Bab 1 DCA

926 34 6
                                    

"Angah,bangun ngah! Dah pukul 7.20 dah.Nanti kena denda kang susah,bangun ngah!"kejut ibunya.Del menepis perlahan tangan yang menggoncangkan bahunya.Dia menggeliat kecil.

"Kejaplah ibu.Lima minit,lima minit."Del menggaru pipi lalu memeluk bantal di sebelah.Ibunya menggelengkan kepalanya.

Apa nak jadilah dengan anak daranya ni!

"HEY! KAMU DAH LAMBAT NI!TU SEKOLAH TU!DAH NAK TUTUP DAH TU!CEPATT! BANGUN!"

"Hmmm bu!kejaplah.Sekarang baru pukul berapa.Bagilah angah tidur kejap."keluh Del perlahan.Dia kembali menyelesakan diri.

"Sayang ibu.. sekarang ni dah pukul 7.20 tau.."ucap ibunya perlahan.Del menganggukkan kepalanya.Ala baru pukul 7.20.

Jap..

Sekolah tutup pukul 7.30.

sekarang pukul..

Del bingkas bangun dari tidurnya.Ibunya yang masih membebel dengannya itu terkejut.Terkejutlah tiba-tiba sahaja anaknya bangun!Kena sampuk ke apa?

"IBU!!LISYA DAH LAMBAT BU!!!AAAAA!"Del terus berlari mencapai tualanya.Kakinya dilangkah laju memasuki bilik mandi.

"Mati weh mati weh mati weh!!!"

"Itulah!ibu kejut tak nak didengar!ha padan muka!"perli ibunya iaitu puan Maizatul.Puan Maizatul tergelak kecil.Kakinya melangkah keluar dari bilik anak daranya itu.

Oh!lupa nak kenalkan.Nama panjang Del ialah Delisya Nadira Binti Khairul Ameer.

Nama manjanya Lisya.Kadang kala dipanggil angah.Yelah,dia anak kedua daripada empat orang adik beradik.

Del membetulkan ikatan rambutnya.Dia meliar mencari sesuatu.

"Eh,mana phone aku?"katanya sendiri.Del mencari-cari telefon pintarnya merata tempat.Dah tahu lambat,masih lagi nak cari telefon!

"IBU! Nampak tak phone Lisya dekat mana?"laung Del dimuka pintu.Ibunya terus keluar daripada dapur dengan membawa sudip.Kepalanya didongak melihat  tingkat atas dimana terletaknya bilik Del.

"Awak tu dah solat ke belum?!Dok cari Phone pagi-pagi ni dah kenapa?PERGI SOLAT SEKARANG!"arah puan Mai yang sudah bercekak pinggang.Del meneguk liur kesat.Dia tersengih tidak sengaja.Laju sahaja dia menutup pintu dan mengambil wuduk.

"Fon tu nanti-nanti jelah!ibu mengamuk,pisang aku!"

♡♡♡

"Hah?dah siap?"tanya puan Mai yang sedang menghidangkan makanan.Del menganggukkan kepalanya.Dia lantas duduk di meja makan sambil berpeluk tubuh.

"Ni kenapa muka monyok ni pagi-pagi?ingat lawa ke buat macam tu?"perli ibunya.Puan Mai menyapukan jem strawberi ke roti sambil mata mengerling ke arah Del yang berwajah masam.

"Ibulah! Ibu kata dah pukul 7.20! Tapi sekarang baru pukul 6.50.."kata Del makin perlahan.Muncungnya sudah maju sedepa.Buat penat je bersiap cepat!nasib owning tudung tadi tak buat hal!

Ibunya tergelak mendengar omongan anak daranya.Nak kena buat macam ni baru lah nak bangun!kalau tak buat macam ni alamatnya..

"Bukan ibu saja-saja pun nak buat macam ni.Dah angah taknak bangun,ibu buatla macam tu."ujar puan Mai.Dia tergelak kecil melihat muka Del yang makin mencuka.

"Dah dah tak payah nak marajuk sangat! nah, makan ni.Ni nak ibu hantar tak?"tanya puan Mai sambil menghulurkan roti yang disapu jem tadi kepada Del.Del menyambutnya.Dia menggelengkan kepala lalu membuka mulutnya menggigit roti itu.

"Harini Lisya nak ambil fresh air.So biar Lisya jalan kaki."ucap Del sambil mengunyah rotinya.Ibunya hanya  mengangguk.

Tiba-tiba hati Del rasa tak kena.Dia memerhati sekeliling.Macam ada yang kuranglah..

"Ibu,mana along dengan abah?"

"Along kamu tu ada dalam bilik tengah sedap tidur.Abah kamu tu pula pergi surau.Nanti baliklah dia"kata Ibunya.Del menganggukkan kepalanya.

Patutlah rasa sunyi.

"Oklah bu!Lisya pergi dulu tau?Saaalammm.."Del menghulurkan tangannya.Ibunya tersenyum lalu menyambut huluran Del.

"Pergi sekolah tu elok-elok tau!jangan gatal sangat!ingat pesan ibu."nasihat ibu.Del tergelak kecil.Tak ada maknanya nak menggatal!

"Baiklah permaisuri.Patik menurut perintah"Del menunduk sambil ketawa kecil.Ibunya hanya menjeling.



















TBC..

Hai 👋😄 come back with new storyline! tapi tak new sangat.Just betulkan apa yang "cringe" SKSK🤣

I'M still editing 🥺so wish me luck pls👋😳

Tata sayonara!

Dia Crush AkuWhere stories live. Discover now