Ayumi menggigit kuku dia kerana sudah tiga hari sahabatnya tidak di temui. Malahan tiada langsung jejak musuh kelihatan.
Perasaan risau mula bertandan di hatinya.
Tak boleh jadi. Aku kena cari dia. Tak boleh aje harapkan dorang.
Getus dia sendirian.
Rumah agam yang suram tanpa ada suara sesiapa itu membuatkan sesiapa sahaja takut untuk memasuki. Lebihan lagi tiga hari kehilangan Sya membawa impak yang besar pada diri Naufal. Dia tidak lagi terurus seperti dulu. Sehinggalah Faris memberi cuti untuk dia supaya tidak bekerja.
Kini hanya beberapa orang sahaja yang berada di dalam rumah agam tersebut memudahkan kerja Ayumi untuk menggodam.
Ayumi berjalan ke arah komputer riba yang terletak elok di atas meja rendah di tengah ruang tamu. Komputer riba milik Shawn dia rembat je.
Jari jemari Ayumi pantas sahaja menaip di atas papan kekunci tersebut.
Aryan dan Hisyam yang baru sahaja pulang dari sekolah itu mengerutkan dahi apabila melihat riak wajah tegang milik Ayumi.
"Akak bila agaknya Danial nak sekolah ye?" Tanya Hisyam sambil menggosok tengkuknya.
"Tak lama lagi. Lagi pun luka dia belum sembuh betul." Jawap Ayumi pantas.
Hisyam mengangukkan kepalanya.
"Buat apa tu?" Tanya Aryan manja. Entah sejak bila dia boleh jadi manja seperti budak kecil tiada siapa yang tahu.
"Cari kakak kesayangan kau" Jawap Ayumi bersahaja.
Mulut Aryan di bentuk huruf O.
"Bila korang pulang ni? Makan la dulu sebelum tu pergi tukar baju." Ujar Hani yang baru sahaja sampai ke ruang tamu itu.
Aryan dan Hisyam tersenyum mereka menganguk hampir serentak. Lantas mereka berdua berlari anak menuju lif.
"Gotcha.."
Jeritan keterujaan Ayumi mematikan larian kedua remaja tersebut. Akibat dek terkejut Aryan melatah panjang.
"Hisyam tergolek jatuh tangga tercium bontot Danial" Latah Aryan laju.
Ayumi, Hani dan Hisyam terkebil kebil mendengar latah Aryan itu. Secara automatik wajah Hisyam memerah menandakan dia malu kerana di bahan.
"Yang tambah nama aku kenapa setan.." Marah Hisyam. Kepala Aryan di ketuk kuat.
"Sakit..!!" Jerit Aryan. Matanya jelas bergenang.
"Aryan kau ada misi" Suara Ayumi memberhentikan pertelingkahan kecil itu.
"Biar betul akak. Tapi macam mana kalau..." Tanya Hisyam terkejut sehinggakan beg sekolah dia jatuh. Ya. Dia risau sahabatnya itu tercedera lebih lagi mengikut jejak ibu dan ayahnya.
"Choi la kau. Tak bagi aku ikut misi. Kau tu ikut misi tak apa pula." Ujar Aryan tidak berpuas hati.
"Kamu akan berduet dengan Hisyam." Sambung Ayumi.
Hisyam membulatkan matanya. Terkejut. Ya, dia terkejut.
"Baik Syam ambil misi tu"
"Bagus."
****
Bibir Sya yang merekah akibat kekurangan air jelas menandakan dia tidak di beri makan dan minum mengikut waktu yang betul. Lebih lebih lagi apabila dia selalu muntah sahaja. Tubuh dia jelas lemah tidak mampu untuk banyak bergerak .
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]
Mystery / Thriller(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubilla...