Bab 39 DCA

146 7 2
                                    

Delisya mengeluh buat sekian kalinya.Kepala ditoleh melihat sebelahnya.Kosong.Ye,kosong. Itu bermaksud Iskandar tak datang sekolah dah empat hari! Empat hari weh! Mereka baru je berbaik,dah Is tak pergi sekola pula!

Bosanlah tak ada benda indah nak dipandang!

Ehhh?

"Kau pahal muka tu? Buruk betul!" Tegur Rina.Dia mengambil tempat Iskandar yang kosong.Sekarang ni waktu matematik,dan tengah mesyuarat! Horaaay! Cikgu suruh buat kerja sendiri.Jadi kerja sendiri ialah gosip!

Ceh padahal cikgu suruh ulang kaji... tapi faham-fahamlah ye. Apapun, Horaaay kerja sendiri!

"Kau rasa Iskandar akan menghilang buat selama-lamanya ke?"Tanya Delisya.Rina memandangnya dengan kerutan.Perempuan ni mengeluh banyak kali sebab fikirkan benda tu jeke?

"Kau kenapa fikir jauh sangat sampai macam tu? Is tak datang sekolah adalah sebabnya.Bukannya dia menghilang pun! Tak larilah Crush kau tu!"

"Elok sikit eh! KAWAN! Tak lebih."

Rina membuat muka menyampah.Kawanlah konon.Sampai overthinking ni masih anggap kawan ke?

"Haah.KAWAN!"

♡♡♡

Air mata kembali membasahi pipinya selepas pintu bilik ditutup.Badannya melorot jatuh.Kepala disandarkan ke pintu.Rasanya,baru sekejap tadi dia bergurau dengan Tok Ayah.

Tahu-tahu,Tok Ayahnya sudah pergi meninggalkannya. Kecewa.Sangat kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat berbuat apa-apa.Tiada apa yang boleh membanggakan Tok Ayah sebelum Tok Ayah menghembuskan nafasnya.

Kecewa dengan diri sendiri kerana tidak berguna.Songkok ditangan dibaling ke katil.Iskandar memeluk lututnya.

Flash Back...

"Tok ayah..." Iskandar berjalan mendekati Tok Ayahnya yang terbaring lemah di atas katil.Matanya sudah sembab kerana banyak menangis.Tidak percaya bahawa Tok Ayah akan berada dalam keadaan yang kritikal sebegini.

"Cucu kesayangan Tok Ayah..."Ucap Tok Ayah lembut.Dia tersenyum manis.Tangannya menggenggam erat tangan Iskandar.

"Tok Ayah tipu Is... Tok Ayah kata Tok Ayah dah sembuh.Tapi kenapa Is tengok Tok Ayah makin teruk?Tok Ayah tipu Is.Tok Ayah tak sayang Is ke?" Iskandar bersuara sedih.Hatinya semakin retak apabila melihat banyak wayar di tubuh atuknya.

"Iskandar... tolong jaga Nenda baik-baik tau.Tok Ayah... tak nak Iskandar menangis macam ni depan Nenda.Tok Ayah... nak Is kuat.Masa Tok Ayah dah tak lama..."Tok Ayah bersuara lemah.Iskandar menggeleng laju.Dia tidak mahu kehilangan Tok Ayahnya.Dia masih inginkan Tok Ayah!

"Tok Ayah,tolong bertahan.Is tahu Tok Ayah kuat.Insyaallah Tok Ayah akan sembuh! Tok Ayah bertahan,tau!" Kata Is memberi semangat.Tok Ayahnya tersenyum.Tangannya naik mengusap wajah Is.

"Tok Ayah teringin nak tengok Iskandar berjaya."

End Flash Back...

"Maafkan Is,sebab buat keputusan yang salah."

♡♡♡

Farah mengelap rambutnya yang basah.Kakinya melangkah ke tingkap bilik.Dia mengeluh sendiri.

Kenapa dia perlu rasa sakit?

Dia Crush AkuWhere stories live. Discover now