Alisya yang berada di dalam ICU itu di tatap melalui cermin sebagai perantaraan, Aqif mengeluh. Alisya terpaksa masuk ke dalam ICU kerana alahan pada serbuk kacang yang agak teruk. Sehinggakan sistem pernafasan dia tersumbat. Menyukarkan diri dia untuk bernafas.
"Kenapa boleh jadi macam ni?" Tanya Ayumi yang turut berada di sana. Di hospital milik dia.
"Lutfi. Semua ni kerja dia." Jawap Aqif perlahan.
"Dorang dah mulakan. Siap siap.." Pesan Ayumi lalu beredar dari situ. Memberi ruang untuk adik kembar dia menenangkan fikiran.
Afiq menundukkan kepala. Rambutnya di raup. Perasaan risau yang datang di hati benar benar merunsingkan diri dia.
"Tch.. Tak guna." Aqif mendecit.
****
Sya terkebil kebil melihat pelamin yang di hiasi berbagai bunga rose putih itu. Suasana hotel yang riuh menambahkan lagi persoalan di benak dia.
Pasangan yang duduk di atas kerusi di atas pelamin itu betul betul membuatkan dia keliru. Baru sahaja dua hari dia tidak sedarkan diri. Banyak perubahan yang telah berlaku.
"Bila dorang plan nak kawin hari ni? " Tanya Sya pada suaminya.
"Lama dah." Jawap Naufal bersama senyuman manis dia yang mampu mencairkan mana mana perempuan.
Sya menganguk faham.
Affina yang berbadan dua serta suami dia turut hadir. Walaupun keadaan perut Affina yang membulat besar itu.
Selesai upacara memotong kek. Pasangan pengantin datang ke arah meja mereka. Hafiz tersenyum bangga manakala Sofia tersenyum malu.
Ayumi yang berada di sebelah Faris mengucapkan tahniah kerana sahabat dia yang satu itu telah berkahwin dengan pilihan hatinya. Faris juga apa kurangnya, dia juga turut mengucapkan tahniah.
"Sya. Aku ingatkan kau tak datang majlis kawin aku tadi. Risau di buatnya" Kata Sofia. Dia datang menghampiri Sya lalu badan Sya di peluk. Sya membalas.
"Kawin juga korang ye. Ingatkan tahun depan baru nak kawin.." Perli Ayumi.
Sofia menampar lembut lengan Ayumi. Mulut Ayumi ni memang pedas bila perli orang.
Mereka yang berada di meja yang sama tertawa mendengar perlian Ayumi itu.
"Korang tunggu apa lagi makan la. Kita orang nak melayan tetamu dulu ya." Pamit Hafiz.
"Sebelum tu. Aqif mana?" Tanya Naufal yang menyedari ketiadaan kembar Ayumi.
Ayumi telan air liur kelat.
"Dia dekat hospital." Jawap Ayumi jujur.
"Siapa sakit?" Tanya Tengku Afiq. Risau pula dia dengan adiknya itu.
"Alisya. Aqif tak nak join majlis ni selagi Alisya belum sedar." Jawap Ayumi bersama riak wajah sedih.
"Siapa pula Alisya tu?" Tanya Sya pula.
Ayumi merasai diri dia di hempap batu besar mendengar soalan yang terpacul dari mulut orang yang dia sayangi.
"Alisya ialah Nur. Kawan kita masa berkhemah dulu." Jawap Ayumi mencuba mengembalikan ingatan kawan kawan dia semasa sekolah menengah dulu.
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]
Mystery / Thriller(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubilla...