Bab 29

18.7K 791 45
                                    

Wajah dingin Ayumi yang memasuki syarikat milik nya membuatkan sesiapa sahaja pekerja yang melintasi Ayumi menundukkan kepala mereka. Mereka seakan mengetahui mood bos mereka tidak baik pada pagi itu.

Aqif yang terserempak dengan kakak kembar nya mengambil langkah mengikuti Ayumi dari belakang kerana sebelum Ayumi dan Faris bertolak pulang ke rumah mereka Ayumi berpesan untuk pergi ke pejabat nya nanti.

Namun sememangnya kewujudan kembar seiras Haikal dan Raikal pasti membawa bala pada mereka yang datang mendekati kerana pasti sahaja dibahan meraka habis habisan. Seperti sekarang ini pantang sahaja melihat Ayumi pasti di kacau mereka.

"Kenapa muka tu macam jeruk basi wei.."Tanya si Haikal ketika masuk ke dalam pejabat Ayumi bersama kembar nya.

"Bukan jeruk tapi nasi basi.."Tambah Raikal pula.

Aqif yang turut berada di situ , tercengang ketika masuk ke dalam pejabat Ayumi. Kerana kakak nya selalu berpesan.

'Jangan ganggu masa mood akak ke laut ..buruk padahnya nanti..'

"Jangan kacau akak aku wei...marah dia nanti korang juga yang susah.."Ujar Aqif menasihati.

"Relax lah..dia punya muka tu buruk sangat tak kan marah punya.."Kata Haikal selamba.

"Haikal , Raikal aku ada kerja baru untuk korang.."Kata Ayumi dingin.

"Kan aku dah cakap dia tak marah punya.." Ujar Haikal. Kakinya di bawa melangkah ke arah sofa yang berdekatan yang berwarna hitam dan merah.

"Apa job tu..?"Tanya Raikal pula seakan berminat. Dia juga turut mengikuti jejak abangnya menuju sofa yang berada di dalam pejabat Ayumi.

"Masuk kumpulan ni.."Jawap Aqif sambil menghulurkan sekeping gambar lelaki yang sedang berpelukan dengan seorang perempuan luar negara. Dia telah mengetahui apa yang bakal diberitahu kakak nya itu lalu menyerahkan perkara penting tersebut kepada kedua kembar di hadapan dia.

Ayumi yang duduk di meja kerja, hanya tersenyum sinis. Masa nya telah tiba. Jari jemari di silangkan sesama sendiri. Anak mata yang berwarna merah menandakan dia adalah Rose.

Gambar lelaki yang sedang berpelukan di pandang jijik oleh kedua kembar tersebut.

"Euww..tak nak lah..Muka macam jamban tak siap..."Kata Raikal tanpa berlapik. Gambar lelaki berpelukan itu di tolak jauh jauh sehingga ke hujung meja panjang kecil di hadapan sofa pejabat Ayumi.

"Ini satu arahan..korang masuk kumpulan tu , menyamar jadi bawahan setia sampai dapat maklumat penting pasal kumpulan dia dan bagi semua maklumat yang korang ambil tu dekat aku. Senang kan.."Kata Ayumi tenang tapi tetapi ada dingin dalam nada bicara dia.

"Tapi .."Kata kata Raikal pantas di cantas oleh Aqif.

"Korang handalkan dalam bab bab macam ni. Baik korang lakukan sebelum gaji korang akak aku potong.."

Haikal dan Raikal mengeluh serentak.

"Tapi.."Kini giliran Haikal kata kata nya di cantas oleh Ayumi.

"Korang nak ke ramai lagi perempuan yang mati dekat tangan dia.."

Kata kata Ayumi menyentakkan tangkal hati kembar tersebut.

Lantas kedua nya berwajah serius.

"Kitaorang terima job ni tapi. Apa Apa jadi dekat kitaorang kau tanggung semua.."Kata Haikal. Nada nya turut berubah serius.

"Semua data pasal korang dah di ubah suai. Jadi jejak korang tak akan ada yang tahu.. korang"Jawap Ayumi tanpa berkias.

