Bab 59 PERJUMPAAN MAFIA II

17.9K 772 34
                                    

Sofia yang menjaga pintu utama tempat para ketua Mafia itu tersentak apabila Hafiz keluar dari bilik tersebut bersama riak wajah terkejut.

"Erk.. Anak buah Rose rupanya." Ujar Hafiz kekok. Belakang tengkuknya di usap segan.

Sofia teguk air liur kelat lalu menganguk sebagai balasan. Dia mengambil jarak menjauhi Hafiz kerana kedudukan mereka yang agak dekat itu.

Hafiz hanya melihat melalui ekor mata sahaja perbuatan Sofia itu. Anak buah Rose tiada seorang pun yang tidak menutup identiti menyukarkan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui identiti mereka.

Hafiz menghela nafas perlahan.

****

Suasana tegang di dalam bilik  bar tersebut membuatkan sesiapa sahaja menggigil ketakutan. Aura setiap seorang ketua Mafia di dalam bilik tersebut mampu mengetarkan sesiapa sahaja.

"Kalau dah tak ada apa apa aku nak balik dah" Ujar Sya memberhentikan tatap tajam masing masing yang terarah pada Irfan.

Afiq menganguk sahaja, membenarkan pemergian Sya.

Sya bangun dari duduk lalu berjalan melepasi Rose tanpa menegur. Aura Rose betul betul  membuatkan dia gentar walaupun mereka tidak pernah bermusuhan.

Rose menurut pemergian Sya dari belakang disusuli anak buahnya.

"Kau tak pergi lagi ke? Ke nak mampos dekat sini?" Sinis Iqbal bersuara.

Irfan yang menyedari dirinya di tegur mendengus geram lalu dia turut mengatur langkah meninggalkan bilik bar tersebut bersama tiga orang anak buahnya.

"So kau tak nak berdamai dengan aku ke?" Tanya Tengku Afiq bersama tawa mengejek. Memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam bilik itu.

"Kau rasa. Perlu ke? Sedangkan adik kau dah jadi milik aku" Sinis Faris yang tidak lupa tawa sinisnya.

Afiq mencebik.

'Aku debik kang'

Desis dia di dalam hati.

Namun perkara yang mengejutkan terjadi. Faris dengan tanpa perasaannya melemparkan sekeping kad berwarna keemasan berlogo burung Phoenix hitam tepat pada kepala Tengku Afiq.

Tengku Afiq menjeling tajam.

"Perangai setan kau jangan tunjuk sangat" Tegur Tengku Afiq. Kepala yang di sasarkan kad keemasan tadi di usap bagi menghilangkan sakit yang dia rasai.

"Kesah pula aku." Jawap Faris selamba. Lantas dia mengundurkan kerusi yang didudukinya untuk beredar dari situ.

"Jaga adik aku elok elok" Pesan Tengku Afiq sebelum Faris lesap dari retina matanya bersama sama dengan anak buahnya.

"Kau rasa Fandi kenapa Rose nak bagi kerjasama dengan Faris tambahan pula dia nak berdamai dengan kumpulan aku. Tak pernah pernah kut" Kata Tengku Afiq. Kedua telapak tangannya di genggam erat bersama renungan tajam tepat ke hadapan. Tempat di mana pintu keluar terletak.

Affandi yang di tegur itu tertawa kekok.

"Mungkin ayah bos ada berhutang budi dengan Rose. Manalah tahu kan" Jawap Affandi selamba. Peluh dingin jelas mengalir pada dahinya kerana takut sekiranya bos dia itu mengesyaki sesuatu pada diri nya .

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now