Special BAB [Hisyam STORY]

17.8K 689 24
                                    

Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun berjalan dengan langkah longlai. Air matanya mengalir tanpa henti. Tanah perkuburan dia lewati tanpa perasaan lalu berhenti pada sebuah kubur yang masih merah tanahnya.

Remaja lelaki itu terduduk di hadapan kubur tersebut . Batu nisan yang bernama 'Nurul Qalisha' ditatap lama.

"Kenapa mama tinggalkan Hisyam? mama dah janjikan tak nak tinggalkan Hisyam macam papa tinggalkan kita. Mama janji nak bawa Hisyam jumpa balik abang Shawn. Tapi kenapa mama pergi?!" Jerit remaja lelaki itu atau lebih dikenali sebagai Hisyam.

Segala kenangan semasa dia berumur 7 tahun terngiang di kepala.

'Awak ada perempuan lain belakang saya kan?!' Tengking Puan Nurul apa bila suaminya pulang ke rumah.

'Apa yang kau merepek ni sejak bila pulak aku ada perempuan lain.' Bidas Encik Zikri

'Awak jangan menipu. Siapa perempuan nama Lynne tu?! Siapa?!!' Jerit Puan Nurul.

Riak wajah Encik Zikir berubah bengis. Tangan dia naik menampar pipi isterinya sendiri.

PANG!

Pipi kana Puan Nurul terasa kebas.

'Mulai hari ini kau Nurul Qalisha Binti Qayyum aku ceraikan kau dengan talak 1' Tengking Encik Zikri tanpa menghiraukan perasaan isterinya itu.

Lalu Encik Zikri berjalan laju ke arah bilik kedua anak lelakinya, lengang Shawn yang memeluk erat tubuh adiknya di rentap kasar.

Puan Nurul yang terduduk akibat terkejut dengan situasi sekarang berusaha mengapai tangan anak sulung dia itu.

'Awak pulangkan balik anak saya. Awakkk?!!!' Jeritan Puan Nurul sayup sayup kedengaran pada gegendang telinga si kecil Shawn yang pada ketika itu berumur 10 tahun.

Hisyam berlari anak ke arah ibunya. Tubuh lemah ibunya di peluk erat.

'Mama nape abang ikut papa?' Tanya Hisyam dalam nada sedih.

Puan Nurul menangis terisak isak. Tubuh kecil Hisyam di dakap erat.

'Nanti kita cari Abang kamu, mama janji'

****

Sejak kejadian itu Puan Nurul dan Encik Zikri di panggil ke mahkamah untuk menguruskan penceraian mereka. Lagi parah apabila Puan Nurul sendiri menangkap sosok seorang gadis muda semasa pembicaraan di jalankan.

Setelah selesai pembicaraan itu, Puan Nurul pulang dengan tangisan yang tiada penghujung sehingga lah dia nyaris di langgar kalau tidak Ayumi datang menyelamatkan ibu tunggal itu.

'Mak Cik okey ke ni?' Tanya Ayumi prihatin.

Puan Nurul menangis sebagai jawapan. Penyesalan yang tiada noktah dalam hidupnya di saat lafaz cerai itu meluncur pada bibir suaminya.

Ayumi mengerutkan dahi.

'Mana rumah mak cik boleh saya tolong hantar kan?'

Hampir setengah jam jugalah Ayumi memujuk Puan Nurul agar menunjukkan jalan ke rumahnya kerana dalam keadaan Puan Nurul sebegini.

'Haikal bawak ke tempat alamat ni' Arah Ayumi sambil menghulurkan sekeping kertas.

Ketika itu mereka masih di bumi Jepun, negara yang di katakan kaya dengan teknologi yang canggih.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now