Bab 72❤️TAMAT❤️

27.5K 985 172
                                    

3 Tahun Kemudian...

"Khalisah! Khairiyah! Mana anak mama menyorok ni? Kita dah nak gerak ni tau. Cepat keluar" Suara Sofia bergema di dalam rumah agam Faris.

"Cari siapa?" Tanya Hisyam yang baru memasuki ruang tamu tingkat dua itu.

"Kembar dua orang tu la. Ada jumpa tak?" Tanya Sofia risau.

Hisyam tersenyum mendengar pertanyaan Sofia itu.

"Ouh dia dengan abang Shawn tadi dekat bawah.." Jawap Hisyam.

"Bertuah betul budak dua orang ni" Ujar Sofia geram.

****

"Hadfie jaga adik tu baik baik tau ibu ada kerja sikit nak buat ni" Pesan Sya kepada anaknya yang baru berusia 3 tahun itu.

Hadfie menganguk faham. Kanak kanak lelaki itu mencapai tangan kecil adik perempuan nya, Husna yang baru berusia 2 tahun itu.

"angan pi chauh chauh tau(Jangan pergi jauh jauh tau)" Arah Hadfie tegas.

Husna menganguk sahaja walaupun kurang faham dengan kata kata abang sulungnya itu.

"Pie, Usna buat pe tu?" Tegur Irsyad yang kini menginjak umur 3 tahun seumur dengan Hadfie.

"Wat bodo je" Jawap Hadfie selamba. Aryan yang dari tadi memerhati gelagat budak budak itu tertawa.

Irsyad terdiam.

"Bodo tu ape?" Tanya Si cilik itu polos.

"Entah" Jawap Hadfie selamba.

Sekali lagi tawa Aryan pecah sehingga mengusik perbualan Faris dan juga dua sahabatnya itu.

Gamat halaman hadapan rumah agam keluarga Mafia itu dengan suara kesibukan menyiapkan barang barang yang ingin di bawa ke pantai sempena cuti hujung tahun.

"Kenapa kau gelak tak ingat dunia?" Tegur Hanif yang sedari tadi juga turut  memerhati si cilik bertiga itu, entah ke mana pula kembar Irsyad yang dua lagi sepertinya juga turut sebuk mengusik pak cik pak cik mereka kut.

Jangan cakap triple Faris dan Ayumi itu tidak nakal. Seawal umur mereka 1 tahun sudah hampir musnah rumah agam mereka itu kerna mereka bermain dengan bom tangan yang lupa di simpan oleh Hanif. Mujur sahaja Hanif sempat mengambil semula bom tangan itu. Jika tidak mungkin keluar di surat khabar keesokan nya bahawa 'keluarga jutawan mati akibat bom yang di main oleh anak anak Faris dan Ayumi'

Sifat nakal yang di warisi oleh kedua orang tua mereka jelas mengalir di dalam darah mereka bertiga. Mujur sahaja si cilik Iskandar tidak mengikuti perangai adik adik kembarnya yang nakal secara terang terangan . Namun jangan salah tafsir. Si cilik itu juga turut nakal namun secara halus sehingga hampir menembak mati Aryan yang ketika itu lena tidur di ruang tamu. Manakala pistol yang di jumpai si cilik itu pula milik Aryan sendiri. Mujur sahaja pada masa itu Shawn yang ada di sana lalu mengambil tindakan untuk mengambil pistol pada tangan si cilik Iskandar.

"Lawak lah budak budak ni" Jawap Aryan yang tak henti henti tertawa itu.

Hanif mengeluh. Serik melayan kerenah budak budak bawah umur itu.

"Lawak lawak juga. Tapi leh mati tak lama kalau jaga bud-"

BANG!

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now