"Hai.."sapa Alya.Dia tersenyum kekok.
"Eh?Hai Liya! Kau buat apa dekat sini?lama dah tak nampak kau!"balas Adiff ramah.Dia tersenyum melihat wajah Sahabatnya itu.Naim dihadapannya hanya mengerling sekilas.Dia hanya membiarkan.
Alya sudah rasa serbesalah apabila Naim tidak menghiraukan dia.Dia bermain mata dengan Adiff.Ya.Sebenarnya,Adiff yang mengajaknya untuk ke sini.Dan sekarang dia rasa menyesal!
"Em.. ya,lama tak jumpa kau juga.. Adiff." Ah semalam baru jumpa.Pft!
"Ko-korang buat apa dekat sini?"tanya Alya kekok.Dia memandang Naim yang tidak melayannya.Adiff merenung Naim dan Alya selisih ganti.Haih.
"Kita orang saja lepak sini.Kau tu.Tak takut ke jalan seorang diri?"tanya Adiff.Alya tersenyum kecil.Hatinya sedikit terasa melihat Naim yang tidak beriak.Nampaknya rancangan dia dan Adiff tidak berjaya.SAMA SEKALI YEE!
"Ak-aku nak beli makanan.Tak apalah.Nampaknya keadaan jadi.. kekok.Aku rasa,aku patut pergi.Um.. bye."
"Eh,lepak la dulu dengan kita orang.Naim ok en?"Adiff memandang Naim yang sibuk dengan telefon pintarnya.Mukanya tiada sebarang senyuman.Adiff terus memijak kakinya Naim.
Terus berkerut dahinya memandang Adiff.Sakit lah jebon!
"Kalau Liya nak lepak sini Naim okey je."kata Naim senada.Adiff menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.Alya tersenyum kecil memandang wajah Naim.
"Aku boleh nampak yang kau masih marahkan aku,Naim." Monolognya sendiri.
"Tak apalah.Nanti apa pula orang kata kalau Liya lepak dengan korang.Liya pergi dululah.Jaga diri.Assalammualaikum."Alya tersenyum kekok.Dia memandang wajah Adiff yang nampak sedikit kecewa.
"Its ok,Adiff.Orang dah tak sudi,buat apa kita nak terhegeh-hegeh.."kata Alya didalam hatinya.Dia terus pergi meninggalkan Naim dan Adiff sendirian.Adiff mengeluh perlahan.Dia merenung Naim yang masih dengan telefonnya.
"Dia dah blah dah weh." Naim mengerutkan dahinya memandang Adiff yang sedang menyedut minumannya.
"Maksud kau?"
"Kau tak payah nak buat-buat sibuk.Aku tahu yang kau tu tengah buka galeri,kan?Apa tah yang penting dalam galeri kau tu."perli Adiff.Naim terus meletakkan telefonnya ke tepi.Betul apa yang Adiff cakap.Dia hanya buat-buat sibuk.
"Aku peliklah korang ni.Besar sangat ke masalah korang sampai tak nak bertegur?"
♡♡♡
"Naim,Liya minta maaf.Liya bukan tak nak terima Naim.Tapi Liya lebih suka hubungan kita ni hanya sebagai sahabat."Alya tidak memandang wajah Naim yang nampak kecewa.Naim terus melangkah pergi mendekati Alya.
"Kenapa?Kenapa Liya tolak cinta Naim?"tanya Naim tidak puas hati.Alya mengeluh perlahan.Dia menggelengkan kepalanya.
"Buat apa kita bercinta?cukuplah dengan hubungan persahabatan ini.Liya tak sukalah bila Naim cakap pasal cinta.Kita ni masih muda!"bentak Alya.Dia memandang wajah Naim.Ye,memang ada sedikit cinta kepada lelaki ini,tapi itu bukan bermaksud yang dia membuka pintu hatinya luas untuk jejaka dihadapannya ini.
Naim memandang wajah Alya.Nampaknya dia betul-betul tidak mahu menerimanya.Naim tersenyum kecil.
"Tak mengapa,Alya.Naim faham yang Alya inginkan kebebasan dalam kehidupan.Tapi satu benda yang Naim nak Alya tau.Walau apa pun terjadi,Naim tetap akan tunggu Alya."
YOU ARE READING
Dia Crush Aku
Teen Fiction> 𝑫𝒊𝒂 𝑪𝒓𝒖𝒔𝒉 𝑨𝒌𝒖 < ♥︎♥︎♥︎ Pernah rasa diri dihargai? Pernah rasa mencintai dan dicintai? Dan pernah rasa cinta dibalasi? Samalah.Saya pun tak pernah. *cry in pain* Just nak bagitahu satu cerita ni.Cerita tentang seorang perempuan yang ti...