"Aku terima nikahnya Tengku Afiqa Ayumi binti Dato Sri Dr Tengku Zainal dengan mas kawin RM 5000 tunai" satu lafaz sahaja berjaya membuat kan air mata kegembiraan Ayumi jatuh sekarang dia sudah bergelar isteri orang. Segala rahsia perlu didedahkan saat 'masa itu tiba' kerana Faris berhak tahu segala nya tentang diri nya.
Tiba tiba Tengku Afiq sebagai wakil arwah ayah nya membisikkan sesuatu yang hanya di ketahui oleh mereka berdua.
"Aku tak nak musuh musuh kau sentuh adik aku.." bisik Tengku Afiq pada Faris dingin. Faris hanya mengangguk laju kemudian memusingkan badan nya kearah sang bidadari yang akan di pimpin nya hingga ke syurga. Ya, hanya Ayumi yang pertama , Yang terakhir , selama nya , Tiada yang lain.
Cincin yang di hadiah oleh arwah Rania menjadi cincin nikah mereka, disarungkan ke jari manis Ayumi. Manakal tangan nya naik mengelap lembut air mata kebahagiaan Ayumi yang gugur tadi. Kemudian dahi licin tanpa cela Ayumi di cium lembut. Satu bisikan dapat ditangkap oleh Ayumi dari sang suami.
"Terima kasih terima aku seadanya.."
Kepala di angguk tanda mengiyakan. Lalu tangan naik menyarungkan cincin pada tangan si suami. Setelah itu tangan Faris di kucup lembut.
Cahaya kamera dari photographer berkilauan mengambil gambar detik detik bahagia dua pasangan baharu suami isteri itu.
' Papa kalau papa ada mesti papa duduk dekat tempat along tu kan..Pa sekarang Ayumi dah sah jadi isteri Faris..Rahsia pun agak nya tak lama lagi nak terbongkar..Yumi rindu papa..tapi Nak buat macam mana papa dah tak da..."
Gugur lagi air mata Ayumi saat mengingati insan yang sangat di sayang nya. Tengku Maisara yang duduk di sisi kanan nya memeluk erat anak gadis dia satu satunya itu. Dia tahu yang anak gadis nya itu teringat akan arwah suami nya. Manakala ibu mentua Ayumi duduk di sisi kiri nya tersenyum manis.
"Tak baik tau menangis banyak sangat masa kawin ni.."Pesan ibu Faris a.k.a Datin Seri Suraya a.k.a ibu mentua Ayumi.
Ayumi hanya mengangguk lemah. Sebagai balasan.
Hafiz dan Naufal yang berada tidak jauh dari situ sudah mengetap gigi geram.
"Tak ku sangka aku di tipu hidup hidup.."Luah Naufal sambil mengetap gigi dan tangan disilangkan ke dada bidang dia.
"Tah ah Faris ni kuat berahsia nak mampui.." Sambung Hafiz pula .
Di belakang Ayumi pula Sya turut menyumpah habis habisan. Mana tak nya petang semalam baru dia terima kad jemputan kahwin Faris dan Ayumi. Tu pun Aqif yang bagi bukan Ayumi. So terpaksa lah dia tawaf satu mall cari baju nak pakai hari ni. Huh..
"Ni..Best friend jenis apa kawin tak bagi tahu..nasib sempat aku cari baju kalau tak ..Tak de lah muka aku kat sini.."Gumam Sya perlahan hanya dia je yang dengar. Tapi tup tup pilih baju sama warna dengan bakal suami. Warna biru laut. Auchh..sweet nyerr.
Siapa lagi kalau bukan si Naufal tuu. Dah serupa macam penganti pula. Sebab apa? Dorang je pakai baju warna biru laut tuu. Si Hafiz ni pula pakai baju melayu tak bersampin dan bersongkok hitam. Simple tak sempat beli baju, banyak gila keja.
Sesudah upacara pembatalan air sembahyang, para tetamu yang hadir terus diarahkan ke hotel yang telah di tempah oleh Tengku Afiq untuk meneruskan majlis. Lagi pun hotel yang di tempah tu hotel Tengku Afiq so mudah lah tak payah cari hotel lain lagi.
Dua pasangan itu pun berjalan ke arah kawan kawan mereka dengan sengihan yang tak berapa ikhlas.
"So..asal"
"Tak bagitahu"
"Kitaorang hmm"
Ujar Naufal , Sya dan Hafiz sepatah patah"
"Untuk Naufal bukan Ayumi dah bagi kad jemputan kat kau ke..?"
"Untuk Sya aku terlupa sorry tu pasal semalam aku minta Aqif bagi.."
"Dan untuk Hafiz asal lah ko bodoh tak bertempat percaya bulat bulat dekat Si Naufal tu pa cita bro."
Jawapan simple pasangan suami isteri itu beri.
Tiga sekawan yang mendengar jawap dari soalan tadi menepuk dahi sendiri. Manakala pengantin baru pula sudah tertawa halus.
"Dah lah baik korang gerak sekarang ...kang susah nak cari tempat parking.."Kata Faris .
"Okey kalau gitu selamat pengantin baru..Kitaorang chow lu.."Ujar Naufal lau berada bersama Hafiz.
"Asal aku tak sedap hati ni ek.."Ujar Naufal setelah mereka tiba di tempat parking kereta masjid tempat Faris akad nikah tadi.
"Aku pun sama " sahut Hafiz pula.
Sya hanya diam saja mendengar perbualan antara dua lelaki itu. Sejujurnya dia juga turut merasakan hal demikian. Tangan naik mengusap dada nya bagi sedikit tenang.
Didalam masjid pula kelihatan Faris juga turut berbuat begitu mengusap dada bagi menghilangkan rasa debaran seakan ada perkara buruk yang akan berlaku sebentar lagi.
"Kenapa aku rasa tak sedap hati ni.." Desis hati Faris.
##########
Akhir nya dapat juga memerah otak cari idea bernas sikit..

YOU ARE READING
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]
Mystère / Thriller(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubilla...