Sofia melangkah masuk ke dalam kelasnya bersama seorang remaja lelaki.
Berkulit sawo matang dan memiliki wajah beku yang sebijik dengan Aryan.
Aryan dan juga Hisyam yang berada di sudut kelas sudah senyum sampai ke telinga
"Kenalkan Izz Danial ." Ujar Sofia bersama senyuman manis ke arah anak muridnya.
Secara automatik kelas tersebut riuh dengan suara pujian dan bermacam lagi. Ada pula yang menjerit tak tentu pasal.
Danial tertunduk apabila Aryan mengenyitkan matanya.
"Dah kenapa dengan mamat tu" Gumam Danial perlahan.
Sofia yang terdengar suara Danial tersenyum sahaja. Hal budak budak.
"Danial kamu boleh duduk dekat belakang Aryan."
Membutang mata Danial mendengar arahan Sofia itu.
"Tapi cikgu-"
"Pergi je" Arah Sofia perlahan.
Danial telan air liur.
****
Anatasha membuka kelopak matanya perlahan lahan. Dia penat. Penat menangisi seseorang yang tidak lagi memunculkan diri semenjak kebelakangan ini. Dia rindu dengan tatapan dingin lelaki yang bernama Alif. Rindu dengan suara lelaki itu dan rindu akan segala perlakuan lelaki itu.
Air matanya mengalir lagi apabila mengingati wajah Alif yang tersenyum manis dan ikhlas sebelum lelaki itu meninggalkan dirinya berseorangan di dalam rumah agam tersebut. Hanya dia sahaja walaupun terkadang ada pembantu rumah yang datang untuk mengemas rumah itu.
Tangisan Anatasha terhenti apabila terasa seseorang memeluk erat pinggangnya. Deruan nafas hangat menampar lembut lehernya daripada seseorang itu membuatkan Anatasha terkaku di tempatnya.
" Jangan menangis lagi, Please? Kau buat aku serba salah. " Bisik Alif lembut.
Lantas Anatasha memalingkan badannya. Tak semena mena dahinya pula di kucup oleh Alif. Bibir hangat lelaki itu membuatkan Anatasha terkaku.
"Izinkan aku..." Anatasha telan air liur apabila menatap anak mata Alif yang tajam itu.
"App.. apa??" Tanya Anatasha gagap.
"Izinkan aku menjadi muhrim kau" Pinta Alif tanpa nada dingin, dia menatap dalam anak mata Anatasha itu dalam sedalam mana cintanya pada gadis itu . Ya, dia menyedari perempuan di hadapannya itu amat bermakna di dalam hidup nya.
Anatasha telan air liur. Pelukan di pinggang dia di lerai oleh Alif lalu dia bangun apabila melihat tanda tanda gadis dia itu tidak menyenangi keputusannya.
"Kalau kau tak terima pun tak apa. Maaf buat permintaan pelik pelik." Ujar Alif lalu ingin beredar dari bilik gadis tersebut.
Anatasha tersentak. Pantas dia berlari laju keluar dari bilik nya untuk mencari kelibat Alif yang menuju ke dapur.
"Saya terima!" Jerit Anatasha sambil merangkul erat leher Alif dari arah belakang.
Alif tersentak dia tersenyum manis.
'Dia kebahagiaan aku'
****
Raikal menatap lama Adawiyatul yang sedang menjamu selera di hadapan dia sehingga memerah pipi gadis itu apabila menyedari di perhatikan berterusan sedari tadi.

YOU ARE READING
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]
Mystery / Thriller(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubilla...