Bab 24 DCA

220 8 12
                                    

"Kenapa baru nak call?"tanya Delisya dingin.Dia terus bangun dari baringannya.Mukanya tiada secalit senyuman.Petang tadi call,malam baru nak balas!

Apa punya boyfriend lah Iskandar ni!

"Aku baru bangun tidur,Dira."ucap Is bersama suaranya yang serak basah.Muka pun tak sempat nak basuh ni hah.Kakinya bergerak ke sink bilik airnya.Air dibuka dan dia terus membasuh muka dengan sebelah tangannya.

"Eleh! Kau baru bangun ke kau bagi alasan hah?"

"Alasan apa ni,Dira?Is tak fahamlah."Ucap Is lembut.Tangannya mengambil tuala kecil yang disangkut lalu mengelap mukanya yang basah.

Delisya menggulingkan bebola matanya.Nasib saja Iskandar tiada di hadapannya ini.Kalau tak dah lama dah kena dengan dia.

Delisya menarik nafasnya lalu melepaskannya perlahan.Kakinya bergerak ke balkoni bilik untuk mengambil angin malam.

"Kau ada apa-apa nak cerita dekat aku tak,Iskandar?" tanya Del lembut.Kepalanya didongakkan melihat dada langit yang dipenuhi bintang-bintang kecil.

Is mengerutkan dahinya.Tangan sebelah naik menggaru kepalanya yang gatal.

"Kau nak aku cerita apa,Sayang?"balas Is lembut.Tangannya membuka sliding door biliknya.Dia menompang dagu menggunakan tangannya melihat bintang.

"Hm..."

"Hm?"

"Ok lah.Jom video call."

" VIDEO CALL?! Ya Allah! Nak buat apa,Dira?" Is sudah meraup wajahnya.Kalau Dira tengok tepi bibirnya itu,masak dia nanti!

"Lah,takkanlah nak video call pon tak boleh?"tanya Del.Kening sebelahnya diangkat.Dah agak dah,mamat ni ada simpan sesuatu dari dia!

"Bukan tak boleh,Dira.Tapi mungkin hari.. lain?"pujuk Is memberi alasan.Haraplah Delisya terima.

"Oklah kalau macam tu aku nak jumpa kau.Esok,boleh?"

"Eh?Ya Allah,es-- esok aku busy lah,Dira.Mungkin nanti kita jumpa?"

Delisya sudah memuncungkan bibirnya.Banyak betul alasan mamat ni bagi.

"Boleh eh sayang?nanti kita video call dengan jumpa,okey?"pujuk Is.Jantungnya berdegup laju apabila dia tidak mendengar sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya Delisya.

Kedengaran Delisya mengeluh disebalik panggilan.Baru je nak korek rahsia apa yang jadi tadi.

"Tak apalah.Mesti Is penat,kan?pergilah rehat."kata Delisya pasrah.Mungkin sebabkan faktor penat,itu yang Iskandar tak mahu panjangkan cerita.

Is mengeluh lega.Dia tersenyum kecil.

"Kau pon,rehat juga.Aku tahu,kau mesti fikir banyak masalah,kan?dah pergi tidur.Dah pukul berapa dah ni.Anak dara tak elok tidur lambat."gurau Is.Delisya tergelak kecil mendengar omongan Is

"Iyelah pakcik! Selamat malam! Mimpi indah!"

"Goodnight,Dira."

♡♡♡

"Lisya! ni ada orang nak jumpa kamu.Turun pakai tudung ye ,nak?"laung ibu dari bawah.Delisya yang sedang merenung wajahnya di cermin itu menoleh kebingungan.Siapa yang gatal kaki sangat nak jumpa dia?

Selalunya yang gatal kaki datang sini,Rina.Tapi kalau Rina,dia masuk je.Tak ada pula ibu panggil-panggil.Delisya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.Tangannya pantas mencapai Shawlnya lalu memakai ringkas.

Dia Crush AkuWhere stories live. Discover now