"Okay,kita nak pergi mana dulu?" Soal Ammar teruja.Delisya menggeleng perlahan.Matanya memerhati sekeliling Mall.Ikutkan,harini memang dia malas sangat-sangat nak keluar! Tapi dah buat janji,kan? Kenalah tepati.
"Ala,Delisya tak ada mood,ke? Kalau tak ada tak apalah.Kita balik jelah."Ammar tersenyum kecil.Delisya tersentak.Pulak mamat ni!
"Eh mana ada Delisya tak ada mood.Jomlah, Kita pergi pustaka rakyat dulu.Amsyah kan nak beli buku,kan?Jom."ajak Del.Dia tersenyum sekilas sebelum kaki dilangkah pergi.Ammar hanya mengikutnya dengan senyuman.
"Delisya kalau tak suka keluar dengan Amsyah,boleh je tolak awal-awal.Amsyah faham, Delisya tak selesa."Ucap Ammar tanpa memandang wajah Del.Dia tersenyum kecil.Tangannya membelek buku-buku yang berada dihadapannya.
Delisya memandang wajah Ammar dengan ekor mata.Tiba-tiba rasa serbesalah pula. "Tak adalah. Cuma... kekok sikit.Yelah, kita mana pernah keluar sama-sama,kan? Tu yang rasa kekok.Maaflah kalau Amsyah rasa Delisya ni tak sukakan Amsyah.Delisya cuma tak biasa."Balas Del.Tangannya mengambil buku dirak.
Ammar memandangnya.Dia tergelak kecil.
"Kekok itu perkara biasa.Lama-lama kita okaylah nanti.Cuma kena keluar selalulah.Delisya tak kesah,kan?"
Delisya tersenyum tawar sambil memandang sekilas wajah Ammar yang nampak berharap itu.Kakinya berjalan perlahan mencari buku yang hendak dibeli.Dari layan Ammar lebih-lebih,baik dia tengok buku latihan ni.
"Dah ke?" Tanya Ammar setelah beberapa minit mereka memilih buku.Delisya hanya mengangguk.Ammar terus mengambil buku yang berada di tangan Delisya.Delisya terpinga-pinga apabila bukunya dibayar sekali.Eh,sejak bila dia minta mamat ni belanja?
"Nah!" Plastik dihulurkan ke Delisya.Delisya menyambutnya dengan kerutan. "Kenapa Amsyah susah-susah bayar? Delisya bawa je duit ni.Berapa? Biar Del ganti balik." Delisya mengeluarkan dompetnya.Ammar menggeleng laju.
"Tak apa,Simpan.Harini,Ammar belanja." Dia tersenyum lebar.Delisya menggaru pipinya. "Tak nak la macam tu,Amsyah! Del tak sukalah ambil duit orang." Delisya memasamkan mukanya apabila Ammar tidak menerima duitnya.Ammar tergelak kecil dengan kelakuan Delisya.
"Okay okay.Kalau macam tu,apa kata kita pergi tengok wayang? Kalini Delisya yang belanja.Nak tak?" Cadang Ammar.
Delisya terdiam seketika.Tengok wayang? Hm,boleh juga.Dia pon dah lama tak tidur dalam wayang.Eh,maksudnya dah lama tak pergi tengok movie.Bukan tidur.HEHE
"Hm... okaylah,Jom.Kalini Delisya yang belanja,kan?"Delisya menundingkan jarinya ke muka Ammar sambil mata dikecilkan.Ammar mengangguk sambil tersenyum.
"Okay, jom!"
♡♡♡
"Kenapa monyok je muka tunang Naim ni,hm?Ada apa-apa masalah ke?" Tanya Naim lembut.Dia bertongkat dagu menggunakan kedua belah tangannya memandang Alya.Alya memuncungkan mulutnya sambil berpeluk tubuh.Dia langsung tidak mahu memandang Naim.
Dahinya berkerut.Tak pernah-pernah Alya macam ni.Kenapa dengan dia?
"Alya,Naim ada buat salah ke? Kalau ada Naim minta maaf.Janganlah merajuk macam ni,sayang."pujuk Naim.Dia menegakkan badannya.Matanya bersinar-sinar memandang wajah Alya untuk memujuk.Nasib mereka ada di kafe.Kalau ada dekat uni,mesti dah kena bahan sebab acah-acah sweet.
Alya berdecit kegeraman.Dia terus menoleh melihat Naim yang nampak polos.Kening kedua belah diangkat melihat Alya yang tiba-tiba merajuk.
"Alya tak sukalah Naim dekat-dekat dengan perempuan tu! Dia orang tu gedik,tahu tak? Saja je nak mengada dengan Naim! Acah-acah tak tahu konon!" Bebel Alya.Sebal hatinya apabila teringat akan kejadian dimana Naim dikelilingi dengan ramai perempuan untuk bertanyakan tentang tugasan! Padahal banyak je jantan dekat sana,tapi nak juga rembat tunang orang!
YOU ARE READING
Dia Crush Aku
Teen Fiction> 𝑫𝒊𝒂 𝑪𝒓𝒖𝒔𝒉 𝑨𝒌𝒖 < ♥︎♥︎♥︎ Pernah rasa diri dihargai? Pernah rasa mencintai dan dicintai? Dan pernah rasa cinta dibalasi? Samalah.Saya pun tak pernah. *cry in pain* Just nak bagitahu satu cerita ni.Cerita tentang seorang perempuan yang ti...