Bab 40 DCA

191 11 2
                                    

"Kau kenapa? Dari balik tadi,sampailah sekarang Diam je. Kau okay, tak?"

Delisya hanya mengangguk.Dia memeluk kakinya sambil dagunya diletakkan ke lutut.Merenung dada langit tanpa bintang.

Rina memandang Delisya tidak puas hati.Ni mesti ada yang tak kena.Kalau tak,tak adanya perempuan ni nak monyok tiba-tiba!

Dia baru tinggalkan Del dengan Iskandar sekejap petang tadi,dah jadi macam ni.Gaduh ke?

Ke Del merajuk dengannya kerana tinggalkan Delisya sendirian? Hm... macam tak mungkin.Dia pergi tinggalkan Delisya shopping baju tidur kejap je! Lagipun tadi ada promosi potongan harga 50% kot! Rugi wooo!

"Cakaplah! Kau tak pandai simpan rahsia.Baik kau cerita dengan aku.. aku pandai simpan rahsia!"Pujuk Rina.Dia mengambil tempat bersebelahan Delisya.

"Kau tak reti balik ke? Dah nak Maghrib dah ni. Pergilah balik."

"Kau halau aku?"

Delisya berdecit. "Haah!"

"Kau.. kau halau aku?"

"YE!"

"Kau seriuslah weh? Kau halau member kau sendiri?"

"Ada nampak muka aku main-main ke?"

Rina membuat wajah sedih.Kepalanya ditunduk memandang kakinya.Sedihnya dihalau...

"Aku tak boleh balik..." ucap Rina sedih.Delisya mengerutkan dahinya.Apa hal pula tak boleh balik? Kena halau dari rumah ke?

"Kenapa pula tak boleh balik?"Tanya Del pelik.Matanya memandang Rina yang menunduk.

"Aku tak boleh balik... mak kau harini masak sedap.Kalau aku balik,aku nak makan apa? Umi,abi aku tak balik lagi.Aku kena menyusahkan kau dulu buat masa sekarang ni.Rugi tau! Asam pedas mak kau boek woi! Rugi kalau aku dengar cakap kau untuk balik!"Rina mencebikkan bibirnya.Delisya mengeluh sendiri.

Ingatkan sedih kena halau,baru nak kesian.

"Del! Cakaplah weh! Kau kenapa? Sebagai roommate kau,aku kena tahu keadaan kau! Aku tak bolehlah tengok kau sedih!"ucap Rina serius.Delisya memandangnya dengan ekor mata.Ye yelah tu.

"Kau tak boleh tengok aku sedih atau kau memang tengah bosan nak korek cerita?"perli Del.Rina menutup mulutnya dengan tangan.

"Macam mana kau tau ni? Kau memang sahabat aku!" Ucap Rina terharu.Kepala diangguk kecil sambil tangan digenggam dan ditepuk ke dada 2 kali.

Delisya mengeluh sambil menggelengkan kepalanya.Kepala kembali diletakkan ke lutut.

"Iskandar nak pindah..."

"Ohhhh.Bila?"

"Lusa."

"Pindah rumah atau sekolah?"

"Pindah negara."

Rina terdiam.Matanya terkebil-kebil memerhatikan Delisya yang tiada riak.Kau biar betul nyah!

"Kau... serius ke..."tanya Rina perlahan.Delisya tidak menjawab.Wajahnya disembamkan ke lutut.Kotak baldu biru yang diberi Iskandar tadi dikeluarkan lalu diberi pada Rina.

Rina menyambutnya dengan pelbagai persoalan.Tangannya membuka kotak itu.Terbeliak matanya apabila melihat rantai didalamnya.

Awwwww apa ni Delisya? Masa-masa macam nilah nak bagi hadiah! Saya jadi terhura.

"Is bagi.Tanda perpisahan sementara kami.Dia kata dia akan balik untuk aku.Tapi tak tahu bila."jelas Del.

"Ohh."Rina mengangguk mengerti.Ingat bagi hadiah kat kita.UHUK!! Malu ahhh! Terperah santan tadi!

Dia Crush AkuWhere stories live. Discover now