Azrin memanaskan enjin kereta. Edy pula di letakkan pada kerusi bayi di sebelah kerusi memandu. Dahi bayi itu di kucup sayang.
Edy terkekeh ketawa. Suka gamaknya diperlakukan sebegitu oleh sang ayah.
"Kita pergi beli barang dulu ye Edy." Kata Azrin. Pintu kereta di tutup lalu brek tangan di jatuhkan serta gear kereta di ubah manakala kakinya menekan pedal minyak.
BMW hitam itu perlahan lahan keluar dari perkarangan hospital yang mulai sunyi. Langit yang berwarna oren menandakan tidak lama lagi malam akan menjelma.
Agak agak bila Edy nak dapat ibu dia?
****
Sampai sahaja Azrin pada sebuah pasar raya bahagian basah. Dia mengambil troli lalu di tolok menuju ke arah tempat barangan yang ingin di beli. Edy yang berada elok dalam dakapan Azrin hanya diam kerana kepenatan. Matanya juga kuyu ingin tidur, lama kelamaan mata bayi itu terkatup rapat. Bunyi dengkuran halus daripada Edy membuatkan Azrin tersenyum.
"Anak ayah penat ye.." Kata Azrin sambil tersenyum.
Kebahagiaan dia terletak pada senyuman Edy. Cukup hanya Edy dalam hidupnya tak perlu orang lain. Tetapi Edy juga memerlukan kasih sayang seorang ibu. Perkara itu merunsingkan Azrin sejak dia bertemu dengan Edy lagi.
"Auchh..Maaf Encik. Tumpang lalu jap" seorang gadis yang tanpa sengaja melanggar Azrin kerana tubuh badan Azrin yang menghalang laluan.
Azrin tersentak terus hilang segala lamunan dia. Lalu memberi ruang kepada gadis yang melanggar dia untuk memudahkan dia keluar dari lorong bahagian barangan basah . Pendek saja orangnya.
Gadis yang tanpa sengaja melanggar Azrin tersenyum kekok sebelum mengatur langkah menuju ke suatu arah. Azrin seperti biasa hanya menampakkan wajah beku nya itu.
Selesai dia membeli semua keperluan dapur, troli yang menyimpan semua barang yang di beli di tolak ke arah kaunter pembayaran.
****
Selepas menyimpan segala barang yang di belinya ke dalam bonet kereta, Azrin mengatur langkah menuju ke arah pintu kereta bahagian belakang penumpang . Edy yang telah pun terlena di letakkan perlahan lahan pada set bayi yang berada di bahagian belakang tempat duduk penumpang pula sebagai langkah berjaga jaga kerana waktu telah pun lewat malam.
Selesai meletakkan Edy tanpa mengganggu lena bayi itu Azrin menutup pintu kereta. Baru sahaja dia ingin berlari anak menuju ke arah pintu bahagian untuk memandu badannya di tolak oleh seorang gadis bertudung sehingga mereka berdua jatuh bersama sama dalam keadaan Azrin di atas dan gadis itu di bawah.
"Kau lagi"
"Awak!"
Tanpa berlengah Azrin lantas bangun dari terus menghimpit gadis yang dikenali di pasar tadi.
"Awak tolong saya!" Kata gadis itu cemas ,beberapa orang gangster datang bersama alatan tajam mengepung Azrin dan gadis yang tidak dikenali oleh dia.
Azrin mendecit. Beberapa orang gangster itu hanya merosakkan harinya. Namun di sebabkan kawasan tempat dia meletakkan kereta ialah agak tersorok membuat sesiapa sahaja tidak mengetahui akan berlaku pertempuran di sana.
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]
Mystery / Thriller(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubilla...