Pintu pagar rumah agam Aryan yang suram di tolak perlahan oleh Hisyam. Langkah kecil di atur untuk masuk ke dalam rumah agam itu. Namun terhenti apabila ada yang datang menegurnya dari belakang.
"Kau siapa?" Tanya Shawn dingin . Tajam anak matanya merenung Hisyam yang tersengih sendiri di hadapannya.
"Aku kawan Aryan. Kau pula siapa?" Tanya Hisyam pula.
"Aku abang angkat dia" Jawap Shawn. Wajah Hisyam di tenung lama.
Macam familiar je wajah dia ni. Tapi siapa?
Desis hati Shawn dan Hisyam serentak di dalam hati.
"Ayah.." Raungan Aryan menyentakkan kedua lelaki itu. Masing masing merenung ke pintu rumah agam yang terbuka luas.
Tanpa berlengah lagi Hisyam dan Shawn merempuh masuk ke dalam rumah agam itu tanpa memberi salam terlebih dahulu.
"Aryan.!" Kata Hisyam dalam nada terkejut.
"Jangan dekat. Aku tak nak tengok muka korang lagi. Pergi!" Tengking Aryan. Wajah juga turut lencun dengan air mata yang tidak berhenti keluar.
Tubuh kaku Eric di dakap dia erat. Sehingga hampir seluruh badannya terkena darah ayahnya.
Hisyam mendengus kecil.
" Ryan minta maaf ayah. Ryan minta maaf. Kalau Ryan datang awal tadi mesti ayah tak jadi macam ni. Ryan minta maaf.." Kata Aryan sayu.
"Sudah lah tu Aryan. Eric dah tak ada tu. Kau mesti reda. Terima hakikat bahawa dia dah tak ada dekat dunia ni." Pujuk Shawn lembut.
"Tak ayah tak mati kalau aku tak lambat datang tadi. Ayah jangan tinggalkan Ryan." Raung Aryan.
Hisyam mengeluh perlahan.
"Aku pernah rasa apa yang kau rasa Aryan. Aku berusaha cari abang aku sampai sekarang. Aku cari punca utama kenapa keluarga aku bercerai. Jangan anggap kau dah tak ada sesiapa dalam dunia ni. Aku sahabat kau. Aku akan sentiasa ada untuk bantu kau." Pujuk Hisyam lembut. Bahu sahabatnya di sentuh lembut.
Shawn terdiam mendengar kata kata Hisyam.
Bercerai?
Kata dia dalam hati.
Aryan juga turut terdiam.
" Kita kebumikan ayah kau ya..? "Kata Shawn.
****
Tanah perkuburan itu di hujani oleh hujan renyai renyai seakan turut bersedih atas kepergian Eric.
Aryan memandang kosong kubur ayahnya yang telah siap berbatu nisan. Kubur ayah nya juga bersebelahan dengan kubur ibunya yang tercinta.
Ayumi memandang sayu Aryan yang baru sahaja kehilangan yang tersayang itu.
"Sudah jom pulang. Nanti ada masa kau melawat lah kubur bapak kau tu." Kata Faris dingin. Beberapa anak buah nya juga turut hadir untuk menjaga keselamatan keluarga Faris. Tidak kurang juga Iqbal, Naufal, Shawn dan Hafiz serta Hisyam sahabat Aryan.
Aryan hanya mengangguk lemah tanpa bunyi. Lalu mengikut jejak Faris. Ya, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah Faris dan keluarga nya.
Hisyam memandang sayu sahabatnya itu. Kemudian kubur ayah Aryan yang masih merah.
"Kau pun patut tinggal sehari dua dekat rumah Faris. Aryan perlu kau buat masa ni." Sampuk Shawn yang dari tadi memerhati Hisyam dalam diam.
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]
Mystère / Thriller(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubilla...