"Kau okey?"tanya Is risau.Dia merenung wajah Delisya.Delisya pantas menoleh melihat Is.Dia hanya menganggukkan kepalanya.
Sebenarnya Delisya masih malu dengan situasi tadi.Pipinya mula membahang apabila teringat akan kejadian tadi.
"Aku tak ada hal dengan kau,bro.Tapi kenapa kau rampas perempuan aku?"
"Perempuan kau?Kau tahu tak kau dah sakitkan dia?Kau tak nampak ke dia takut dengan kau?Kau ni lelaki jenis apa?"
"Ikut suka hati akulah! Kau siapa nak kacau kita orang?!"
"Aku boyfriend dia.Dan perempuan yang kau kacau ni,milik aku."
"Milik aku."
"Delisya?"
"Huh?ye?"Balas Delisya apabila dirinya sedar dari lamunan.Is menggelengkan kepalanya.Dia menarik perlahan beg sekolah Delisya supaya mengikutnya.Delisya pula terpinga-pinga mengikut Iskandar.
"Duduk."Is menepuk ruang kosong disebelahnya.Delisya menggaru kepalanya yang gatal.Perlu ke?
Is mengeluh perlahan.Dia menarik beg Delisya lalu Delisya jatuh terduduk di bangku taman.Dia memandang Is tajam.Suka-suka je buat macam tu!
Delisya menjarakkan sedikit.Dia meletakkan begnya diantara Iskandar dan dirinya.Is hanya melihat perlakuan Delisya.
"Lengan tu sakit lagi ke?"tanya Is lembut.Matanya merenung lengan Delisya yang digenggam Amirul tadi.Terbakar juga hatinya apabila melihat Delisya dipegang Amirul.Cepat-cepat dia datang pada mereka! Nasib dia tidak bertumbuk je!
Delisya memandang Is.Dia menyentuh lengannya.
"Aauch!"Del memejamkan matanya menahan sakit.Sah lebam!Tak guna punya Ex!
"Eh?kau okey tak?nak pergi klinik?"tanya Is cemas.Tanpa dia sedar,Dia memegang lembut kedua belah bahu Delisya.Delisya yang terasa ada sentuhan dibahunya pantas mengangkat mukanya.Jelas kelihatan wajah Is dalam keadaan risau.
"Iskandar.."
"Tulah aku kata!Tunggu aku!tapi kau degil.Cuba dengar cakap aku lain kali.Kalau aku tak nampak korang masa tu macam mana?Tak ke susah!"bebel Is.Delisya didepannya terpaku.Dia terpinga-pinga melihat Is didepannya.
"Is,aku tak selesa.."kata Delisya perlahan.Iskandar yang baru sedar akan kesilapannya itu terus mengalihkan tangannya.Dia menggigit bibir bawahnya.Berlebihan sangat ke?
"Em..sorry.ak-aku tak sedar.."ucap Is kekok.Dia memandang kearah lain manakala Delisya hanya menundukkan kepalanya.Muka Delisya sudah membahang.Jantungnya juga berdegup laju.Dia bermain dengan tangannya untuk menghilangkan debaran.
Pelik.Sejak akhir-akhir ni,jantungnya pasti akan berdegup laju apabila bersama Iskandar.Kerana itu jugalah dia mengelakkan diri untuk bertembung dengan Is.
Mindanya mula dipenuhi dengan pertuturan kata Is tadi.
"Aku boyfriend dia.Dan perempuan yang kau kacau ni,milik aku."
"Milik.Aku."
"Is.." jantung Delisya mula berdebar hebat.
"Hm?"Mata di alih melihat Delisya yang menunduk.Kening sebelah diangkat.
"Kau cakap yang.. aku ni milik kau.Jadi.."
"Jadi?"
"Jadi.. kiranya kita ni dah... official ke?"Delisya memberanikan dirinya mengangkat muka merenung Is.Is tersengih.
♡♡♡
Delisya terus mencampakkan begnya ketepi.Dia terus membaringkan dirinya.Matanya merenung siling bilik.
YOU ARE READING
Dia Crush Aku
Teen Fiction> 𝑫𝒊𝒂 𝑪𝒓𝒖𝒔𝒉 𝑨𝒌𝒖 < ♥︎♥︎♥︎ Pernah rasa diri dihargai? Pernah rasa mencintai dan dicintai? Dan pernah rasa cinta dibalasi? Samalah.Saya pun tak pernah. *cry in pain* Just nak bagitahu satu cerita ni.Cerita tentang seorang perempuan yang ti...