Bab 37

17.6K 824 46
                                    

Faris melangkah keluar dari jet peribadi nya bersama Ayumi di sisi begitu juga Shawn yang tersengih dari tadi.

Hafiz dan Naufal yang melihat figura Shawn mengerutkan dahi masing masing.

"Kau bawa beruk Perancis kenapa Faris?" Tanya Iqbal yang berjalan perlahan menuju ke arah mereka.

Shawn tercengang.

"Ikut suka aku lah nak balik Malaysia ke tak. Kau sebok kenapa hah" Bidas Shawn dengan wajah yang di buat serius.

Faris tersengih sinis. Kemudian kepala Shawn di tunjal selamba.

"Beruk ni nak ikut sangat. Aku kesian so bawa je lah dia" Jawapan Faris selamba kemudian berjabat tangan dengan Iqbal.

"Lama tak jumpa. Bila kau balik? " Tanya Faris. Shawn yang berada di tengah tengah terdiam sepi dengan bersama sama linangan air mata palsunya.

"Hari Isnin hari tu. Sorry. Masa kau kahwin hari tu aku tak ada."

"Tak apa. Lagi pun bahaya"

"Apa maksud kau?"

"Tak de apa lah. Jom pulang." Nafi Faris.

Iqbal mengangguk sahaja bahu sepupunya dirangkul. Ayumi yang berada di bahagian sisi kanan hanya di biarkan. Dia hormat keputusan Ayumi dengan memilih Faris daripada dia.

Naufal dan Hafiz turut mengikut langkah Faris dan Iqbal tanpa menoleh ke arah Shawn yang menangis tak berlagu.

Namun tetap juga dia mengikut langkah kesemua rakan rakannya tanpa suara. Takut sesat.

Naufal da  Iqbal yang rancak membuat dia terdiam sedih.

"Buruk betul rupa kau macam tu.." Tegur Faris yang perasan perubahan riak wajah anak buah nya itu.

"Jangan cakap dengan aku. Merajuk 5 tahun." Kata Shawn sambil mencebik bibir.

"Kesah apa aku?" Jawapan Faris tersengih sinis.

Shawn terkedu mendengar bait kata Faris.

          
                                ****

Rumah agam yang sunyi dan di kawal ketat dengan beberapa orang lelaki berkot hitam membuat Aryan tidak senang duduk.

Setiap mata yang memandang dia seakan dia itu musuh sahaja.

Kenapa aku setuju nak diam rumah pak cik tu..?

Tanya Aryan dalam hati. Menyesal kerana bersetuju untuk tinggal di rumah agam Faris hanya mampu di luahkan dalam hati.

     

                                ****

Dua buah kereta BMW terparking cantik di halaman rumah agam milik Faris. Lalu keluar beberapa orang dari dalam kereta tersebut.

Naufal dan Iqbal yang rancak berbual serta Shawn dan Hafiz yang turut berbuat demikian tidak perasan perubahan riak wajah Faris yang berubah tegang kerana menangkap figura yang dia tidak kenali.

"Siapa remaja lelaki tu? Anak kau ke Hafiz?" Tanya Faris dingin.

Hafiz tersentak. Kemudian  menatap arah tuju mata Faris tersebut.

"Err.. Nanti aku terangkan jom masuk" Gugup Hafiz dengan sengih anda dia.

Masuk sahaja mereka semua terus Faris menyuruh Ayumi berehat kerana riak wajah Ayumi yang kelihatan kelelahan.

Ayumi hanya akur arahan suaminya itu tanpa bantahan.

"Siapa kau budak?" Tanya Faris dingin ketika terpandang Aryan yang berdiri menghadap mereka semua.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now