Special BAB [HAIKAL, RAIKAL & AZRIN GENERASI BARU ]

15.1K 592 42
                                    

Raikal menatap lama wajah isterinya, membuatkan Adawiyatul tersipu malu. Angin sepoi sepoi bahasa di restoran berdekatan hotel Tengku Afiq menambahkan suasana romantik di antara mereka berdua.

"Ayah nak jumpa Ecad boleh?" Tanya seorang budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 2 tahun.

Perbuatan Raikal terganggu kerana teguran anak lelakinya, lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah asal suara tersebut .

"Boleh je, tapi  lepas Qoyyum habiskan makan tu" Jawab Raikal sambil mengusap lembut kepala anak lelakinya.

Qoyyum mengangguk faham. Laju sahaja tangan kecil  itu menyudu bubur yang hanya berbaki sedikit sahaja lagi  yang berada di dalam mangkuk kecil khas bayi .

Raikal tersenyum manis.

"Terima Kasih, awak dah bagi hadiah terindah buat saya." Ujar Raikal ikhlas. Tangan isterinya di gengam erat.

Adawiyatul membalas genggaman hangat suaminya itu.

"Awak dah bagi saya hadiah lagi terindah tau!" Balas Adawiyatul pula.

Perutnya di usap sayang, bakal anak kedua mereka . Kini kandungannya telah pun mencecah umur 9 bulan hanya menunggu masa sahaja lagi.

Raikal tersenyum.

"Awak syurga saya. Hadiah yang terindah yang tak pernah saya akan lupakan" Sambung wanita bertudung labuh ungu lembut itu.

"Ibu, Ayah Yumm dah habis" Petah anak lelaki Raikal berkata kata walaupun umurnya masih muda lagi.

Raikal mengangguk, lalu membantu anaknya itu menuruni kerusi bayi.

"Jom bidadari saya.." Usik Raikal ☺️.

Adawiyatul tersenyum.

****

"Ecaddddddddd!! " Jeritan Edy kedengaran kuat.

Kanak kanak lelaki yang baru sahaja menjangkau umur 5 tahun itu kelihatan begitu gembira.

"Ecaddddddddd!! " Jeritan Qoyyum pula kedengaran. Kelihatan anak lelaki Raikal itu tidak mahu kalah dengan Edy. Abang angkatnya.

Edy menatap ke arah asal bunyi jeritan itu. Bibirnya mengukir senyuman.

"Ecad! Haii!!" Panggil Fikir teruja pula. Anak lelaki Jack itu berlari laju ke arah Arsyad dan juga kembarnya. Tangan nya juga turut di depakan.

Arsyad tersenyum teruja. Dia juga turut mendepakan tangannya.

"Fikri!!" Jerit Arsyad teruja.

Edy dan juga Qoyyum yang berada di kejauhan memasamkan wajah masing masing.

"Edy!! Yuyumm!!" Jerit seorang kanak kanak lelaki pula.

Badan kedua kanak kanak lelaki itu di dakapnya erat sehingga nyaris tersembam menyembah pasir pantai.

"Najmiiiiiii" Jerit Edy dan Qoyyum serentak .

Anak lelaki tunggal Haikal itu kelihatan gembira sahaja menyapa rakan rakannya.

"Lame tak jumpa" Marah Qoyyum sambil menarik manja pipi rakannya itu.

"Najmi pergi luar negare lah. Tu tak dapat jumpe" Balas Najmi bersungguh.

Qoyyum mengangguk faham.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now