"Aku tak sangka perangai dia macam tu.."
"Ye weh!Aku ingat dia baik!Rupanya lagi teruk!"
"Suka mainkan perasaan orang dia tu!Dah la sombong!Ish geram betul aku tengok muka dia!"
"Aku rasa sebabtu kot Ex dia tinggalkan dia dulu.Perangai entah apa-apa!"
"Entah-entah hobi dia curang.Ish apalah perempuan ni!"
"Perempuan sihir.."
Delisya hanya memekakkan telinganya.Dia memutarkan bebola matanya tanda menyampah.Kalau tak menjaja cita orang,memang tak sah!Bab laki bab perempuan,sama je!
Seminggu lepas kejadian buruk tu,memang dia dipandang hina oleh murid-murid disekolah.Dia hanya membiarkan sahaja.Tak apa,kau kuat Delisya.
Delisya menarik nafas panjang.Dia terus berjalan tanpa menghiraukan murid-murid sekelilingnya yang sedang mengata belakangnya.
Jujur.
Memang sakit.Yelah siapa je yang suka di hina?Tapi dia hanya buat endah tak endah.Yelah,Mulut orang kita tak boleh tutup..
Tapi bila sabarnya hilang,mulut orang tu akan terbelah tengah.Biarlah! mengata sangat.Kita tengok,boleh tak bercakap kalau keadaan macam tu?HAHAH!
Delisya melaburkan duduknya di bangku yang berjauhan sikit dari kantin.Hanya dirinya seorang.Sejak seminggu ni,memang dia menyendiri.Mengelak apabila ditegur kawan-kawan baiknya.
Sandwish yang dibuat ibunya digigit.Dia mengunyah sambil termenung jauh.
Betul ke apa yang dia buat ni?
Kenapa dia rasa serbesalah?Bukan ke patutnya dia harus berasa lega kerana tidak mengharapkan sangat layanan dari Iskandar?
ARGH! Benci dengan perasaan sendiri!
Aku taknak hati aku berharap sangat bila dia layan aku dengan baik.Aku terpaksa sakitkan hati dia untuk benci aku.Benda ni untuk kebaikkan aku dan dia."
"Jadi baik untuk kau dan dia?Kau sedar tak yang ini bukan kebaikkan untuk korang?Ini lagi menyakitkan!"
"Jadi kau nak kata yang Iskandar tu tersakiti?Weh,dia tak ada perasaan pun dengan aku!Jadi buat apa dia nak sakit hati sangat?"
"Sekarang ni kau tahu ke perasaan dia terhadap kau?Kau tahu ke?Oh ya.Yang kau tahu hanyalah hati kau.Kau tak nak hati kau sakit,dan kau ambil keputusan untuk sakitkan hati orang.Boleh eh macam tu?"
Bila difikirkan baik-baik,kata-kata Rina ada betulnya.Dia tidak tahu perasaan Iskandar dan dia hanya bertindak mengikut emosi.
Bodoh ke tindakan seorang Delisya Nadira ini?
"Dia nak peluk aku ke,Nak cium aku ke,nak buat apa-apa ke,itu semua masalah aku.Kau tak perlu masuk campur urusan aku.Antara kau dengan aku kita habiskan dekat sini.Aku tak suka kau ambil kisah pasal aku.Aku rimas dan meluat.Jadi mulai hari ni,kau dengan aku bukan sesiapa.Kita tak kenal satu sama lain.Lupakan semua pasal aku.Aku rimas dengan kau."
Delisya meraup wajahnya.Memang dalam seminggu ni dia asyik sangat memikirkan perkara ini.Sampai tertekan diri dibuatnya.
"Hey, Delisya.Kau.. okey?"sapa Rina.Delisya yang sedang ralik dengan perasaannya pantas mengangkat wajahnya.Rina tersenyum kekok.
Delisya bergerak ketepi.Memberi ruang untuk Rina duduk.Rina terus duduk apabila diberi ruang.Keadaan menjadi senyap.Rina bermain dengan kain sekolahnya.Sesekali dia menjeling Delisya yang sedang mendiamkan diri.
YOU ARE READING
Dia Crush Aku
Teen Fiction> 𝑫𝒊𝒂 𝑪𝒓𝒖𝒔𝒉 𝑨𝒌𝒖 < ♥︎♥︎♥︎ Pernah rasa diri dihargai? Pernah rasa mencintai dan dicintai? Dan pernah rasa cinta dibalasi? Samalah.Saya pun tak pernah. *cry in pain* Just nak bagitahu satu cerita ni.Cerita tentang seorang perempuan yang ti...