Bab 39

18.2K 840 24
                                    

Slashh

Libasan sebilah pisau rambo hanya seinci sahaja lagi ingin mengenai leher Aryan. Membuatkan nafasnya tidak teratur. Tajam sahaja matanya menatap wajah lawannya.

Laki bini sama je. Memang nak aku mati awal ke apa?

Monolog Aryan dalam hati.

Aryan mencuba melayangkan sepakan nya. Namun sempat di tahan lelaki di hadapannya. Malah kakinya menjadi mangsa penumbuk lelaki itu.

"Musuh tak akan bersimpati Aryan" Kata Faris dingin.

Aryan tersentak. Ayat yang sama di ungkapkan oleh Ayumi tempoh hari berlegar legar di kepalanya. Aryan membuka langkah berlawan sekali lagi. Lalu dia berlari laju ke arah Faris yang selamba melambung - lambung pisau rambo miliknya.

Tiba tiba pisau rambo yang di lambung Faris tadi terus menuju Aryan.

Aryan mengelak dengan melentokkan kepalanya ke sebelah kiri. Namun bilah tajam pisau tersebut masih dapat 'menjilat' pipi Aryan sedikit. Setitik darah jelas menitis luar dari celah luka bahagian kanan pipi nya.

Membulat mata Aryan apabila tangannya memegang luka pada pipi kanannya yang masih berdarah.

"Masa berehat." Celah Faris pula. Peluh di lap menggunakan tuala yang sederhana besar yang telah di sediakan di bilik latihan di markasnya.

Shawn yang dari kejauhan hanya diam dan memerhati sahaja. Teringat pula dia dengan adiknya yang telah terpisah bertahun lamanya.

Mesti kau dah besar macam Aryan kan adik. Mana agaknya kau sekarang. Abang rindu kau.

Desis Shawn dalam hati.

"Jauh termenung? Teringat siapa?" Tanya Faris sambil mengelap peluhnya.

"Hahaha.. Tak teringat siapa-siapa pun" Nafi Shawn sambil tertawa palsu.

"Aku bukan kenal kau sebulan dua Shawn dah bertahun. Jangan nak tipu. Kau teringat adik kau kan?" Kata Faris sinis.

Shawn terdiam sebelum menunduk sedih. Wajahnya diraup kasar.

"Kau memang sahabat aku Faris. Kau tahu apa yang aku fikirkan." Kata Shawn sambil tersengih.

"Kalau kau sedih buat cara sedih. Macam beruk kut muka kau tu bila senyum" Kata Faris tanpa berlapik lalu dia beredar pergi.

Shawn terpempan. Di jeling tajam wajah Faris lalu di pun beredar keluar dari bilik latihan  di markas nya.

****

Di markas Ayumi pula..

"Jauh kau termenung Hisyam. Terfikir pasal abang kau ke?" Teka Ayumi sambil menepuk perlahan bahu anak buahnya itu.

Hisyam tersentak. Kemudian mengangguk perlahan. Wajahnya menjadi mendung.

"Kalaulah mak dengan ayah Syam tak bercerai, mesti abang masih dekat Malaysia kan kak Yumi." Ujar Hisyam perlahan.

Ayumi tersenyum tawa.

"Bagi pengetahuan kau. Abang kau dah balik Malaysia." Kata Ayumi sambil tersenyum lebar. Rambut Hisyam di usap lembut.

Hisyam menegak kepalanya merenung Ayumi seakan meminta kepastian di atas keterangan Ayumi sebentar tadi.

Ayumi menganggukkan kepalanya perlahan.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now