tanya Hisyam sambil tersenyum nipis.

Danial tersentak. Baru dirinya mengingati kakaknya itu.

"Mana kakak aku?" Tanya Danial cemas.

"Ada je. Kau nak jumpa sekarang ke?  Dengan keadaan kau macam ni?" Tanya Aryan seakan membantah kemahuan Danial itu.

Danial mengangguk sahaja walaupun badannya yang berbalut itu masih sakit.

Hisyam mengangguk sahaja apabila Aryan memberi isyarat mata kepada nya.

****

" Nama awak apa? "Tanya Ayumi ramah bersama senyuman di bibirnya.

Farah terpana memandang senyum ikhlas Ayumi itu.

" Farah. Farah Aqila. "Jawap Farah gugup.

Ayumi mengangguk, faham.

" Saya dekat mana sekarang ni?"Tanya Farah perlahan.

Ayumi tersenyum sahaja apabila melihat riaksi Farah itu.

" Awak dekat markas saya jangan risau. Awak selamat daripada Irfan." Kata Ayumi ketika menangkap riak wajah ketakutan Farah itu.

" Tapi~"

" Akak. Akak tak apa apa? "Tanya Danial memotong soalan Farah yang ingin dia tanyakan tadi.

" Akak okey je kenapa tak rehat hmm?Awak tu belum sembuh lagi tau" Kata Farah menasihati adiknya itu.

Danial tersengih. Rambutnya yang di usap sayang oleh Farah membuat dia lebih menyayangi lagi kakaknya itu berbanding orang lain.

"Amboi.. Amboi.. Amboi bukan main manja dia dengan kakaknya. Dengan kita tadi bukan main dingin nak mati" Celah Aryan sambil mencebik bibir.

Danial menjeling tajam Aryan, begitu juga Aryan.

"Ikut suka aku lah kakak aku. Bukan kakak kau kan?" Sinis Danial.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now