"Kitaorang pergi dulu pastikan kau pengang janji tu.." Ujar Raikal pula.

Selepas sahaja sedia kembar tersebut menghilang. Satu keluhan nafas lega terlepas di bibir Aqif.

"Yang ke-5 kitaorang dah kesan kedudukan dia.."Kata Aqif tiba tiba memecahkan keheningan sebentar tadi. Kakinya pula di bawa melangkah ke arah sofa untuk duduk. Lenguh berdiri lama sangat.

"Bagus.."

****

Di hospital E.R Hospital pula. Kedatangan seorang doktor lelaki di sambut baik doktor serta jururawat di dalam hospital itu. Tapi tidak pada Laura. Sejak doktor lelaki itu datang jejak kaki di pintu utama lagi jantung dia berdegup pantas.

"Hey Laura macam mana keadaan kakak Hadi.."Tanya Khairul pada adik nya yang dari tadi termenung di ruang kafe hospital. Sehinggalah makanan yang di pesan langsung tidak di jamah.

"Tak lama lagi kut dia sedar lah tu.." Jawap Laura tanpa perasaan. Nada suara dia juga tidak ceria seperti dahulu.

"Kenapa tak bermaya aje muka adik abang ni.."Tanya Khairul sambil menggosok kepala Laura yang ditutupi oleh selendang biru.

"Tak ade lah. Rasa ada benda bu~" Kata kata Laura tidak sempat di habiskan ketika ada suara yang datang menegur.

"Assalamualaikum. Kau Khairul kan" Tanya suatu suara garau yang amat familiar di telinga Laura membuatkan dia telan air liur kelat.

"Waalaikumsalam. Haah. Macam mana kenal aku ni ya..."Tanya Khairul sambil berjabat tangan dengan sosok seorang lelaki yang berbaju kot doktor.

"Aku Iqbal lah. Sepupu Faris ingat lagi tak masa dekat sekolah menengah dulu.."Kata sosok lelaki yang berpakaian lengkap seorang doktor dengan penuh ramah sekali.

"Oh..Ye ingat. Kau bertugas dekat sini lah sekarang ni.?"Tanya Khairul sambil menjemput Iqbal duduk di kerusi bersebelahan dengan Laura adik nya.

"Haah. Siapa pula perempuan dengan kau ni girlfriend ek" Tanya Iqbal sekadar bertanya walaupun hakikatnya dia sakit melihat kemesraan Laura dan Khairul dari kejauhan tadi.

"Eh tak. Jangan salah faham dia adik aku. Laura.."Jawap Khairul menidakkan tuduhan melulu Iqbal.

Dalam diam Iqbal mengucapkan syukur dalam hati.

"Patut lah muka ada iras sama .. Baru aku tahu.."

****

Selesai sahaja berbual dengan Iqbal tadi Khairul meniggalkan adik nya bersama sama Iqbal. Dia dapat merasakan yang Iqbal itu menyayangi adik nya melalui cara dia memandang adik nya. Dan disebabkan itu dia menidakkan pantas tentang hubung dia dan Laura tadi.

Kini dia berada di dalam wad gadis yang di selamatkan dia tempoh hari. Baru semalam gadis itu dapat di pindahkan ke wad biasa kerana keadaan dia bertambah baik.

Tanpa sedar satu senyuman manis terlakar di bibir Khairul. Wajah gadis di hadapan dia kini sungguh cantik di pandangan nya. Jari nya pula megusap lembut wajah gadis di hadapan nya. Tidakan dratis tersebut tanpa disangka telah menyedarkan gadis tersebut dari lena yang panjang.

Mata bertentang mata.

"Siapa.." Tanya Khairul. Lalu memanggil doktor untuk gadis yang baru sedar tadi.

Selepas di periksa oleh doktor. Khairul pantas mendekati gadis itu untuk membantu dia duduk

"Apa nama..?"Tanya Khairul ramah sambil tersenyum.

"Khafiya Iffah.."Jawap gadis itu sambil menunduk. Takut bertentang mata dengan lelaki yang tidak di kenali nya.


Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now